Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar. –Untuk berita penuh sila lawat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Saya tertarik kepada ulasan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mengenai pembahagian peratusan pemarkahan mengikut tahap peperiksaan.
Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.
Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.
“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.
Saya berpendapat bahawa alasan untuk meletakkan peratusan yang tinggi kepada peperiksaan umum bagi peringkat SPM sebagai agak longgar.
Sekiranya perlaksanaan SPPK dikatakan bermatlamat untuk menghasilkan modal insan yang holistik, maka tiada sebab peringkat SPM diletakkan sebagai peringkat yang kurang memerlukan pendekatan yang sama.
Soal kemasukan pelajar ke peringkat pengajian tinggi tidak harus mendahului matlamat melahirkan modal insan yang holistik. Ini kerana soal kemasukan ke institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan soal dasar pengambilan pelajar yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa sedangkan proses melahirkan modal insan yang holistik seharusnya diberi penekanan pada semua peringkat pengajian.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa cadangan penggunaan SPPK di dalam sistem pendidikan merupakan langkah kehadapan setelah sekian lama ketinggalan. Walaubagaimanapun, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi untuk menjamin kelancaran pelaksanaan dan keberkesanannya mengikut matlamat yang disasarkan.
Aku rasa sistem ini akan gagal. Sebabnya mudah sahaja sebaik sahaja sistem ini memihak kepada Melayu, Orang Cina akan protes.
BalasPadamDahulu sistem memberi markah kepada koko untuk memasuki IPTA pernah diguna pakai tetapi sistem ini memihak kepada Melayu sebab pelajar Melayu kita tahu banyak yg terlibat dalam koko. Sistem ini diprotes dan sebagai jalan penyelesaian kita gunakan sistem meritokrasi iaitu berdasarkan kelulusan akademik semata2.
stuju
BalasPadamdah tiba masa untuk berubahh
ENTAHLA APA YANG AKAN DIUBAHNYA DARI PEMERHATIAN SEOLAH-OLAH MACAM KOKURIKULUM YANG MAHU DIBERATKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN BERSUKAN BUKA AURAT SEGALA TANPA BATASAN PERGAULAN ALMAKLUMLAH PELBAGAI KAUM TERUS ISLAM KURANG DIUTAMAKAN. SEBENARNYA TAK SALAH JIKA BETUL IKUT SYARIAH ISLAM.....TAPI SEBENARNYA KESEIMBANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN YANG PERLU DITEKANKAN IALAH SUKATAN PELAJARAN ITU SENDIRI. PERLU ADA MATAPELAJARAN AGAMA YANG BETUL BERKESAN BOLEH MENDIDIK ANAK BANGSA DI TADIKA HINGGA UNIVERSITI SECARA BERTERUSAN. JUGA SEMUA ILMU YANG DIPELAJARI PERLU DISEIMBANGKAN TEORI DAN PRAKTIKALNYA BUKAN SEKADAR TEORI SEMATA SEPERTI SEKARANG JADIKAN PEMIKIRAN KURANG SEIMBANG DAN BERKEMBANG UNTUK MELAHIRKAN BANGSA PENCIPTA...PENCIPTAAN, USAHAWAN DAN PERNIAGAAN PERLULAH DITEKANKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN SENDIRI BERMULA SEMENJAK TADIKA HINGGA UNIVERSITI BARULAH BOLEH JADI BANGSA PENGELUAR PRODUK DAN PERKHIDMATAN BERJAYA DI DUNIA......
BalasPadamKepada saudara/saudari D'Rimba,
BalasPadamkalau nama rimbapun janganlah fikir macam orang rimba. Ko-ku tu bukannya sukan saja.Kelab tadarus Al-Quran, Jawatan Kuasa Surau dan macam2 lagilah juga dikira ko-ku.
Tanpa nama ni cukupla tidak nampak maksud tersurat dan tersiratnya, sukan tu salah satu contoh kokurikulum yang perlu kita lihat kembali perlaksanaan yang benarkan aurat dibuka pakai sendat mendat campur gaul faham.....yang lain kurang masalahnya.......dan satu lagi penekanan seluruh ilmu dan matapelajaran yang berdasarka teori tu perlu diseimbangkan dengan praktikalnya. Kenala cari formula berkesannya di samping kokurikulum bukannya kokurikulum saja mahu dititikberatkan tapi belajar masih bersandarkan teori semata.......
BalasPadamsy sker blog ne, byk input..x rugi sy follow..bagus, teruskn...heee
BalasPadamMungkin ada dikalangan anda yg keliru berkenaan perlaksaan sistem ini..untuk pengetahuan anda semua SPPK ini mampu meningkatkan kualiti pendidikan negara kita..kita perlu menilai segala perkembangan pelajar tidak hanya pada sistem peperiksaan semata2 kerana memandangkan zaman sekarang masalah sosial semakin byk perlu juga diberi penekanan kepada psikometrik para pelajar..disamping guru mengajar mrk juga perlu menilai pelajar agar tidak tercicir..malah melalui pendekatan SPPK ini akan memberi peluang kpd pelajar yg utk menguasai segala segi ilmu pgthuan dan juga kemahiran..bukan hanya bergantung kpd peperiksaan semata2..Ini kerana banyak dikalangan pelajar hanya akan mengulangkaji pelajaran apabila tiba hari pepriksaan..bila sudah tamat persekolahan bila disoal kembali apa yg anda tahu ttg sesuatu matapelajaran itu semuanya dah luper...
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamapapun pandangn yg anda beri smua nya ada postif dan negatif nya...jika KPM sndri serius utk kmnnjlnkan SPPK masih byk yg perlu diperhalusi dan dpertingkatkan..dengan ada nya SPPK penilaian pelajar bukan sahaja dinilai dr aspek akademik shj.tp melihat pada kecenderungan yang lain..cth nya: adakalanya pelajar sgt cemerlang dlm akademiknya tp apabila diminta utk bersosial maksud sy memberi ucapan atau bercakap dkhalayak ramai tidak mampu berbuat apa2 jd d cni dpt dilihat ketidak seimbangan dan ia perlu dilatih.. tuan/puan/cik/encik..sy merupakan salah seorg drpd guru pentaksir yg dilantik oleh Majlis Pperiksaan Malaysia dan telah dhantar ke salah buah skola rintis di kepulauan Borneo.Saya rasakan suda tiba masanya Malaysia melakukan perubahan utk sistem pendidikan.. -tokou-