Khamis, 23 April 2009

IBU OH IBU

Adakah anda masih ingat peristiwa sampan karam di Sabah yang melibatkan suami isteri dan seorang anak mereka. Si suami yang bepaut pada sampan yang terbalik sambil memegang tangan anak dan isterinya daripada dihanyut arus. Si isteri yang mendapati suaminya semakin lemah untuk menarik beliau dan anaknya serentak telah meminta suaminya melepaskan beliau supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan penuh siksa suami melepaskan isteri dan anak dapat di selamatkan manakala si ibu meninggal dihanyut arus.
Hari ini kita dengar pula seorang ibu di Johor mati rentung dek kerana ingin menyelamatkan anaknya yang disangka berada di dalam rumah ketika rumah tersebut dijilat api.
Saya sangat sebak ketika membaca dan menulis perkara ini.....itulah ibu.....demi anak, nyawa ditaruhkan.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita kenangkan sempena menyabut Hari Ibu tidak lama lg.
Beraninya seorang perempuan yang bernama ibu....
Bapak macam mana?......berani ke?.....atau tengok jarum suntik pun dah ketar.......apatah lagi nak disuruh melahirkan anak.......mau pupus manusia kat bumi ni..(sajer jer, bapak pun berani jugak)
JOM TELEFON IBU DAN AYAH.

48 ulasan:

  1. Nway, tersentuh baca ntre ni, tapi nk tergelak pun ada bila dah baca kat hujung artikel.hehe. Apapun, sebesar mana, sekaya mana pun kita, kita ni tiada apa tanpa ibu dan ayah. Love U so much mum n dad.

    BalasPadam
  2. i love my mommy!

    nice entry

    btw
    salam singgah :)

    BalasPadam
  3. alang,

    sebenarnya saya selalu tertanya2...siapa lebih berani?...lelaki atau perempuan?

    BalasPadam
  4. tringt masa zana nk bersalin, suami negok jarum nk cucuk tulang belakang dia rasa nk pengsan.

    BalasPadam
  5. ikiqzana,

    saya mengaku, saya pun takut jarum...suatu hari tu saya nak derma darah...saya tanya kat doktor pompuan,sakit tak...dia jawab, kami beranak lg sakit...oops..he he

    BalasPadam
  6. erm....saya jua syg dan ibu dan ayah saya...
    jom tepon mereka...

    BalasPadam
  7. bg sy... bukan perempuan atau lelaki lagi berani..

    xkira laki atau perempuan.. tapi bila seseorang insan itu penuh kasih sayang dan tanggungjawab pasti akan jadi berani.. demi insan kesayangannya.. :)

    BalasPadam
  8. betul tu hati ibu sungguh mulia kerana menjaga dan melahirkan kita,sayangi ibu anda.(aku takda ibu dah ninggal)

    BalasPadam
  9. ct saggie--jom

    Nurul--betul nurul..berani tak berani juga bergantung kepada alasan dan keadaan...alasan dua ibu di atas adalah 'sayang'.

    ise--saya masih ada ibu yang selalu masak sup ayam lengkuas bila saya balik kampung....ayah dah 7 tahun tiada.

    BalasPadam
  10. tesentuh baca. last2 tgelak plak.

    BalasPadam
  11. td sy call mak sy, bnyk kali tp x dpt ckp sbb busy. esok try lg.. rindu gak.. td pon bapak yg angkat borak2 pastu mintak duit skit. huhuhuh..!!

    BalasPadam
  12. kita selalu katakan wanita itu lemah..
    tapi hakikatnya itulah hebatnya insan bernama ibu..di sebalik kelemahan,terselit kekuatan
    di sebalik kelemahan itu,Allah bagikan kekuatan untuk melahirkan anak di mana sakitnya tak terperi..namun bila anak itu lahir,mampu lagi ibu tersenyum,kuatkan???

    disaat anak termenung ditimpa masalah,ibu jugalah yg Allah beri kekuatan mampu menghidu setiap mslh yg anaknya hadapi..kuatkan???

    tapi kita sering lupa..seringkali jatuh tersungkur tidak mampu mengingati apalagi menghayati pengorbanan yg ibu kita lakukan..lemahkan kita???

    encik JASA,kalau berkesempatan lihatlah video dari blog senior saya ini..uhuhuu..mungkin mampu menyentuh perasaan encik JASA..
    http://al-aarifin.blogspot.com/2009/04/semoga-kita-tidak-lupa-akan-segala.html

    encik JASA..
    ya,saya pelajar medik tahun 1..saye budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..hehe..

