Sudah lebih 20 thn dan merata tempat saya mencari kalau-kalau ada sup kegemaran saya yang sering dimasak emak terutama apabila saya balik ke kampung bersama keluarga. Hingga ke hari ini nasib saya masih kurang baik kerana belum pernah menemuinya di daerah lain. Pernah juga sekali-sekala saya dan isteri cuba memasaknya, kesukaran untuk mendapatkan ayam kampung muda membuatkan rasanya tidak begitu serupa. “Mak! Rasa macam nak makan Sup Ayam Lengkuas lah”, itulah permitaan saya bila mahu bermanja dengan emak ketika sekali-sekala balik kampung. Kebiasaanya emak memang sudah bersedia dengan ayam kampung muda kalau mendengar berita saya, isteri dan cucunya akan balik ke kampung. Bagi saya supnya sangat ringkas tetapi membuat saya amat sukar untuk tidak menambah nasi kalau dihidangkan bersama.
Mungkin ada di antara anda pernah merasainya tetapi bagi yang belum, cubalah resepi di bawah:
Bahan-bahan
1. Seekor ayam kampung muda
2. Tiga ketul lengkuas
3. Dua batang serai
4. Santan sebiji kelapa
5. Sepuluh helai daun kesum
6. Cabai Melaka
7. Garam
8. Asam keping
9. Bawang merah
Cara-cara memasak sup
1. Santan dibahagi dua (satu untuk dimasukkan ke dalam sup dan selebihnya untuk dibuat kuah pencecah).
2. Ayam hendaklah dilayur dan dipotong 16 bahagian.
3. Masukkan ayam, lengkuas yang telah dibuang kulit dan diketuk, serai yang telah diketuk ke dalam periuk bersama air sehingga tenggelam semua bahan.
4. Tunggu sehingga ayam masak dan masukkan garam secukup rasa.
5. Ini penting!!!.....ketika sup sedang mendidih, masukkan sebahagian santan dan terus matikan api......rasa akan berbeza sekiranya api terus dinyalakan kerana lemak santan akan pecah.
6. Selesai untuk sup
Cara-cara membuat kuah pencecah
1. Sebahagian santan lagi menjadi bahan utama.
2. Masukkan bawang merah yang dihiris kecil, daun kesum yang dirincik, dua keping asam keeping, cabai Melaka dan garam secukup rasa.
3. Senang kan?
Cadangan sajian
Sup boleh dimakan dengan nasi seperti biasa atau dimakan berasingan.
Daging ayam boleh dicecah dengan kuah pencecah untuk menikmati keunikan rasa adunannya.
Apa yang selalu saya buat adalah......saya masukkan kuah sup yang banyak ke dalam nasi dan campurkannya dengan kuah pencecah....daging ayam dijadikan lauk.....muahh
Penting!!!!!....ayam mesti dilayur untuk menyahkan sedikit lemaknya....jangan buang kulit kerana kulit ayam yang dilayur medatangkan aroma yang mengenakkan.
Pastikan api terus dipadam sejurus selepas santan dimasukkan ke dalam sup.
SELAMAT MENCUBA
KALAU SUKA BERITAHU SAYA
cantik..makasih sudi berkongsi resipi, tuan!
BalasPadamleh try ni.
HAA.... Something different. Inilah rahsia2 yang kite nak tahu. TQ
BalasPadamEntry Ganaz....hahahahahaha Bravo Geng, Something different but yet interesting! 1st time buat teman. Mesti Cuba!
BalasPadamAd suka sup gear box..hehehe..
BalasPadamSeakan menyelerakan...kat rumah mak mmg byk ayam kampung muda...terima kasih krn bkongsi resepi!
BalasPadamwow..bley try ni..menarik ;)
BalasPadamsaya sokong cadangan menu ini di bawa ke mesyuarat agung tahun depan - syamsul
BalasPadamWoww. Ni 1st time sy dengar masakan bernama sup ayam lengkuas. Wajib try ni. Nanti nak suh sir masakkan. Ha ha
BalasPadamnak try!!!
BalasPadamklu xjadi mesti salah resipi
mcm sedap jerk..tp ada lengkuas le..best ke??
BalasPadamMacam sedap je resipi ni, tapi kena amik mood betul2, baru la rasanya sedap seperti yg digambarkan...
BalasPadamTx for sharing!!!
Mmg sedap...pernah buat guna ayam daging...x menjadi!!!!sedih...teringin bangat!!!!
BalasPadamSaya pun pernah cuba guna ayam daging...tak sedap sangat kerana banyak lemak
BalasPadameiza in the house,
BalasPadamtak suka lengkuas ek? rasa lengkuas mild sajer bila direbus sbagai sup
Saya tak pernah jumpa resepi ni..menarik terima kasih,resepi orang dulu dulu sangat unik
BalasPadam