Jumaat, 18 Disember 2009

KE AVATAR

Malam ni saya nak temankan anak-anak menonton filem Avatar. Sejak diiklankan di TV tak putus-putus mereka mengingatkan saya agar membawa mereka menonton filem tersebut.
Tengoklah nanti..kalau bagus ceritanya, saya akan canangkan bagus..begitulah sebaliknya.

Khamis, 17 Disember 2009

KEPUTUSAN MALAYSIA VS VIETNAM

MALAYSIA 1-0 VIETNAM

SYABAS MALAYSIA....MALAYSIA BOLEH!

LIPUTAN TERKINI BOLA SEPAK AKHIR SUKAN SEA

merupakan pertemuan yang ke empat di antara Msia dng Vtnam....tiga perlawanan sebelumnya memihak kepada Vtnam

2.00--Msia mendapat sepakan percuma yang pertama

7.00--permainan seimbang ditunjukkan oleh k e dua-dua pasukan

9.00--Vtnam mendapat sepakan sudut yang pertama

11.00--Msia mendapat sepakan sudut yg pertama..berjaya diselamatkan penjaga gol Vtnam

18.00--Sabre dilayangkan kad kuning...mengasari kapten Vtnam

25.30--Vtnam melakukan asakan merbahaya ke pintu gol Msia...berjaya diselamatkan penjaga gol

30.00--masih 0-0

33.33--Msia mengasak gawang Vtnam

--permaianan masih seimbang...kedua-dua pasukan berbalas asakan

45.00--2mnt masa tambahan

45+2--wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan dengan keputusan 0-0

Untuk separuh masa pertama Vtnam menunjukan barisan serangan yang lebih menyengat manakala Msia mempamerkan barisan pertahanan yang kental...kita harap barisan penyerang Malaysia akan memperoleh rentak di separuh masa ke dua nanti dengan mengekalkan pretasi barisan pertahan

SEPARUH MASA KE DUA

47.30--Gurusami melepaskan rembatan jauh ke pintu gol Vtnam namun sedikit tersasar....pieww

49.35--Solat jap

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Msia lebih banyak membuat serangan ketika ini

61.47--adoiiiiii....Msia hampir memperoleh gol pertama...mai,mai

GO! Msia go!

Penjaga gol Vtnam cuba berdrama seolah2 cedera setelah gagal menangkap kemas bola yang meluru ke gawang golnya....

saja nak ganggu momentum serangan Msia la tu

69.30-- Zaquan dimasukkan

71.34--sepakan sudut untuk Msia

lagi satu asakan merbahaya dari Msia

Penjaga gol Vtnam..buat-buat cedera lagi

79.00--Azmi muslim dimasukkan mengganti Badrul Bahtiar

83..gollllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll........akhirnya penjaga gol Vtnam yang suka berlakon melakukan kesilapan yang membawa padah

Bertahan Msia, bertahan!

Malaysia mendahului 1-0.....masa berbaki 3 minit lagi

Amar dibawa masuk

2minit lagi

tamat 90mnt....6minit tambahan

92.00--piewww.....nasib tak masuk.....cubaan sangat merbahaya drp Vtnam di minit-minit akhir

tamat 6minit masa tambahan

yeeeeaaaaaaaaaaaaa........MALAYSIA MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS SETELAH 20 TAHUN MENUNGGU......TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH...HOOOOOOREYYYYYYYY

Isnin, 14 Disember 2009

BOLA- MALAYSIA KE PERLAWANAN AKHIR

Baru habis tengok perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Laos.....Malaysia menang 3-1 dan mara ke perlawanan akhir bertemu Vietnam. Syabassssssss!!!!!!!

Ahad, 13 Disember 2009

SAJA NAK CERITA

Pukul 3am nanti akan berlangsung perlawanan bola sepak Liga Sepanyol di antara Barcelona dengan Espanyol. Memang kebiasaannya saya akan bersengkang mata sekiranya ada perlawanan yang melibatkan kelab pilihan saya Barcelona. Pagi ini saya ditemani anak bongsu Danish Maliq berguling di ruang tamu menanti perlawanan bermula.
Sambil menunggu perlawanan bermula saya melayari Utusan Online untuk mengetahui berita terkini. Berikut adalah tajuk berita-berita terkini yang tersiar sehingga waktu ini:

Peranan media penting untuk bimbing pemikiran rakyat
KUALA LUMPUR 12 Dis — Peranan wartawan sangat penting dalam membimbing pemikiran orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Petronas Dagangan siasat lori tangki rempuh rumah
KUALA LUMPUR 12 Dis — Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden di mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.
Daniel Bego pecah rekod Sukan SEA
Viantienne 12 Dis - Perenang negara Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 3:53.99s di temasya Sukan SEA Laos.
Sistem perbankan Islam Malaysia pada tahap tertinggi
PEKAN 12 Dis — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem perbankan Islam di Malaysia telah berkembang pada tahap tertinggi, menjadikan Malaysia kini peneraju sistem perbankan Islam di dunia.
Daniel Bego pecah rekod Sukan SEA, kebangsaan
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Perenang negara Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 3:53.99 saat di Sukan SEA XXV, Laos sebentar tadi.
Najib bangga kejayaan Petronas peroleh kontrak di Iraq
PEKAN 12 Dis — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperoleh dua kontrak di Iraq, termasuk membangunkan medan minyak Majnoon, lokasi minyak terbesar di negara tersebut.
Sultan Selangor bimbang situasi semasa di negeri Selangor
KLANG 12 Dis — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.
Hentikan polemik BTN, saya akan putuskan - Najib
PEKAN 12 Dis — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua pihak termasuk menteri kabinetnya supaya tidak lagi memanjangkan polemik berkaitan Biro Tata Negara (BTN).
Kadar kematian bayi di Malaysia rendah
JELI 12 Dis — Malaysia merupakan antara negara membangun yang menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat dengan antara lain berjaya mengurangkan kadar kematian bayi yang baru dilahirkan iaitu bagi setiap 1,000 kelahiran bayi hanya lima kematian yang direkodkan.
Ribut petir, hujan lebat di Pantai Timur mulai Rabu
KUALA LUMPUR 12 Dis — Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir selama empat hari mulai Rabu ini Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di ketiga-tiga negeri itu.
Usah pertikai ramai bumiputera ke universiti awam - Dr M
KUALA LUMPUR 12 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain tidak harus dipertikaikan dengan tuduhan bahawa ia satu tindakan perkauman yang mementingkan satu kaum dan meminggirkan kaum-kaum lain.
Majlis persatuan penduduk merakyatkan konsep 1Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Majlis Persatuan Penduduk perlu ditubuhkan di peringkat Parlimen, negeri dan nasional dalam usaha merakyatkan konsep 1Malaysia, selaras dengan pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dua rakyat Bangladesh maut dalam kemalangan
IPOH 12 Dis. - Dua rakyat Bangladesh maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km10 Jalan Pantai Remis-Ayer Tawar, 120 km dari sini hari ini.
Malaysia tambah dua emas lagi
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Atlet akuatik negara menambah dua lagi emas pada Temasya Sukan SEA XXV, Laos hari ini di kolam renang Kompleks Sukan Nasional, Laos.
Penduduk bantah pindah kubur Hindu
SUNGAI PETANI 12 Dis. - Lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat sini membantah rancangan kerajaan negeri untuk memindahkan tanah perkuburan itu.

