Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Bersama En. Syakirin Di restoran D' Kayu Ampang menyelak helaian-helaian akedemik yang masih tebal untuk diakhiri......namun masa semakin nipis....tak mahu dilihat gentar, helah ketenangan sentiasa dipamirkan untuk menutup seluruh rupa kegusaran.....hati kecil tak putus meratip doa agar dipermudahkan jalan.....mohon berkat di bulan Ramadhon yang mulia ini, makbulkanlah...seperti aku mengharapkan doa kalian, aku doakan kepada semua yang berada dilapangan perjuangan yang sama agar diberi kekuatan, dibukakan jalan, dihindarkan kepayahan, dipermudahkan urusan dan diakhirkan dengan kejayaan......Aminnn

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Jumaat, 12 Ogos 2011

GUNUNG NUANG

Gunung tertinggi di Selangor. Pintu masuk pendakian di Hulu Langat. Ketinggian 1493m dari aras laut. Perjalanan 9km dari pintu masuk ke Puncak. Lebih kurang 4jam 20 minit keseluruhan masa mendaki. Memerlukan masa lebih singkat untuk turun kecuali ketika hujan.

27 Julai 2011, bersama dua orang kawan, memulakan pendakian yang melalui jalan pacuan 4 roda sejauh 4km. Selepas 4km melalui laluan selesa tetapi memenatkan, kami mula meredah kawasan hutan sepanjang pinggiran sungai...lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba tapak perkemahan Kem Lolo...singgah untuk mengisi air bekalan.....Perjalan diteruskan ke Kem Pacat sejauh lebih kurang 2km....kurang dari 1jam saya telah sampai di tapak perkemahan Kem Pacat...Laluan daripada Kem Lolo ke Kem Pacat kebanyakannya curam dan licin....tiada sumber air di Kem pacat...adalah penting untuk pendaki mengisi air bekalan di Kem Lolo sebelum meneruskan pendakian ke Kem Pacat....sampai di kem pacat sendirian...dua orag rakan masih tidak kelihatan setelah beberapa minit menunggu.....perjalanan diteruskan ke Puncak Kasih....lauluan curam dan licin....lebih kurang sejam perjalanan untuk tiba di Puncak Kasih...berhenti seketika untuk minum dan hela nafas panjang.....Dimaklumkan ada punca air berhampiran Puncak Kasih tetapi tidak pasti lokasinya...perjalanan seterusnya adalah ke puncak sejauh lebih kurang 1km....laluan awal dari Puncak Kasih adalah menuruni bukit lebih kurang 30 minit sebelum menempuh laluan mendaki yang sangat curam......selamat tiba di puncak pada pukul 12.50pm....Ketibaan disambut tupai gunung yang montel dan jinak...ada juga unggas yang berwarna warni tetapi tidak sejinak tupai gunung....sempat berkongsi roti Gardenia berkismis dengan tupai gunung sementara menunggu waktu solat zohor.....dua rakan masih tidak kelihatan sehingga masuk waktu zohor....saya bertayammun dan menunaikan solat zohor di bawah pondok besi piramid berwarna hijau yang menjadi mercu tanda puncak Gunung Nuang.....teringat pesan seorang lelaki sebelum mendaki agar tidak berada dipuncak melebihi pukul 2pm kerana bimbang jalan akan gelap jika turun lewat, saya terus membuat keputusan untuk turun walaupun dua rakan saya masih belum sampai...kebetulan hujan mula turun....jalan menjadi gelap seperti hampir magrib..terpaksa menggunakan headlamp untuk menyuluh laluan....hujan menjadi semakin lebat, jalan menjadi sangat licin...saya terpaksa melangkah dengan berhati-hati....bertembung dengan dua rakan dari arah bertentangan setelah hampir 30 minit perjalanan.......memandangkan hari hujan dan keadaan semakin gelap walaupun masih awal, kami membuat keputusan untuk turun....kami selamat tiba di pintu masuk lebih kurang pukul 6.50pm.


Menunggu rakan sebelum sampai ke Kem Lolo


Kem Pacat

Tiada Punca air di sini
Terdapat banyak mawas besar


Layan diri...kawan tak sampai2



Tak ada apa di Puncak kasih...kata orang ada punca air dalam 15 minit perjalanan.....elok sambung jer perjalanan ke puncak



1493m dari aras laut



Gazebo piramid besi-mercu tanda puncak Gunung Nuang-tak jumpa benda ni bermaksud anda dah salah pilih puncak


Tupai gunung yang gemok dan jinak


*tak sempat nak ambil gambar banyak kerana terpaksa mengejar masa.

Tips untuk pendaki balik hari:

1. Pakai kasut yang sesuai dengan laluan licin..Adidas kampung adalah terbaik

2. Bawa bersama:-
-parang untuk keselamatan
-Headlamp (pastikan kalis air)
-Baju hujan pakai buang
-dua botol air sekurang-kurangnya
-first-aid kit
-yang lain2 tu ikut suka hangpa lah

3. Mula pendakian seawal mungkin-sebaiknya selepas subuh

4.apa lagi ek?.kalau ada apa-apa lagi saya tambah kemudian

5. Pendakian berkumpulan kebiasaannya memakan masa 12jam pergi dan balik

-Selamat Mendaki-