Isnin, 29 Disember 2008

SALAM MA'AL HIJRAH

Saya mengucapkan selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada para muslimin dan muslimat.....semoga kehadiran tahun baru ini akan membuka lembaran baru yang lebih cemerlang......terkenang saya kepada nasib yang dilalui oleh rakyat Palestin ketika ini.....Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang ke jalan yang diredhoiNya.

Ahad, 28 Disember 2008

TERKENANG KISAH DULU #1 (Ancaman Parti Komunis Malaya)

Ketika ini aku tidak pernah merasa asing berada di dalam pelbagai kelompok manusia......aku selesa dengan darjat aku sendiri.......sehingga kadang-kadang bagai terlupa dengan keterasingan sejarah hidup yang dilalui dulu....sengaja aku mengungkit kisah silam di sini agar sentiasa menjadi pedoman kepada diri untuk terus merasa selesa dan bersyukur dengan kurnian terkini.....
Kisahnya bermula di sebuah kampung di Daerah Baling, Kedah.......tiada apa yang aneh atau pelik apabila Baling diperkatakan pada hari ini selain daripada keindahan landskap semulajadinya yang memukau pandangan.......namun tidak semua sedar atau masih ingat tentang Baling sebelum tahun 1988.....ketika Baling masih sebagai kawasan hitam iaitu kawasan yang berdepan dengan ancaman pengganas komunis....... namun tidak semua kawasan yang berada di dalam daerah Baling menerima ancaman tersebut......hanya beberapa kampung yang berhampiran dengan sempadan negara Thailand sahaja terlibat secara langsung dengan sejarah hitam tersebut..........Kampung Legong adalah satu di antaranya.....dan di situlah aku dilahirkan dan dibesarkan........mengharungi pengalaman yang agak asing bagi kanak-kanak dan remaja-remaja lain di negara ini............ (akan disambung di bawah tajuk yang sama)

Rabu, 24 Disember 2008

AL-FATIHAH UNTUK DR. AHMAD SHUKRI

Al-Fatihah untuk Dr. Ahmad Shukri.......Berada di sisi beliau di saat-saat akhir nafasnya sehingga dijemput Ilahi merupakan satu pengalaman yang amat menyentuh perasaan.....sepanjang mengenali beliau....dia merupakan seorang yang tenang dan begitulah tenangnya beliau di saat pemergiannya ketika saya, handz, Hanapiah dan seorang pelajar mengiringinya ke Hospital Selayang dengan ambulan UIA........takziah kepada keluarganya dan Al-Fatihah kepada Dr. Ahmad Shukri....semoga rohnya dicucuri rahmat.

Isnin, 22 Disember 2008

PENGHUNI AWAL RUMAH 905


Semalam (21 Disember 2008) Saya, Syakirin dan Fakhul mewakili angkatan LAKARIANG telah hadir Ke Majlis Pelancaran Pameran Penghuni Awal Rumah 905 yang bertempat di RA Fine Art, Jalan Aman. Menjengah Raja Ahmad Fine Art di no 6 Jalan Aman sentiasa menghidangkan semangat baru untuk terus menyelusuri keindahan seni yang telah bertapak kukuh di dada budaya pemerhati yang peka. Himpunan karya-karya daripada mereka yang telah lama berkasih dengan suka duka kehidupan anak seni sarat dengan cerita-cerita yang tak terintai jika tidak diselak teliti. Merenung dari satu kanvas ke kanvas membawa saya melampaui batas apresiasi catan dan lakaran yang terpampang malah tertarik kebelakang untuk menghayati perjuangan pengkarya-pengkaryanya ketika berpayung di Rumah 905. Terhasilnya Pameran Penghuni Awal Rumah 905 mengkantungkan ribuan cerita-cerita tentang keutuhan perjuangan dan keakraban penghuni-penghuninya yang mungkin berselerak di perjalanan waktu yang hampir mencecah 30 tahun usianya. Menghayati cerita-cerita itu membakar semangat kami angkatan LAKARIANG untuk terus utuh berdiri di hulu aliran seni ini walaupun sampan untuk ke muara pengiktirafannya masih tidak terimbang.........Terima kasih kepada pihak Raja Ahmad Fine Art di atas kesudian menjemput kami untuk sama-sama mengapreasasi segala yang dihidangkan.

