Isnin, 20 April 2009

ANAK FOR SALE

Hasil penyamaran wartawan News Of The World mendapati bapa kepada pelakon cilik SLUMDOG MILLIONAIRE, Rubina cuba menjual anaknya yang berusia Sembilan tahun itu untuk dijadikan sebagai anak angkat. Rafiq, bapa kepada Rubina menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk membebaskan Rubina daripada kehidupan sesak di Mumbai. Mengikut laporan akhbar News Of The World lagi, Rafiq meletakkan harga sebanyak RM 1.4 juta sebagai harga untuk melepaskan anaknya.

Nak membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

Kenapa perlu RM 1.4 juta untuk membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

RENUNGAN
Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata..mata akan buta...
Namun ketahuilah, tanpa mencucuk ke mata pun duit mampu membutakan mata dan hati.

7 ulasan:

  1. Ada ka patut..?? ish.. ish.. ish...

    BalasPadam
  2. Oklah tu. Anak dapat hidup senang, bapa pun dapat hidup senang.

    Win and Win solution. Kalau anak tu terus duduk dengan bapa yang sanggup menjual anak macam ni pun tak ada gunanya.

    Baik duduk dengan keluarga baru.

    BalasPadam
  3. patut.. patut.. patut..
    dapat la sikit duit untuk belanja dapur

    BalasPadam
  4. hmm..dunia zaman skrg..minta jauh2...

    BalasPadam
  5. huh. bagi jelah. wat pe jual. kepala otak dia

    BalasPadam
  6. tulah..sapa kata duit x penting kat dunia nih??
    kalau tak penting xde la ayah nak jual anak..
    xde la yg rajin pagi2 lagi gi kuar kerja carik makan..
    penting mmg penting..tapi biarlah cara mendapatnya di bawah keredhaan Allah
    dan kena dgn caranya..
    nih pi jual anak plak dia..tak patut btol..
    manusia akhir zaman..

    BalasPadam