Khamis, 26 November 2009

ANNIVERSARY=EIDUL ADHA

Kebetulan. Tahun ini saya menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 10 sama hari dengan sambutan Hari Raya Eidil Adha...tak balik ke Kedah kali ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDIL ADHA

Jumaat, 13 November 2009

MUAK DAH

Utusan Malaysia,12 Nov. -
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan tunduk kepada syarikat perumahan dalam menangani isu rumah terbengkalai. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tempoh yang agak lama diambil untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai adalah disebabkan oleh prosedur tertentu yang perlu diikuti.

"Kita memang mempunyai dasar untuk menyelamatkan rumah terbengkalai tetapi tidak boleh terburu-buru kerana terdapat prosedur yang perlu dipatuhi.

"Hanya selepas diisytiharkan terbengkalai dan berpuas hati dengan laporan pegawai yang memantau, barulah kita mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap projek berkenaan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, selepas semua prosedur itu dilalui barulah kementerian mempunyai kuasa untuk mencari syarikat perumahan baru atau berunding dengan pemaju sedia ada bagi mencari jalan bagi memulihkan projek yang terbengkalai.

Terdahulu ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya langkah kerajaan mengambil alih projek perumahan terbengkalai yang membebankan ramai pembeli rumah, beliau menjelaskan, kerajaan telah menyiapkan 12 daripada 148 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara sejak 1990. Menurutnya, sebanyak 49 projek lagi sedang dalam proses pemulihan dan baki 87 projek masih terbengkalai.
"Kita sedang dalam proses untuk mengenal pasti projek yang perlu dipulih dan kementerian sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah yang terbengkalai.---prosedur tu lah yang dipersoalkan cik timbalan menteri oii!

"Namun demikian, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tujuan menyelesai dan memulihkan 87 projek terbengkalai itu sememangnya tidak mencukupi," katanya.--salah pembeli rumah kah?

Tambah beliau, antara kriteria utama bagi kerajaan mengambil alih projek perumahan yang terbengkalai ialah projek berkenaan mesti telah siap 90 hingga 95 peratus selain sudah terbengkalai lebih 10 tahun.---kalau tak siap 90%?.....10 tahun?
Tiba-tiba saya teringat kepada slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Sabtu, 7 November 2009

LAPURAN TERKINI PIALA MALAYSIA

SETELAH TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA- N9=1 KLTN=0
Jaringan Shahurain di minit ke 18

2-0 n9 menambah satu lagi jaringan seawal minit pertama di separuh masa kedua.
jaringan Hairuddin Omar

pm-Indra Putra dilayangkan kad kuning

mnt 55:56 cubaan merbahaya drp Zaquan

mnt 57:26 kelantan mendapat sepakan percuma-

mnt 58:15--sepakan penalti untuk n9--zamri menerima kad kuning

mnt 59:33 Zaquan menjaringkan gol penalti= n9=3-Kltn=0

mnt 65:46--penyokong Kltn mula keluar stadium, membakar kain rentang dan membakar mercun

mnt 76:46--tendangan sudut untuk Klntn

Mnt 78:50--Zaquan dikeluarkan krn cedera-Halim zainal ganti

Mnt 85:00--kelihatan kebakaran berlaku di tempat duduk penyokong kelantan

Mnt 85:45--Daudu dilayangkan kad kuning

Mnt 91:40--Gunalan dilayangkan kad kuning krn melambatkan permainan

mnt 93:00--Indraputra berjaya menyumbat satu gol melalui tendangan percuma--N9=3, Klntn=1

Piala Malaysia melabuhkan tirai dengn kemenangan berpihak kepada N9=3, Klntn=1

DSN & SEKOLAH SATU ALIRAN

Sememangnya dari awal lagi saya telah menyatakan sokongan saya terhadap cadangan perlaksanaan sekolah satu aliran. Dalam masa yang sama saya juga tidak menafikan proses untuk merialisaikannya bukanlah mudah. Namun, kenyataan PM DSN yang bermaksud akan hanya melaksanakannya sekiranya semua pihak menyetujuinya dilihat agak longgar.
Pada suatu ketika PPSMI telah dibubarkan bukan berdasarkan persetujuan semua pihak. Adalah perkara biasa sesuatu keputusan kerajaan itu tidak dipersetujui oleh semua pihak sebaliknya agak luar biasa sekiranya sesuatu yanjg dilaksanakan oleh kerajaan itu dipersetujui oleh semua pihak.
PPSMI dibubarkan bukan melalui pungutan suara semua pihak sebaliknya ia telah dilakukan berdasarkan pertimbangan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang dianggap berkelayakan. Keputusan dibuat dan rakyat menerimanya.
Bersandar kepada alasan tidak mendapat persetujuan semua pihak untuk tidak melaksanakan sekolah satu aliran bagai menafikan kewajaran kerajaan melaksanakan beberapa perkara sebelum ini yang tidak melalui persetujuan semua pihak.
Kenyataan tersebut juga dilihat bagai membelakangkan amalan demokrasi yang memihak kepada kepentingan pihak majoriti.
Melihat kepada realiti pentadbiran sesebuah negara yang ditadbir melalui amalan demokrasi, persetujuan semua pihak untuk sesuatu keputusan yang dibuat olah pihak yang memerintah adalah agak mustahil.....
PM DSN sewajarnya lebih memberi peluang untuk isu ini dibincangkan secara komprehensif bagi melihat kesan pelaksanaannya secara holistik tanpa pantas menyempitkan pintu kemungkinannya dengan merujuk kepada pihak yang tidak bersetuju dan sensitiviti mereka sahaja.
klik DI SINI untuk undi

Jumaat, 6 November 2009

TIPS MENGHAMPAKAN PENCURI HP

Saya peroleh email di bawah daripada pelajar saya agar saya menyebarkannya. Seperti berikut:

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah.
Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- * # 0 6 # tanpa ruang kosong.
Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.Sekiranya telefon bimbit anda hilang,anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi.Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan.
Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan. Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepadaorang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga....

Rabu, 4 November 2009

SEKOLAH SATU ALIRAN



Get your own Poll!



Utusan Malaysia,Kuala Lumpur 28 Okt — Kerajaan disaran agar menyusun semula sistem pendidikan negara termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat dicapai.

Bergema lagi saranan yang dulu telah hangat dibincangkan...kita tunggu ke mana akhirannya.

Kata pendek, saya setuju dengan perlaksanaan sekolah satu aliran.
Klik DI SINI untuk entri saya berkaitan isu ini pada tahun 2008

Ahad, 1 November 2009

JOM MINUM!

Jap lg nak gi minum kat Restoran Pelita sebelah Ampang Point ngan Kirin, Handz n Khul.....hajatnya nak sembang pasal research tp tak tau lah akan meraban ke mana nanti..hak hak...jom minum!