    BalasPadam
  13. nice post, sure I love my mom.
    btw hope you’ll like your award from me...
    salam kenal. Thanks.

    BalasPadam
  14. assalamualaikum...saya juga tersentuh baca article ni...Good piece...;-)

    BalasPadam
  15. Jasa,
    ingatkan kpd semua hargai Ibu semasa mereka masih ada..
    bila dah tiada baru laa terasa kehilangannya..
    Naluri seorang ibu dapat merasai walau di mana anak-anak mereka berada..walau tak ditunjuk melalui riak muka nanum dalam hati hanya mereka yang tahu.

    BalasPadam
  16. Jasa,
    lagi satu yg nak bagitau kat anak muda skrg ni ,jangan la hanya tpon mak ayah masa kocek dah kering...

    BalasPadam
  17. hai jasa, salam singgah.

    betul tu, bila dah sayang, dr berani pun jadi x berani. tp betullah, ibu sanggup buat apa saja utk keluarganya....

    BalasPadam
  18. Assalamu'alaikum...tulisan mas membuatku semakin rindu sama ibuku ...oh ibu smoga engkau sehat selalu...amin

    BalasPadam
  19. Ha...x payah tepon-tepon...1 Mei ni kan cuti...jom ramai-ramai balik kampung...bpleh makan sup ayam kampung...nak???!!

    BalasPadam
  20. Ku pun nak menyibuk.. tumpang lalu Jasa, yea la pengorbanan ibu memang tinggi...
    Ku setuju dengan ainerza tak payah tepon, balik jea kampung.. aku pun nak balik kampung mertuaku .. cuti Mei nie..nak makan apam balik..

    BalasPadam
  21. Uwaaaaa mama i miss u.. ngeee... :) thanx for the refreshing bro!!! chaiyok!~ chaiyok!~

    BalasPadam
  22. Beuhhh...banyak kali pengekornya....wonderinggg....

    Mother....hmmmmm Just wanna said I am proud to be a mother

    Nice to know you and big regrads wanna come to my blog.

    Mati dehh gw.... kaga bisa bahasa melayuan.

    BalasPadam
  23. sbb itu sy bangga menjadi Ibu, perempuan dan wanita.. :)

    BalasPadam
  24. Saya juga sebak membacanya.. pengorbanan ibu cukup besar, smpai sanggup mebgorbankan nyawa demi anak2. seorang ibu boleh membela berbelas orng anak, tetapi bolehkan berbelas anak menjaga ibunya yg sorang itu??

    BalasPadam
  25. isya--naper nak tergelak...memang lelaki takut jarum ek?

    kayrolldin--jangan lupa call mak lagi esok

    Lavender pelangi--betul, kalau saya berlakon ok pun mak saya tetap dapat meneka keadaan saya yang tak ok...saya dah tengok link tu..sedih kan?...saya pun tengah belajar jugak sekarang...sama2 kita belajar rajin2 yer.

    Rana rasuna--award?..tqvm

    Dee--waalaikummusalamm

    Ikan emas--betul, firasat mak sangat kuat

    BalasPadam
  26. ct noramiza--memang saya sedar ibu ada keberanian luar biasa bila menyentuh soal anak2..sbb tu saya tulis entry ni

    ibnukus--birkan perasan rindu itu terus melanda..ianya mulia

    ainerza--maklong tpon..kak azni ada kelas pulak...akan sedaya upaya cari masa

    nadnye--saya pun nak balik jugak..

    ady syam--welcome

    brown sugar--its ok to write in english or indonesian..i can understand..nice to know u

    arnirina--anda berhak berbagga

    BalasPadam
  27. Naz--soalan yang kita sama2 perlu fikir

    haniekunie--ank saya kata saya berani macam ultraman

    BalasPadam
  28. sdeynye~
    tiba2 rasa rindu sgt nk blk kg!


    lalala... nk blk tp tunggu abeh exam~

    BalasPadam
  29. hehehhe..nk kcu di sinilah..hehehhe..

