Selasa, 27 Oktober 2009

SENDAT SANGAT

Jas Zafran Adam dan Jas Danish Maliq menduduki peperiksaan akhir penggal hari ini. Seperti biasa saya menghantar mereka ke sekolah. Tidak seperti hari-hari lain, sampai saja di pintu pagar sekolah, mereka terus keluar dan berlari ke kawasan sekolah. Kebiasaannya langkah mereka agak lemah memasuki kawasan sekolah.......BEG........itulah sebabnya. Untuk hari-hari yang ada peperiksaan, pelajar tidak perlu membawa buku-buku seperti biasa....cukup dengan alatan menjawab peperiksaan.
Keadaan yang dilihat ini menunjukkan betapa sukarnya mereka menggalas beg SENDAT setiap hari ke sekolah yang hampir sama berat dengan diri mereka sendiri.....semakin rumitlah bagi pelajar yang terpaksa menggalas beban sebegitu ke bilik darjah di tingkat paling atas.
Bukan isu baru....telah berulang kali dibangkitkan dan dibincangkan.....akhirnya ia sepi tanpa perubahan.....SAMPAI BILA?

15 ulasan:

  1. perkara sudah basi. sejak aku sekolah berdekad dulu dah timbul pasal ni.
    jadual anjallah.. macam2 lah.. tapi beg tetap berat sbb buku teks x boleh letak bawah meja takut hilang kena bayar lagi..

    BalasPadam
  2. Dah nama pun cukgu-cikgu sekarang suka mengajar ikut sebijik buku teks...x percaya..??? Cuba tengok balik...budak2 yang terror menghafal pasti lulus cemerlang...tapi yang memahami dan x menghafal...pasti result kureng...sebab jawapan x menepati...hahahha...jangan marah yer cikgu2 sekolah...sila tingkatkan kreativiti anda ketika mengajar~~

    BalasPadam
  3. nape tak buat aje loker2..bg mudahkan dia org tinggal buku yg berat2 tu..

    cdgn boleh ditrima tak?

    BalasPadam
  4. sy bertekak dgn guru besar skolah (mesyuarat PIBG) adik sy sbb perkara ni. smpi hati beliau ckp adik sy dan pelajar2 lain pemalas sbb tak baca jadual dgn betul. dia salahkan pelajar yg bawa buku tak ikut jadual!

    padahal sy yg susun buku2 adik sy tiap2 mlm sbb nak pastikan dorg bwk buku yg betul, bkn buku2 subjek lain.

    BalasPadam
  5. tambahan. hehehe..

    utk makluman, semua sekolah di putrajaya disediakan locker utk KESEMUA PELAJARNYA. sekolah bestari la katekan... tp yg sedih adik sy dah darjah 5 kunci locker pun xpnah knal lg..
    sy tgk locker2 tu sume berkunci.

    skolah sy dulu pun berlocker tp kecik pastu sng brg2 nak hilang. 70& rosak dan mmg tak bleh guna lgsg.

    BalasPadam
  6. sI tEDI--ketika saya di sekolah rendah pada tahun 70an dulu pun sama juga...

    BalasPadam
  7. AiNeRzA--kena bawa ke perbahasan panjang ni

    BalasPadam
  8. eiza in the house.. -- ada sekolah yang telah menyediakannya ttp masalah tetap sama....pengurusannya mungkin

    BalasPadam
  9. خير الأنوار بن قمر الدين --saya bangkitkan isu ini kerana saya pasti anak-anak saya membawa buku mengikut jadual tiap-tiap hari

    BalasPadam
  10. itu la
    pelik, kenapa sek rendah buku tebal2 belak
    berbexa dgn sek menengah

    BalasPadam
  11. patutla generasiku banyak yang katik..

    BalasPadam
  12. [ N ] sham -- cetakan berasingan mungkin boleh mengatasi masalah buku tebal...cth; helaian cetakan yang mengandungi topik yang akan diajar sahaja diedarkan kepada pelajar...helaian yang mengandungi topik yang akan datang tidak perlu dibawa sehingga tiba masanya..dengan kata lain, kaedah penggunaan buku tebal digantikan dengan kaedah helaian berasingan....meningkatkan penggunaan media elektronik juga wajar diberi pertimbangan....macam-macam lagi kut

    BalasPadam
  13. haniekunie--bukan sekadar katik...tengkok pun hilang sebab bawa beg sangkut atas kepala

    BalasPadam
  14. kat sini pon beso2 begnye
    entah apa yg dibawak

    BalasPadam
  15. joegrimjow--masa saya kat sana dulu, beg beso pasal banyak isi meggi

    BalasPadam