Sabtu, 31 Oktober 2009

TRIBUNAL JENAYAH PERANG KUALA LUMPUR







"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama", begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan. Saya sempat berada di dewan tribunal petang tadi walaupun ianya agak lewat. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti tribunal antarabangsa secara langsung. Walaupun banyak juga terma-terma yang digunapakai tidak dapat saya fahami namun beberapa hujah yang mampu saya faham memberi pemahaman baru kepada saya terutama mengenai komplikasi menjadikan tribunal tersebut sebagai tribunal yang sah dan procidingnya boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Semoga tribunal ini akan menjadi asas yang kuat untuk mewujudkan kesan yang signifikan kepada kekejaman jenayah perang.

Khamis, 29 Oktober 2009

430EX II













Dah bertahun saya tinggalkan sukan ini. Pukul 9pm tadi kawan lama mempelawa untuk turut sama ke Setapak Driving Range.....boleh lah.....berjaya cecah 100m untuk iron 7.....tapi apa kena-mengena dengan tajuk entri ni. Sebenarnya saya setuju dengan ajakan kawan saya kerana nak mengambil kesempatan untuk mencuba Flash Canon 430EX II yang baru saya beli siang tadi.....masih banyak yang perlu saya pelajari.

Rabu, 28 Oktober 2009

JANGAN SEPETKAN MATA

Satu akhbar tabloid hari ini memuatkan cerita mengenai impian seorang pelakon veteran yang ingin melakonkan watak penting di dalam cerita yang mengandungi mesej berat mengenai 1malaysia. Akhbar tersebut pantas meletakkan cerita SEPET arahan Yasmin Ahmad sebagai contoh sebuah filem yang menepati aspirasi 1Malaysia.
HMMMMM........
JANGAN SEPETKAN MATA KETIKA MENILAI CIK!

Selasa, 27 Oktober 2009

SENDAT SANGAT

Jas Zafran Adam dan Jas Danish Maliq menduduki peperiksaan akhir penggal hari ini. Seperti biasa saya menghantar mereka ke sekolah. Tidak seperti hari-hari lain, sampai saja di pintu pagar sekolah, mereka terus keluar dan berlari ke kawasan sekolah. Kebiasaannya langkah mereka agak lemah memasuki kawasan sekolah.......BEG........itulah sebabnya. Untuk hari-hari yang ada peperiksaan, pelajar tidak perlu membawa buku-buku seperti biasa....cukup dengan alatan menjawab peperiksaan.
Keadaan yang dilihat ini menunjukkan betapa sukarnya mereka menggalas beg SENDAT setiap hari ke sekolah yang hampir sama berat dengan diri mereka sendiri.....semakin rumitlah bagi pelajar yang terpaksa menggalas beban sebegitu ke bilik darjah di tingkat paling atas.
Bukan isu baru....telah berulang kali dibangkitkan dan dibincangkan.....akhirnya ia sepi tanpa perubahan.....SAMPAI BILA?

Rabu, 21 Oktober 2009

BERDEBAR GEK!

Mak sekarang ada kat rumah saya....dah hampir seminggu dia di sini....sambil untuk melepas rindu kepada cucu-cucunya mak juga ke sini dengan hajat lain.....untuk membincangkan hal perkahwinan adik bongsu saya dengan emak kepada calon pilihannya. Adik telah membuat keputusan untuk tidak bertunang....jadi kami anggap perbincangan hari ini sebagai perbincangan ikatan pertunangan juga, cuma tanpa majlis besar seperti yang biasa dilakukan. Memandangkan hanya emak dan kami sekeluarga di rumah....tidak boleh tidak saya terpaksa mengambil bahagian dalam perbincangan nanti.....semua ini perkara baru bagi saya....berdebar gek.

Sekarang mereka dalam perjalanan ke mari....Nanti saya update apa ceritanya.

Jumaat, 16 Oktober 2009

UMNO BERUBAH

Maka selesailah sudah ucapan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2009. DSN telah mengumumkan beberapa langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan Umno sebagai parti peneraju utama di negara ini. pengumuman yang melibatkan beberapa perubahan besar perlembagaan Umno itu telah disambut baik oleh semua perwakilan. Memang agak sukar untuk melihat kecacatan di dalam setrategi yang disusun. segalanya bagaikan jelas dapat mencapai matlamat yang diperjuangkan.
Menjawab kepada soalan pemberita, Tun Dr Mahathir mengingatkan semua ahli Umno bahawa seluruh rakyat akan mula memerhati pekembangan seterusnya. Laungan perubahan dan pindaan kepada perlembagaan bukanlah noktah kepada usaha memantapkan kedudukan Umno. Tibalah masa pembuktian kepada segala yang dicanangkan. Di sinilah tugas yang paling berat untuk seluruh jentera Umno bermula.
Pelbagai strategi boleh disusun kemas untuk mencapai sesuatu matlamat namun pada hakikatnya segala perubahan yang mahu dilakukan harus bermula dari sikap setiap individu yang terlibat. Strategi yang mantap tidak akan kemana-mana andai sikap individu yang terlibat tidak mendokong matlamat strategi tersebut...SIKAP.
Masih saya ingat kata-kata Tun DM suatu ketika dulu.."kita tidak mengedar dadah bukan kerana kita takut kepada hukuman gantung tetapi kerana kita tidak memilih untuk melakukannya". Pengedaran dadah masih berlaku walaupun hukuman gantung dikenakan kerana sikap individu yang terlibat. Beliau cuba menjelaskan betapa sesuatu mekanisma itu tidak akan memberi apa-apa makna jika sikap kita tidak berubah...hatta hukuman gantung sampai mati sekali pun tidak memberi kesan jika sikap untuk tidak memilih yang salah tiada dalam diri. Begitulah juga dengan segala laungan perubahan di Perhimpunan Agung Umno 2009 ini. Laungan perubahan akan hanya menjadi gema yang hilang dipenjuru dewan perhimpunan andai sikap ahli dan pemimpin Umno tidak turut berubah.
SELAMAT BERUBAH

Ahad, 11 Oktober 2009

PIALA DUNIA: PASUKAN YANG TELAH LAYAK

ZON EROPAH:
Belanda, England, Sepanyol, Jerman, Serbia, Itali

ZON ASIA:
Jepun, Australia, Korea Selatan, Korea Utara

ZON AFRIKA:
Afrika Selatan (tuan rumah), Ghana, Ivory Coast

AMERIKA SELATAN:
Brazil, Paraguay, Chile

AMERIKA UTARA:
Mexico, Amerika Syarikat

Apa nasib Argentina agaknya ?

Sumber: Utusan Malaysia 11/10/09

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA BAGAN PINANG

BN (Tan Sri Isa samad)---8013 undi

PAS (Zulkefli)---2578 undi

Majoriti---5435 undi

Sumber: Utusan Malaysia 11/10/09

Jumaat, 9 Oktober 2009

BENDERA-TENGKORAK SEPARUH PENUH

Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ''Benteng Demokrasi Rakyat'' (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak membabitkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu-Metro 8/10/09
DENGAN KATA LAIN ANCAMAN PERANG YANG DIBUAT BUKANLAH ANCAMAN PERANG DALAM ERTI KATA SEBENAR. IANYA LEBIH KEPADA PROPAGANDA KUMPULAN kecil YANG DITERAJUI OLEH SESEORANG YANG TENGKORAKNYA SEPARUH PENUH UNTUK KEPENTINGAN TERTENTU......KITA SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Saya yakin perasaan persaudaraan yang unik tetap mekar di antara majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia.