Sabtu, 20 Disember 2008

MYSELF,FAKHUL AND KIRIN TO JB


It took about 4 n half hours to Skudai..........we left Ampang at 4.50 am.....early hah?.....just to ensure we'll reach at UTM before 10.30 to see Prof. Tajuddin.....about 9 am we had our breakfast at mamak restaurant just a few km to UTM.....we're strolling under majestic UTM entrance just nice at 10.30 am......and met Prof. Tajuddin at KALAM.... I have to admit that meeting Prof. Tajuddin was one of the precious moments I had....especially while I'm in the midst of tracking the direction of my PhD......his fruitful advise helps me a lot....we left KALAM at 12....oh, it's Friday....Friday prayer?.....no we didn't......we did jamak on the way back to KL.....before that Fakhul just took us to Kampung Melayu JB to try one of the famous murtabak at JB....yeah..it wasn't bad at all.....we tapau some for Handz...he was waiting for us at KL.......he just couldn't join us to Skudai for some reasons.......we met him at Gerai Naan Chees facing Ampang Point around 9.30 pm.....well...what else?.......a routine cheqgus session began.....and adjourned at 10.30......to be continued tomorrow.

Khamis, 18 Disember 2008

KASUT TEPAT KE MUKA


1.Berita mengenai seorang pemberita warga Iraq melempar kedua-dua belah kasutnya ke Presiden Amerika Syarikat masih menghiasi dada akhbar hingga ke hari ini

2.Rumah putih telah menyatakan mereka telah melupakan peristiwa itu sebagai percubaan untuk menyifatkan insiden tersebut sebagai isu kecil dan terpencil....tidak dapat dinafikan ianya isu kecil jika serangan menggunakan kasut dibandingkan dengan serangan ribuan peluru yang disasarkan oleh Amerika kepada sasarannya........memanglah juga ianya isu terpencil kerana adengan pemimpin yang mendakwa dirinya manusia paling berpengaruh di dunia dibaling kasut tidak pernah berlaku di dalam sejarah.

3......hakikatnya apa yang berlaku memberi impak besar kepada maruah Rumah Putih....lebih-lebih lagi kepada Bush sendiri yang mengharapkan situasi manis di penghujung tahtanya. Peristiwa ini tidak mungkin dapat dilupakan oleh Bush hingga ke akhir hayat beliau......

4.Dari rakaman peristiwa tersebut kita dapat lihat kasut yang dilemparkan oleh perberita tersebut tidak mengenai bush.......hakikatnya, dari segi moral, kasut itu telah kena tepat di kepala bush

5....jelas sekali perberita bukanlah berniat untuk menyerang secara fizikal bagi mencederakan Bush.....jika tidak adalah lebih baik baginya menggunakan objek keras seperti kameranya yang sudah pasti mampu mencederakan Bush

6.......apa yang dilakukan oleh pemberita tersebut merupakan satu manifestasi kepada kebencian rakyat terhadap pemimpin yang membawa penderitaan kepada mereka..tindakannya terbukti mewakili ramai rakyat Iraq yang lain apabila beliau dijulang sebagai wira sejurus selepas peristiwa tersebut.....saya yakin Bush telah merasai lebih daripada kasut itu terkena tepat ke kepalanya.....