    BalasPadam
  30. mcm ultraman tu kira berani la sir..hehe
    sayangi ibu dan ayah anda!!..sedih2..tak leh jd ni kena blk penang tiap2 mggu..

    BalasPadam
  31. olin--cuti 1 may kita balik kg ramai2

    Little bubu--dah cal mak ayah blum?

    MummYaeesh--kaum ayah tumpang merasainya

    ct saggie--kcu tu aper?..kang salah jwb plak..hee

    siti--hah..memang berani terutama bila lampu kat dada berkelip..tenet..tenet..tenet

    BalasPadam
  32. Apa tunggu lagi, jom telepon mak kita sekarang. Tanya khabar mereka...

    BalasPadam
  33. arryani---sy dah tpon dah...1 mei ni nak blk kg..insyaallah

    BalasPadam
  34. mak pak dah lama meninggalkan dunia fana ni...tumpang kasih mak pak orang je le! baru balik last Saturday...

    BalasPadam
  35. Sonata anak kancil--semoga roh mereka dicucuri rahmat...kasih sayang mereka pasti tetap dirasai

    BalasPadam
  36. saudara baca pape hari ini.. berita satu family yang bercuti dan perahu/kapal terbalik..? terharu membaca tentang kesungguhan si ayah mencari anak kecilnya yang berusia 2 tahun yang hilang tenggelam.. sehingga di nasihatkan orang ramai supaya berhenti mencari kerana sia yah sudah kelihatan terlalu penat..

    ayah atau ibu.. kedua-duanya terlalu penting bagu saya ;))

    salam singgah!

    BalasPadam
  37. ibu...ibu..
    engkaulah ratu hatiku..
    waaaaa..
    teringat mak kita...
    nak balik kampong...
    waaaaa

    BalasPadam
  38. sometimes.....---panjangnya nama blog. Oleh kerana saya seorang ayah, jadi biarlah saya memberi pengiktirafan kepada kaum ibu dulu...pengiktirafan itu akan bermakna kalau diberikan oleh orang lain bukan diri sendiri....hari ini saudari yang mewakili kaum hawa memberi pengiktirafan kepada kaum ayah juga...tentu semua kaum ayah akan rasa dihargai.

    akudinda--cuti 1 mei bersambung dengan hari minggu...apa lagi... jom kita balik kg

    BalasPadam
  39. ok ok.. lepas ni entry pasal ayah pula!!! hehehehehe..

    -TED|-

    BalasPadam
  40. Hi Jasa

    Tidak perlu bersebab sebenarnya kenapa kita mesti menghargai dan sayangkan ibu. Malah segalanya tak termampu kita nak balas. Dengan kasih sayang pun dah kira menggembirakan mereka. Cuma kita perlu beringat untuk mendidik anak-anak & generasi muda agar mereka semua tidak lari dari landasan kasih kan ibu dan bapa...

    BalasPadam
  41. sailormoon,

    setuju. Dlm keadaan macam mana sekali pun kita wajib menghargai ibu.

    Entri ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan hari ibu tanpa perlu kita merujuk sejarah barat...harapan saya agar kisah2 pengorbanan ibu seperti yag diceritakan dapat menyemarakan lagi kasih sayang dan penghargaan kepada ibu kita....mudah-mudahan.

    BalasPadam
  42. berikan daku sedikit ruang untuk melemparkan senyuman kepada semua teman2 yang sangat sygkan ibu dan bapa mereka..

    djNDklfm

    BalasPadam
  43. djNDklfm,

    saya tengah buat senyuman balas

    BalasPadam
  44. vote for ISA, at www.witlurve.blogspot.com
    or click my name

    BalasPadam