Selasa, 6 Oktober 2009

BANJIR BESAR DI AMPANG

Bagai sudah menjadi rutin dalam hidup saya, setiap pagi selepas menghantar anak ke sekolah saya akan singgah di Pasar Muhibah Ampang untuk membaca surat khabar dan bersarapan. Hari ini sesuatu yang dahsyat telah berlaku. Ketika saya sedang asyik membelek akhbar Utusan, tiba-tiba kedengaran seseorang menjerit....banjir bersar!...banjir besar! semua orang yang ada berhampiran menjadi panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam sekelip mata limpahan air yang deras menerpa ke kawasan sekeliling. Satu perkara yang melintas di fikiran saya ketika itu adalah anak-anak dan isteri. Hanya tuhan yang mengetahui perasaan saya ketika itu....matlamat terus membulat-selamatkan anak-anak dan isteri. Saya terus berlari dan meredah arus yang deras walaupun tidak jelas arah yang dituju....(mungkin ke rumah). Di hujung tebing terdapat halangan pagar. saya terpaksa memanjat pagar tersebut untuk sampai ke tempat anak-anak dan isteri berada. Ketika sedang memanjat pagar tersebut saya terdengar satu suara yang menyebut.....'six forty-five, six forty-five, six forty-five'... berulang kali. Bunyi penggera dari handphone tersebut telah membuat saya terjaga. Astaghfirullah......mungkin berita bencana di Indonesia dan beberapa tempat lain telah mempengaruhi tidur saya.....
APAKAH KEADAAN MEREKA YANG BENAR-BENAR MENGALAMINYA?.....HULURKAN BANTUAN SEMAMPUNYA. LUPAKAN PERSENGKETAAN YANG ADA ATAS NAMA KEMANUSIAAN.
TAKZIAH.

Ahad, 20 September 2009

MAAF ZAHIR DAN BATIN

tulus iklas dari setiasahabat

Hanya tinggal beberapa hari lagi muslimin dan muslimat akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Kepada semua blogger muslimin dan muslimat serta semua yang melawati blog ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, saya mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumaat, 11 September 2009

BARBICAN


Diperkenalkan oleh rakan sepejabat. Kini BARBICAN dah jadi minuman harian saya....malah isteri dan anak-anak juga mula menyukainya. Sekarang saya akan pastikan peti sejuk akan sentiasa terisi dengan BARBICAN daripada pelbagai rasa mengikut kesukaan kami semua...saya memilih perisa tulen iaitu MALT, isteri lebih gemar perisa nenas dan epal manakala anak-anak lebih suka kepada perisa rasberi. Sememangnya minuman yang dikilangkan di Dubai ini memiliki rasa yang agak unik berbanding kebanyakan minuman bergas yang terdapat di pasaran....kali pertama meminumnya kita akan merasa sedikit pelik dengan adunan rasanya tetapi ianya tidak mengambil masa yang lama untuk mula menyukainya........sebotol RM2 di Kedai arab Jln Tunku Abdul Rahman tetapi harganya mungkin RM 3 ata 4 di kedai-kedai lain.


Kandungan BARBICAN(perisa asli): Malt, hop, gula dan air.

Selasa, 1 September 2009

PENCAHAYAAN

Salam...

Baru siap pencahayaan baru di rumah.......tak pasti sama ada apa yang saya buat boleh diterima sebagai baik atau sebaliknya......tapi...yang pasti anak-anak saya sangat suka dengan pencahayaan baru ini.....apa komen anda?


Ruang Dapur

Ruang Makan


Ruang Makan



Ruang Tamu


Ruang Tamu





Ruang Makan




Ruang Tamu







Ruang Tamu







Ruang Tamu







MERDEKA-CADANGAN DITERIMA

Rakan seperjuangan telah pun menerima surat dari IPSIS mengatakan "cadangan penyelidikan diterima dengan pindaan minor" beberapa hari lalu....beliau sudah merdeka pada satu tahap.......hari ini saya pula menerima surat yang sama dengan pernyataan yang serupa lanjutan daripada pembentangan cadangan penyelidikan di IPSIS UiTM pada 11 Ogos lalu....saya pula merasa merdeka pada satu tahap hari ini....ALHAMDULLILLAH.

Jumaat, 21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Maka terlerailah rindu....Ramadhan yang ditunggu telah pun tiba.

Malam ini saya akan memandu ke utara untuk menyambut Ramadhan pertama bersama keluarga di sana....

Salam ramadhan untuk semua blogger muslimin dan muslimat.....sama-sama kita rebut keberkatan di bulan yang mulia ini....insyaAllah.

Jangan lupa sunat tarawih.

Sabtu, 27 Jun 2009

BABI KEMBALI

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang-Berita Harian
Saya bersetuju. Kajian di Amerika telah mengesahkan wabak tersebut berpunca daripada babi. Oleh itu panggilan Selsema Babi kepada wabak tersebut adalah lebih mudah difahami berbanding yang lain. Apa yang paling penting bagi saya, penggunaan nama Selsema Babi akan menceritakan perihal sebenar mengenai bahana yang diterima apabila berkompromi dengan kegiatan yang meletakkan haiwan tersebut seperti haiwan-haiwan lain....Islam telah membawa pesan tentang bahaya ini.....namun mereka sedaya upaya menafikannya. Mahukah mereka faham hari ini setelah segala bukti ditunjukkan.
SELESEMA BABI BERPUNCA DARIPADA BABI......TERIMALAH HAKIKAT INI.

Jumaat, 26 Jun 2009

QUALITY CONTROL MAAAA

Sitting on a new chair, at a new corner and in a new space pushing me to a new spirit of thinking about research.....just thinking, not yet started....hee. Trust me, its not an easy thing to gather the mood to smoothly take off............Alhamdulillah, I'm here now, typing something related even though not at full speed........

Hi out there.....should anybody have anything related to quality control in construction or in soft landscape construction, please do not hesitate to share your knowledge......in other words....help meeeeeeeeeeeee!..as I'm doing a research in that area.....hu hu hu

Isnin, 22 Jun 2009

SENGAJA SOMBONG

Hampir sebulan saya tidak melayari mana-mana blog termasuk blog saya sendiri. Memang wujud sedikit kekangan untuk saya mesra dengan blog di akhir-akhir ini...namun bukanlah sehingga tidak berpeluang langsung.....sengaja saya cuba bersikap sombong sementara semua kekangan menjadi reda.
Hari ini saya kembali menjenguk.....hah..memang banyak yang saya tertinggal. Itulah bahana bersikap sombong kepada blog rupanya.
Perkara pertama saya lakukan ketika kembali menjenguk blog ini adalah membaca komen-komen yang belum terbaca dan terbalas........seterusnya cuba mengenali blog follower2 baru.