7 Apa yang boleh saya simpulkan.......kasut itu tepat ke muka Bush.

Ahad, 14 Disember 2008

HARI AHAD

Macam biasa aku ke 'alam bujang sementara' pada kebanyakan hari Ahad....wife ke kelas, anak akan berada kat rumah mentua atau nenek mereka.....terpaksa plan program sorang2...arini aku spent masa kat depan komputer.......macam2 aku surf....kebanyakan yang berkaitan dengan preparation for my PhD......hasil tak menyebelahi aku arini.....dapat dua jer journal yang berkaitan........atau mungkin itu jer yang ada..... dah hampir tiga jam aku kat depan computer ni....urat belakang dah tak berapa mesra dengan aktiviti ni lagi....


Pagi tadi ketika sarapan aku terbaca banyak artikel berkaitan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.......isu cuaca antara lain sentiasa menjadi perhatian....hmmmm.......hari ini hujan masih turun....dan aku percaya banyak rahmat diturunkan bersamanya......wassalam.

Jumaat, 12 Disember 2008

KEMBALI KE UiTM

Hari ini aku ke UiTM dengan fakhul n Kirin.....aku paling awal keluar rumah...pukul lapan aku dah di kedai mamak membaca Utusan Malaysia sambil sekali sekala menyuap bihun telur mata kerbau ke mulut....gelas teh tarik aku letakkan jauh di penjuru meja supaya senang aku menyelak paper Utusan yang masih besar saiznya.....Berita harian dah kecil...dalam aspek saiz aku memang pilih Berita Harian......tapi dalam aspek susunan bahan berita...Utusan lagi ok. Fakhul dan Kirin sampai beberapa minit kemudian......selepas semua selesai sarapan kami bertolak ke UiTM......sampai di sana dalam pukul 10.30.....temujanji aku dengan Dr. Noriah pada pukul 11....sedang elok. Sementara aku menanti pukul 11 untuk berjumpa Dr. Noriah, aku ikut Kirin dan Fakhul berjumpa Abang Azlaini di biliknya.....pelbagai nasihat diberi oleh Abang azlaini bekaitan PhD yang kami nak buat......Pukul 11 aku ke bilik Dr. Noriah.....dia masih seperti 16 tahun dulu..tak makan tua...sama jer....mesra macam seorang kakak dengan adik.....Setelah berbincang kami membuat keputusan untuk menetapkan PQP sebagai topik kajian PhD aku...Tugas aku sekarang untuk menyiapkan proposal baru bekaitan topik yang dipersetujui...next week nak kena hantar.....kami solat jumaat kat Pusat Islam Uitm.....Selepas solat kami lunch kat satu pekan baru berhampiran.....lepas makan kami balik ke UIA....sambung rutin harian sebagai warga UIA yang sedang bercuti.......wassalam


Handz tak dapat join kami hari ini........wife dia kena buat MRI...ada masalah tulang belakang katanya.....harap-harap semuanya ok...amin

RENUNGAN

Aktiviti pembangunan ekonomi untuk menampung keperluan peningkatan penduduk telah menyumbang kepada berlakunya penyahutanan. Di sebalik memperolehi faedah ekonomi melalui aktiviti-aktiviti pengeksploitasian sumber hutan, kawasan yang terlibat berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran. Masalah persekitaran bukan sahaja terkesan kepada kawasan setempat tetapi dikenalpati boleh melewati sempadan negara hingga ke peringkat global. Kehilangan kanopi hutan tropika umpamanya dikenalpasti menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Kaedah pengurusan yang efisien harus sentiasa dikaji agar segala aktiviti pembangunan yang melibatkan penggunaan sumber hutan berlaku secara berhemah untuk menjamin kelestarian semua sumber semulajadi dan meminimakan pencemaran alam sekitar.

Sabtu, 6 Disember 2008

RUNTUH LAGI

Salam......

1. Kita sekali lagi dikejutkan oleh berita kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa.

2. KPN mengesahkan sehingga pukul 1.30 petang tadi tiga kematian telah dilaporkan dan enam lagi masih hilang dan ramai yang cedera.

