Utusan Malaysia,12 Nov. -
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan tunduk kepada syarikat perumahan dalam menangani isu rumah terbengkalai. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tempoh yang agak lama diambil untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai adalah disebabkan oleh prosedur tertentu yang perlu diikuti.
"Kita memang mempunyai dasar untuk menyelamatkan rumah terbengkalai tetapi tidak boleh terburu-buru kerana terdapat prosedur yang perlu dipatuhi.
"Hanya selepas diisytiharkan terbengkalai dan berpuas hati dengan laporan pegawai yang memantau, barulah kita mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap projek berkenaan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, selepas semua prosedur itu dilalui barulah kementerian mempunyai kuasa untuk mencari syarikat perumahan baru atau berunding dengan pemaju sedia ada bagi mencari jalan bagi memulihkan projek yang terbengkalai.
Terdahulu ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya langkah kerajaan mengambil alih projek perumahan terbengkalai yang membebankan ramai pembeli rumah, beliau menjelaskan, kerajaan telah menyiapkan 12 daripada 148 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara sejak 1990. Menurutnya, sebanyak 49 projek lagi sedang dalam proses pemulihan dan baki 87 projek masih terbengkalai.
"Kita sedang dalam proses untuk mengenal pasti projek yang perlu dipulih dan kementerian sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah yang terbengkalai.---prosedur tu lah yang dipersoalkan cik timbalan menteri oii!
"Namun demikian, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tujuan menyelesai dan memulihkan 87 projek terbengkalai itu sememangnya tidak mencukupi," katanya.--salah pembeli rumah kah?
Tambah beliau, antara kriteria utama bagi kerajaan mengambil alih projek perumahan yang terbengkalai ialah projek berkenaan mesti telah siap 90 hingga 95 peratus selain sudah terbengkalai lebih 10 tahun.---kalau tak siap 90%?.....10 tahun?
Tiba-tiba saya teringat kepada slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