SALAM BERSUA KEMBALI SEMUA BLOGGERS YANG DIHORMATI.

Khamis, 28 Mei 2009

BARCA BERHAK JUARA

Begitulah hakikatnya. Barcelona FC memang berhak bergelar juara. Mereka bukan saja berjaya membelasah MU dengan tidak berbalas malah telah mempamerkan permaianan yang jauh lebih baik daripada MU dan sangat menarik.........TAHNIAH BARCA.

Messi telah berjaya menyumbang satu gol untuk Barsa melalui tandukan lembut.....bermaksud peluang untuk messi dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah tidak boleh dinafikan lagi selepas ini......HIDUP MESSI.

Rabu, 27 Mei 2009

BARCA KE MU

Yang pasti saya akan tercegat di depan TV pukul satu nanti....tanpa segan silu saya ingin menyatakan saya penyokong BARCAAAAAAAAAA....go! go! BARCA go!.....sebenarnya pasal saya suka Messi.....tu yang sokong Barca tu....jom ramai-ramai kita tonton.....kita tengok, siapa yang kenaaaaa

Selasa, 26 Mei 2009

KOMEN SAYA DIPADAM KOMUNIS

Secara kebetulan saya terjumpa blog yang cuba mengembalikan nostalgia dan mengiktiraf perjuangan Komunis. Blog tersebut dikelola oleh bekas ahli PKM sendiri. Saya memasuki blog tersebut dan meninggalkan beberapa komen. Pada asalnya blog tersebut tidak menetapkan komen-komen perlu melalui proses saringan sebelum dipaparkan. Komen-komen saya telah dipamerkan secara terus di dalam ruangan yang disediakan malah ada komen saya yang dijawab oleh pengelola blog tersebut. Walaubagaimanapun, setelah saya menulis komen yang menceritakan bahawa saya merupakan seorang yang pernah terlibat secara langsung di dalam kehidupan yang diancam keganasan kumpulan tersebut...dan menceritakan beberapa peristiwa yang saya alami, semua komen-komen saya telah dipadamkan dan blog tersebut telah menetapkan agar semua komen perlu melalui proses penyaringan sebelum dipaparkan.

KALAU BENAR MEREKA BENAR.....KENAPA PERLU BEGITU?.....RENUNGKAN

PARTI KOMUNIS MALAYA=LAHANAT

KUALA LUMPUR: Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing. - Bernama. Klik untuk berita penuh.
SAMA ADA DATANGNYA DARI BN ATAU PEMBANGKANG, CADANGAN UNTUK MENGIKTIRAF PENGGANAS KOMUNIS MERUPAKAN TINDAKAN YANG BERSIFAT SONGSANG KEPADA KEDAULATAN NEGARA.
TINDAKAN PKM MEMERANGI NEGARA KETIKA KEMERDEKAAN TELAH DICAPAI SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DILIHAT SEBAGAI PERJUANGAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA SEBALIKNYA MEREKALAH PENGKHIANAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA.
MENCADANGKAN AGAR PENGKHIANAT DIBERI PENGIKTIRAFAN JUGA MERUPAKAN SATU BENTUK PENGKHIANATAN.
AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA SELURUH PERAJURIT YANG TERKORBAN KETIKA MEMPERTAHANKAN IBU PERTIWI INI.
AL-FATIHAH DAN TAKZIAH JUGA KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BERDOSA YANG MENJADI KORBAN KEGANASAN PKM.

Isnin, 25 Mei 2009

CHIN PENG @#%*

Aku anak Baling.....aku membesar di Kg Legong......aku tengok banyak darah.....orng kampung aku mati ditembak, ada yang putus kaki....ayah aku sendiri yang buatkan kaki paslu daripada kayu pulai untuk dia......aku berlari di celahan peluru......aku bersembunyi di kubu yang kami bina sendiri.....aku kutip lebihan peluru......bahan letupan permainan aku....dan macam-macam lagi...

WAHAI GOLONGAN YANG MAHU MENYOKONG CHIN PENG...DATANGLAH KEMARI KEPADA KU...AGAR BOLEH AKU HADIAHKAN LAPAN BELAS KALI PENERAJANG KE KEPALA MU.

Untuk sedikit kisah mengenai diri aku ketika zaman getir tersebut, sila lawat

Sabtu, 23 Mei 2009

MY ADHA - MALAYSIA™: Jangan lupa kekejaman komunis dan Chin Peng

MY ADHA - MALAYSIA™: Jangan lupa kekejaman komunis dan Chin Peng: "http://jasasikin.blogspot.com/2009/01/terkenang-kisah-dulu-2-ancaman-parti.html"

JAMBATAN KETIGA=MAKAN NASI TAK BERAIR

Bukanlah sesuatu yang terlalu memudaratkan apabila tiada air untuk diminum sejurus selepas kita selesai makan nasi. Namun, kita akan mengalami rasa tidak puas seolah-olah ada benda yang tak selesai. Begitulah analogi kepada perasaan rakyat Malaysia terhadap ulasan Perdana Menteri mengenai cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan kawasan timur Johor dengan pulau Singapura.

Rakyat Malaysia amnya menanti keputusan yang merupakan manifestasi kepada kemerdekaan Negara dalam membuat keputusan penggantian Tambak Johor kepada jambatan yang dengan jelas memberi manfaat kepada Negara. Penjelasan mengenai cadangan pembinaan jambatan ketiga dilihat tidak merangkumi semua harapan rakyat Malaysia mengenai isu berkaitan. Masih ada yang tersekat..tak lawas..tak puas.

Khamis, 21 Mei 2009

KALAU BABI, BABI JUGA

KUALA LUMPUR: Ternakan babi di negara ini masih bebas daripada penularan wabak Influenza A (H1N1). Pengesahan itu dibuat selepas ujian persampelan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan kesemua sampel yang diuji adalah negatif, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.
HAH! DAH TU...OK KE TU?...NAK TUNGGU BAGI ADA PENYAKIT DULU BARU NAK BERTINDAK?....
PIHAK BERKUASA PERLU SERIUS DALAM PROSES PENCEGAHAN. PEMASARAN BABI DAN BAHAN BERKAITANNYA HARUS DIGANTUNG SEMENTARA. PERKARA INI TIDAK HARUS DILIHAT SEBAGAI ISU PERKAUMAN. IANYA UNTUK KEPENTINGAN DAN KESEJAHTERAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
KALAU BABI, BABI JUGA

Selasa, 19 Mei 2009

MAT REMPIT KE SAMSENG JALANAN

Berita Harian, KUALA LUMPUR, 19 Mei : Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.

BUKAN KE LUNAK SIKIT BUNYINYA?...HEE

HEBAT ORANG BALING

Utusan Malaysia, BALING 19 Mei — Walaupun telah bersara sebagai guru 50 tahun lepas, jasa Abdullah Ismail yang kini berusia hampir 100 tahun, tetap dikenang khusus oleh dua bekas pelajarnya yang juga sudah lanjut umur.