3. Kejadian ini mengingatkan kita kembali kepada peristiwa runtuhan Highlang Tower 15 tahun dahulu. Siasatan yang dibuat ke atas teragedi Highland Tower telah mendapati punca utama bencana adalah kerana kelemahan kejuteraan pembinaan bangunan tersebut.

4. Pelbagai kajian telah dibuat dan rakyat diberitahu bahawa bangunan-bangunan lain yang berhampiran masih selamat untuk didiami.

5. Hari ini kita dengar kejadian seumpamanya berlaku lagi walaupun jumlah kematian tidak sebanyak kejadian 15 tahun dahulu.

6.Di manakah silapnya?………saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab oleh rakan-rakan saya Kirin, Handz dan Khul.

TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MANGSA

Jumaat, 5 Disember 2008

SEKOLAH SATU ALIRAN

Salam......
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan cadangan supaya hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan diwujudkan di negara ini langsung tidak mempunyai unsur perkauman.
Sehubungan itu, kata beliau, dakwaan beberapa pihak terutama parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan cadangan sedemikian berbaur perkauman adalah tidak berasas.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana yang merangkumi sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Merujuk kepada terbitan Utusan Malaysia di atas;
1. Datuk Seri Hishammuddin membuat kenyataan dengan merujuk kepada cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini. Sejurus selepas Datuk Mukhriz memberi cadangan tersebut ramai taiko-taiko dari NGO yang mewakili kaum bukan Melayu membantah dengan menyatakan cadangan tersebut berbaur perkauman.
2. Tindakbalas sedemikian sememangnya dijangka lebih-lebih lagi ketika senario politik sekarang menunjukkan wakil-wakil dari kaum-kaum lain begitu galak mempertikaikan tentang kedudukan kaum melayu.
3. Anehnya....cadangan Datuk Mukhriz sama sekali tidak membawa maksud kepada kepentingan melayu atau mana-mana bangsa. Apa yang jelas diperkatakan ialah hasrat untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini melalui cadangan yang dibuat. Apa yang membuat taiko-taiko ini membantah cadangan tersebut benar-benar menimbulkan persoalan.
4. Sememangnya cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz bukanlah cadangan yang baru kita dengar malah ianya telah berkali-kali diutarakan. Kesemuanya mendapat tentangan dan tidak dapat dilaksanakan. Mungkin benar cadangan yang sama dibuat dahulu tidak boleh direalisasikan dengan mengambil kira keadaan keadaan ketika itu.
5. Keadaan sekarang berbeza. Masa telah menunjukkan kesan daripada amalan sistem pendidikan pelbagai aliran. Hasil Daripada sistem tersebut adalah masyarakat masa kini. Bantahan terhadap cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz itu sendiri telah menunjukkan betapa kesan buruk telah diterima dari sistem pendidikan sediada.
6. Siapa yang membantah?.....siapa yang menolak cadangan untuk memupuk perpaduan di antara kaum?...siapa yang dengan sewenang-wenangnya melemparkan kenyataan yang boleh menggugat perpaduan anatara kaum?.........tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang datang dari sistem pendidikan pelbagai aliran ini.
7. Hasilnya telah jelas dapat dilihat..........maka perubahan adalah diperlukan.

SALAM

Salam.....

Pertama kali tulis blog........termenung panjang....fikirkan apa yang nak ditulis.

1. Hari ni aku bersama Handz dan fakhul kat bilik aku. Masing-masing dengan laptop sendiri. Handz baru beli ' network switch'....senang...semua dah boleh pakai internet. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.....Fakhul..rasanya tengah update facebook...Handz tengah sibuk edit dashboard blognya.....tercabar tengok design dashboard aku agaknya.....tak tuduh..sekadar meneka jer.
2. Sekarang aku sedang bercuti selama sebulan semenjak 1 Disember aritu.....niatnya nak prepare proposal untuk PhD. Memang dah buat...tapi belum kemas lagi. Harap-harap sempat siap sebelum raya nanti.
3. Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua.
Wassalam