Abdullah yang mesra dengan panggilan, Cikgu Pak Cu, hari ini dikunjungi bekas muridnya, Jusoh Abdullah, 83, dan seorang lagi, Omar Wahab, 75, dalam satu pertemuan yang diusahakan oleh pusat khidmat seorang wakil rakyat di sini.

Sememangnya jasa guru perlu dikenang dan dihargai.

HEBAT ORANG BALING

PENANTIAN KEPADA PENANTI

Utusan Malaysia, Kuala Lumpur 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

DSN telah memberi penjelasan kepada keputusan tersebut........suka saya simpulkan penjelasan tersebut seperti berikut:

BN TAK NAK LAYAN GAME YANG DICIPTA OLEH PKR.....IANYA TIDAK MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT....BIARLAH MEREKA BEGELUMANG DENGAN GAME YANG MEREKA CIPTA SENDIRI.....TAK ADA ORANG YANG SUDI NAK JOIN......BERKEMPENLAH SORANG-SORANG.....gitulah gamaknya bunyinya...tak taula betul ke dak..heeee

Isnin, 18 Mei 2009

MAT REMPIT:LEBIHKAN TINDAKAN KURANGKAN HEBAHAN


BERITA HARIAN, PETALING JAYA: Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu. Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.

Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
JASA: Saya sangat bersetuju dengan saranan di atas. Kata kunci bagi hujahan di atas adalah 'pengiktirafan'. Bagi meraka yang tidak mempunyai apa-apa sebagai pengiktirafan kepada diri akan melakukan apa saja untuk tujuan tersebut walaupun terpaksa menongkah arus.....
'Mat rempit yang hebat'.....merupakan satu pengiktirafan
'Pengedar dadah paling berjaya'.....juga merupakan satu pengiktirafan
'Bohsia terlaris'......satu bentuk pengiktirafan
Siapa yang memberi pengiktirafan ini?.....jawapannya adalah HEBAHAN MEDIA
Siapa cipta perkataan BOHSIA....selepas itu BOHJAN.....jawapannya adalah MEDIA
Selepas mencipta nama-nama KHAS yang baru......bermula pula agenda mensensasikan nama tersebut.....maka teriktiraflah aktiviti tersebut dan mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga akan menerima pengiktirafan itu....daripada tiada pengiktirafan langsung, diiktiraf sebagai jaguh rempit pun jadilah, ramai 'awek' yang suka....ok la tu
Tidak pelik kalau seringkali kita lihat masalah sosial akan turut meningkat selari dengan peningkatan hebahan di media.....ada perasan kan?
Saranan ringkas saya mengenai perkara bekaitan adalah, 'KURANGKAN HEBAHAN, LEBIHKAN TINDAKAN'.......sekian

Selasa, 12 Mei 2009

BUBAR ATAU UTP

Ekoran daripada keputusan mahkamah yang memberi hak kepada DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak, satu diantara dua perkara dijangka akan berlaku tertakluk kepada mana yang dulu.

Bubar atau Undi Tidak Percaya.

Pernah dengar Politik Boomerang?

Siapa baling boomerang? siapa kena boomerang?

Tungguuuuuu

Isnin, 11 Mei 2009

MB NIZAR

KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah-Utusan Malaysia

TERIMALAH KEPUTUSAN DENGAN REDHA

PERJUANGAN BELUM SELESAI.......

SIAPA MB PERAK?

Mahkamah hari ini akan memberi keputusan sama ada Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak atau sebaliknya.
TERIMALAH KEPUTUSAN DENGAN HATI TERBUKA

Ahad, 10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

mak saya & mak anak saya


TIADA SYARAT-TIADA ALASAN-TIADA KELUH-TIADA UNGKIT-TIADA SESAL-TIADA KESAL-TIADA MALU-TIADA TAKUT-TIADA GENTAR

PENUH JUJUR-PENUH SABAR-PENUH REDHO-PENUH BERANI-PENUH TEGUH-PENUH KASIH-PENUH SAYANG -PENUH CINTA.........

Tak tersenarai oleh saya akan sifat ibu dalam mencurahkan kasih sayang kepada kita dengan tiada sebarang syarat.

SELAMAT HARI IBU

Khamis, 7 Mei 2009

SIDANG DUN PERAK-KARUT-BURUK-TEROK

Sumber:http://politikbanjar.blogspot.com/

Kekecohan berlaku di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.......tak kira di pihak mana, saya yakin tak seorang pun rakyat Malaysia berasa selesa dengan apa yang diperlihatkan.

KARUT-MARUT, BURUK, TERUK. Itu yanag saya boleh gambarkan mengenai apa yang sedang berlaku di sana.......sudahlah....dah lelah dengan keadaan sebegini.

YAHOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!! BARCA KE FINAL



Di minit ke 90 saya sudah pun menulis tajuk entri ini CHELSEA 1 - BARCA 0...tiba-tiba di minit ke 3 waktu kecederaan gawang Chelsea di redah Barca......goooll!!!....isteri saya yang tengah tidur meluru keluar terkejut dengan jeritan saya....ha ha ha.....lepas tu dengan muka seposen dia masuk tido balik.

keputusannya seri 1-1 bermakna Barca akan ke final bertemu MU......YAHOOOOOOOO!!!!!!!!YABEDABEDUUUUUU

Rabu, 6 Mei 2009

CHELSEA vs BARCA


Tak tipu....saya sokong Barca.....sbb ada Messi

...tengah tunggu game pukul 2.30 pagi nanti

IBU, DALAM TELINGA BUNYI SPRING


"Ibu! dalam telinga bunyi spring", jerit Danish (7 thn) sambil berlari keluar bilik air kat rumah neneknya baru-baru ini.....


"apa? kenapa bubuh spring dalam telinga? spring dari mana?", tanya ibunya cemas


"bukan. Adik mandi..pastu bunyi spring dalam telinga adik"....paham?", jawab danish


"bunyi spring?" tanya ibu lagi


Zafran yang berada dalam bilik air tiba-tiba mencelah,"telinga adik masuk air la Ibu."


"ooo...telinga adik ada bunyi macam bunyi spring bergetar"-ibu


"a'a'"-danish


"itu orang panggil bunyi berdengung......buat ibu terkejut saja....ingatkan ada spring termasuk dalam telinga tadi"-ibu, sambil melakukan kaedah traditional untuk mengeluarkan air yang tersangkut dalam telinga.


"abang yg cakap bunyi spring"


itulah anak.......selalu cemaskan kita dengan perkataan yg mereka cipta

Selasa, 5 Mei 2009

KAJIAN PPSMI DILANJUTKAN

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersedia memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.
"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan-BERITA HARIAN
JASA-Biar lambat sikit asal lebih tepat........walaupun saya pernah menyatakan sokongan agar PPSMI diteruskan, namun ianya adalah berdasarkan kepada hujah-hujah semasa. Memandangkan kajian lebih terpeinci telah dilakukan, maka tidak ada sebab hasil kajian yang terbaru dan lebih menyeluruh tersebut tidak dijadikan sandaran....apabila menteri bertanggungjawab menyatakan kajian tersebut perlu dilanjutkan, seharusnya semua pihak ambil faham bahawa wujud kesungguhan di pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian yang terbaik di dalam isu ini......
Bersabarlah...usahlah berdemonstrasi lagi......kalau mampu, sumbanglah sesuatu kepada kajian tersebut

Jumaat, 1 Mei 2009

JOM BALIK KAMPUNG

Sudah hampir pukul 12.30 am sekarang....sengaja tulis entri ni kat atas katil dengan harapan cepat mengantuk......kebiasaannya paling awal pun pukul dua baru saya lena.....hari ni kena tidur awal sebab awal pagi nanti akan bertolak balik kampung.......emak dah dimaklumkan tentang kepulangan kami.....biasanya emak akan buat persediaan untuk masak Sup Ayam Lengkuas kalau kami nak balik....tapi kali ini khabarnya ramai saudara di kampung akan buat kenduri sepanjang cuti ni......maksudnya masa kami kebanyakannya akan dihabiskan di rumah kenduri.....tak sempat nak buat Sup Ayam Lengkuas kut.....
Kampung Legong nama kampung saya.....kampung yang pernah mencatatkan sejarah hitam suatu masa dahulu......kini Kampung Legong telah bertukar menjadi antara destinasi perlancongan yang terkenal di Kedah apabila Pusat Rekreasi Air Panas dibangunkan di situ.....mungkin ada di antara rakan blog yang pernah ke sana......atau mungkin ada yang akan ke sana esok, lusa atau hari Ahad nanti......terlanjur ke sana, tegurlah.......
Kin (jasasikin) anak Pakcik Sani, rumah nombor satu......JASA?...tak ada yang kenal
Sehingga berjumpa lagi

Khamis, 23 April 2009

IBU OH IBU

Adakah anda masih ingat peristiwa sampan karam di Sabah yang melibatkan suami isteri dan seorang anak mereka. Si suami yang bepaut pada sampan yang terbalik sambil memegang tangan anak dan isterinya daripada dihanyut arus. Si isteri yang mendapati suaminya semakin lemah untuk menarik beliau dan anaknya serentak telah meminta suaminya melepaskan beliau supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan penuh siksa suami melepaskan isteri dan anak dapat di selamatkan manakala si ibu meninggal dihanyut arus.
Hari ini kita dengar pula seorang ibu di Johor mati rentung dek kerana ingin menyelamatkan anaknya yang disangka berada di dalam rumah ketika rumah tersebut dijilat api.
Saya sangat sebak ketika membaca dan menulis perkara ini.....itulah ibu.....demi anak, nyawa ditaruhkan.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita kenangkan sempena menyabut Hari Ibu tidak lama lg.
Beraninya seorang perempuan yang bernama ibu....
Bapak macam mana?......berani ke?.....atau tengok jarum suntik pun dah ketar.......apatah lagi nak disuruh melahirkan anak.......mau pupus manusia kat bumi ni..(sajer jer, bapak pun berani jugak)
JOM TELEFON IBU DAN AYAH.

SEKS (18SX)

Penyelidik dari Universiti John Hopkins berkata, seorang yang menjadikan tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.-Berita Harian,23/4/2009

JASA- Haa...tengok tu...takyahla dok pi makan benda-benda pelik yang mahal-mahal tu....minum jer air galian tu banyak-banyak....sihat, power dan murah..

Jom amalkan hidup yang sihat.

jap, nak gi beli air mineral jap.... :p

KEPUTUSAN KE IPTA

Untuk makluman kepada semua pelajar lepasan SPM.

Anda boleh menyemak keputusan permohonan ke IPTA mulai 1 Mei melalui 03-88835858 atau layari http://upu.mohe.gov.my/

SEMOGA BERJAYA

Rabu, 22 April 2009

DIGANTUNG KERANA TENTANG ZIONIS

Tujuh pensyarah IPT di Kulim Kedah digantung tugas kerana membantah program pelajar yang meraikan Zionis.
Pensyarah terbabit bertindak demikian kerana kurang senang dengan kesanggupan sebahagian pelajar IPT berkenaan memakai pakaian rakyat Israel sambil membawa bendera negara Zionis dan menari ala Yahudi ketika mengadakan persembahan kebudayaan sempena perarakan itu.
Perarakan berkenaan diadakan dalam kampus IPT terbabit pada pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian subjek Bahasa Inggeris yang meliputi 20 peratus daripada keseluruhan markah subjek itu.-MY METRO
P/s: Ketika Negara dengan jelas melaungkan bantahan keras terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin, ada pula IPT di negara ini menganjurkan aktiviti yang meraikan Zionis malah menghukum mereka yang membantahnya.
Apakah maksud IPT ini?...Siapakah di belakang IPT ini?....

Selasa, 21 April 2009

KISAH SEDIH PEMINJAM PTPTN

Sumber: Utusan online
Ikuti rintihan seorang pelajar UPM berkut:

Tujuan saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.
Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi.
Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800. Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?

Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna. Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.
Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009. Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja.

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang
p/s: Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Naziatul Azlin kerana tabah mengharungi dugaan......saya tahu bukan Naziatul seorang sahaja yang menghadapi masalah sedemikian.....malah ramai dikalangan orang yang saya kenal turut berkongsi masalah yang sama...saya tersentuh dengan kenyataan ini kerana saya sangat hampir dengan peminjam-peminjam PTPTN. Saya sangat berharap keluhan Naziatul akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

ANAK NOT FOR SALE

Utusan Online

MUMBAI 20 April - Bapa pelakon cilik, Rubina Ali dalam filem Slumdog Millionaire menafikan cuba menjual anak perempuannya itu, selepas akhbar Britian mendakwa dia meletakan harga untuk menjual anaknya sebagai anak angkat.

Media India hari ini berkata, Rafiq Qureshi menyifatkan berita yang disebarkan di seluruh dunia, bahawa dia mengadakan perjumpaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dari Asia Barat yang mahu mengambil anak perempuannya berusia sembilan itu semalam sebagai suatu pembohongan.

P/s: Kalau benar, sedaplah telinga mendengarnya...walaubagaimanapun saya tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang berbunyi, "Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata, mata jadi buta"....tak percaya cuba la tengok...:p

Isnin, 20 April 2009

ANAK FOR SALE

Hasil penyamaran wartawan News Of The World mendapati bapa kepada pelakon cilik SLUMDOG MILLIONAIRE, Rubina cuba menjual anaknya yang berusia Sembilan tahun itu untuk dijadikan sebagai anak angkat. Rafiq, bapa kepada Rubina menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk membebaskan Rubina daripada kehidupan sesak di Mumbai. Mengikut laporan akhbar News Of The World lagi, Rafiq meletakkan harga sebanyak RM 1.4 juta sebagai harga untuk melepaskan anaknya.

Nak membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

Kenapa perlu RM 1.4 juta untuk membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

RENUNGAN
Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata..mata akan buta...
Namun ketahuilah, tanpa mencucuk ke mata pun duit mampu membutakan mata dan hati.

Ahad, 19 April 2009

SPPK

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar. –Untuk berita penuh sila lawat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Saya tertarik kepada ulasan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mengenai pembahagian peratusan pemarkahan mengikut tahap peperiksaan.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Saya berpendapat bahawa alasan untuk meletakkan peratusan yang tinggi kepada peperiksaan umum bagi peringkat SPM sebagai agak longgar.
Sekiranya perlaksanaan SPPK dikatakan bermatlamat untuk menghasilkan modal insan yang holistik, maka tiada sebab peringkat SPM diletakkan sebagai peringkat yang kurang memerlukan pendekatan yang sama.
Soal kemasukan pelajar ke peringkat pengajian tinggi tidak harus mendahului matlamat melahirkan modal insan yang holistik. Ini kerana soal kemasukan ke institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan soal dasar pengambilan pelajar yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa sedangkan proses melahirkan modal insan yang holistik seharusnya diberi penekanan pada semua peringkat pengajian.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa cadangan penggunaan SPPK di dalam sistem pendidikan merupakan langkah kehadapan setelah sekian lama ketinggalan. Walaubagaimanapun, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi untuk menjamin kelancaran pelaksanaan dan keberkesanannya mengikut matlamat yang disasarkan.

ARSENAL 1-CHELSEA 2

INFO JER

Sabtu, 18 April 2009

KWANGJAQ SUNGGUH

video

kwangjaq=kurang ajar dalam loghat utara (kalau ada yang tak tahu)

Ketika membuat keputusan untuk meletakkan video ini, saya sama sekali tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperjelaskan. Walaubagaimanapun saya tahu paparan video ini akan mengundang rasa marah dan geram yang amat sangat kepada perempuan yang beraksi kebinatangan di dalam vedio ini. Disamping itu, akan timbul juga rasa simpati yang amat sangat terhadap kanak-kanak suci yang menjadi mangsa.

Saya tidak dapat menjelaskan dengan tepat mengenai kejadian yang dirakamkan. Rakaman video ini diperolehi daripada isteri saya yang menerimanya dari seseorang yang dimajukan melalui email.

Kenyataan marah dan simpati yang ditinggalkan oleh pengunjung di dalam blog ini menunjukkan betapa kejadian yang dipaparkan terlalu asing dan mengejutkan.

Inilah yang dikatakan manusia yang telah dianugerahkan akal fikiran....kadang-kadang akal fikiran yang dimiliki telah menyebabkan menusia menjadi lebih kebinatangan daripada binatang......

Memang menggerunkan......MasyaAllah.

Khamis, 16 April 2009

KUASA V. SIVAKUMAR VS KUASA MAHKAMAH

Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah

16/04/2009 12:17pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.
Sumber: Utusan Malaysia

BLOG PEMBANGKANG SEPI

Saya tidak berhasrat untuk menyatakan sokongan saya kepada mana-mana pihak di dalam blog ini....saya memilih untuk melihat dan mendengar semua pandangan dan hujah dari semua pihak untuk memahami sesuatu.

Hasil pemerhatian saya mendapati blog-blog pembangkang sepi mengenai isu penerimaan semula ELI WONG........kenapa ya?

MAI JENGUK SAT

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

Buruk sangka
Hasad dengki
Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."
Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan.
Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya.
Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Rabu, 15 April 2009

MeCD

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:


(1)
Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(2)
Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
(3)
Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(4)
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;
(6)
Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;
(7)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
(8)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan
(9)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasisebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri15 April 2009

MELAYU MUDAH GUGUP

Kalau dulu kita diinsafkankan oleh kata-kata 'Melayu Muda Lupa'......hari ini saya mahu berkata pula 'Melayu Mudah Gugup'...hak sendiri pun boleh dilepaskan dek kerana ugutan kecil.....hello melayu!..jantan la sikit!


BANGKITLAH MELAYU

Dipetik daripada Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.
Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu-
Ibrahim Ali

COFFEE BEAN DAN STARBUCKS PENYEBAB PENING KEPALA


Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik M. Richelle dan rakan-rakannya menunjukkan bahawa kopi mempunyai aktiviti aktioksidan yang tinggi untuk kesihatan badan. Semua jenis kopi kaya dengan asid klorogenik yang bertidak sebagai antioksidan yang kuat. Malah, kopi juga didapati mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi berbanding sumber-sumber antioksidan yang lain seperti teh hijau, teh hitam, teh herba dan koko.

Kesimpulannya, meminum kopi adalah baik untuk kesihatan.

Walaubagaimanapun meminum kopi di Coffee Beans dan Starbucks dikatakan memberi kesan yang berlainan berbanding meminum kopi di warung atau kedai mamak. Meminum kopi di Coffee Beans dan Starbucks dikesan berpotensi mendatangkan kesan pening kepala kepada peminumnya. Lebih-lebih lagi sekiranya diminum ketika hujung bulan kerana harganya yang mahal......kepeningan akan lebih terasa apabila tiba-tiba kawan-kawan datang duduk semeja dan minta dibelanja.

Edisi rehat minda :)

Selasa, 14 April 2009

BANTUAN DIPOHON

LAKUKAN APA YANG TERMAMPU




Lagi Budak Perempuan Hilang
Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

AssalamualaikumMohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin SalimHEP
Politeknik Johor Bahru0177011038 / 0169326003 atau

Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

BAHAYA FITNAH

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.
Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel, SMS, Surat, menulis blog dan sebagainya.
Alangkah baiknya kalau saya dapat berkongsi tazkirah ini bersama saudara saya M, M dan Z agar kami sama-sama dapat menginsafinya.

Isnin, 13 April 2009

MECD LAGI

Merujuk kepada post sebelum ini, sukacita saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Mahyuddin Yasin telah berjanji akan memberi penjelasan kepada perkara berkaitan dalam masa terdekat.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

wait n see.

Ahad, 12 April 2009

MECD PULAK DAH


1.Baru beberapa hari kabinet baru pimpinan DSN ditubuhkan. Pelbagai reaksi rakyat dapat dilihat dan didengar terhadap pemilihan anggota kabinet dan pengstrukturan semula kementerian.

2.Dengan merujuk kepada keseluruhan kritikan yang diterima, PM berkata, "Kita tidak dapat puaskan semua".

3.Dari aspek pemilihan anggota kabinet, saya mudah bersetuju dengan kata-kata DSN tersebut namun dari aspek pengstrukturan semula kementerian, saya rasa penjelasan yang lebih terpeinci perlu dilakukan oleh kerajaan terutamanya mengenani pemansuhan MECD.

4.Wujud keluh kesah di kalangan masyarakat bumiputera terutama Melayu dengan ketiadaan sebuah kementerian yang khusus untuk menjaga kepentingan mereka. Perlu diingat, salah satu agensi utama MECD adalah MARA........Melayu mana tak kenal MARA......saya sendiri amat terhutang budi dengan MARA.

5.Persoalan mengenai kedudukan, peranan dan keberkesanan agensi-agensi terlibat setelah MECD dimansuhkan mengundang kebimbangan di kalangan masyarakat bumiputra khususnya Melayu. Dimanakah agensi-agensi yang berada di bawah MECD sebelum ini akan diletakkan?.....bolehkan agensi-agensi terbabit berperanan seperti biasa atau lebih baik kepada orang Melayu apabila berada di bawah kementerian lain nanti?.....

Orang Melayu menunggu penjelasan.