Sabtu, 31 Oktober 2009

TRIBUNAL JENAYAH PERANG KUALA LUMPUR







"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama", begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan. Saya sempat berada di dewan tribunal petang tadi walaupun ianya agak lewat. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti tribunal antarabangsa secara langsung. Walaupun banyak juga terma-terma yang digunapakai tidak dapat saya fahami namun beberapa hujah yang mampu saya faham memberi pemahaman baru kepada saya terutama mengenai komplikasi menjadikan tribunal tersebut sebagai tribunal yang sah dan procidingnya boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Semoga tribunal ini akan menjadi asas yang kuat untuk mewujudkan kesan yang signifikan kepada kekejaman jenayah perang.

Khamis, 29 Oktober 2009

430EX II













Dah bertahun saya tinggalkan sukan ini. Pukul 9pm tadi kawan lama mempelawa untuk turut sama ke Setapak Driving Range.....boleh lah.....berjaya cecah 100m untuk iron 7.....tapi apa kena-mengena dengan tajuk entri ni. Sebenarnya saya setuju dengan ajakan kawan saya kerana nak mengambil kesempatan untuk mencuba Flash Canon 430EX II yang baru saya beli siang tadi.....masih banyak yang perlu saya pelajari.

Rabu, 28 Oktober 2009

JANGAN SEPETKAN MATA

Satu akhbar tabloid hari ini memuatkan cerita mengenai impian seorang pelakon veteran yang ingin melakonkan watak penting di dalam cerita yang mengandungi mesej berat mengenai 1malaysia. Akhbar tersebut pantas meletakkan cerita SEPET arahan Yasmin Ahmad sebagai contoh sebuah filem yang menepati aspirasi 1Malaysia.
HMMMMM........
JANGAN SEPETKAN MATA KETIKA MENILAI CIK!

Selasa, 27 Oktober 2009

SENDAT SANGAT

Jas Zafran Adam dan Jas Danish Maliq menduduki peperiksaan akhir penggal hari ini. Seperti biasa saya menghantar mereka ke sekolah. Tidak seperti hari-hari lain, sampai saja di pintu pagar sekolah, mereka terus keluar dan berlari ke kawasan sekolah. Kebiasaannya langkah mereka agak lemah memasuki kawasan sekolah.......BEG........itulah sebabnya. Untuk hari-hari yang ada peperiksaan, pelajar tidak perlu membawa buku-buku seperti biasa....cukup dengan alatan menjawab peperiksaan.
Keadaan yang dilihat ini menunjukkan betapa sukarnya mereka menggalas beg SENDAT setiap hari ke sekolah yang hampir sama berat dengan diri mereka sendiri.....semakin rumitlah bagi pelajar yang terpaksa menggalas beban sebegitu ke bilik darjah di tingkat paling atas.
Bukan isu baru....telah berulang kali dibangkitkan dan dibincangkan.....akhirnya ia sepi tanpa perubahan.....SAMPAI BILA?

Rabu, 21 Oktober 2009

BERDEBAR GEK!

Mak sekarang ada kat rumah saya....dah hampir seminggu dia di sini....sambil untuk melepas rindu kepada cucu-cucunya mak juga ke sini dengan hajat lain.....untuk membincangkan hal perkahwinan adik bongsu saya dengan emak kepada calon pilihannya. Adik telah membuat keputusan untuk tidak bertunang....jadi kami anggap perbincangan hari ini sebagai perbincangan ikatan pertunangan juga, cuma tanpa majlis besar seperti yang biasa dilakukan. Memandangkan hanya emak dan kami sekeluarga di rumah....tidak boleh tidak saya terpaksa mengambil bahagian dalam perbincangan nanti.....semua ini perkara baru bagi saya....berdebar gek.

Sekarang mereka dalam perjalanan ke mari....Nanti saya update apa ceritanya.

Jumaat, 16 Oktober 2009

UMNO BERUBAH

Maka selesailah sudah ucapan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2009. DSN telah mengumumkan beberapa langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan Umno sebagai parti peneraju utama di negara ini. pengumuman yang melibatkan beberapa perubahan besar perlembagaan Umno itu telah disambut baik oleh semua perwakilan. Memang agak sukar untuk melihat kecacatan di dalam setrategi yang disusun. segalanya bagaikan jelas dapat mencapai matlamat yang diperjuangkan.
Menjawab kepada soalan pemberita, Tun Dr Mahathir mengingatkan semua ahli Umno bahawa seluruh rakyat akan mula memerhati pekembangan seterusnya. Laungan perubahan dan pindaan kepada perlembagaan bukanlah noktah kepada usaha memantapkan kedudukan Umno. Tibalah masa pembuktian kepada segala yang dicanangkan. Di sinilah tugas yang paling berat untuk seluruh jentera Umno bermula.
Pelbagai strategi boleh disusun kemas untuk mencapai sesuatu matlamat namun pada hakikatnya segala perubahan yang mahu dilakukan harus bermula dari sikap setiap individu yang terlibat. Strategi yang mantap tidak akan kemana-mana andai sikap individu yang terlibat tidak mendokong matlamat strategi tersebut...SIKAP.
Masih saya ingat kata-kata Tun DM suatu ketika dulu.."kita tidak mengedar dadah bukan kerana kita takut kepada hukuman gantung tetapi kerana kita tidak memilih untuk melakukannya". Pengedaran dadah masih berlaku walaupun hukuman gantung dikenakan kerana sikap individu yang terlibat. Beliau cuba menjelaskan betapa sesuatu mekanisma itu tidak akan memberi apa-apa makna jika sikap kita tidak berubah...hatta hukuman gantung sampai mati sekali pun tidak memberi kesan jika sikap untuk tidak memilih yang salah tiada dalam diri. Begitulah juga dengan segala laungan perubahan di Perhimpunan Agung Umno 2009 ini. Laungan perubahan akan hanya menjadi gema yang hilang dipenjuru dewan perhimpunan andai sikap ahli dan pemimpin Umno tidak turut berubah.
SELAMAT BERUBAH

Ahad, 11 Oktober 2009

PIALA DUNIA: PASUKAN YANG TELAH LAYAK

ZON EROPAH:
Belanda, England, Sepanyol, Jerman, Serbia, Itali

ZON ASIA:
Jepun, Australia, Korea Selatan, Korea Utara

ZON AFRIKA:
Afrika Selatan (tuan rumah), Ghana, Ivory Coast

AMERIKA SELATAN:
Brazil, Paraguay, Chile

AMERIKA UTARA:
Mexico, Amerika Syarikat

Apa nasib Argentina agaknya ?

Sumber: Utusan Malaysia 11/10/09

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA BAGAN PINANG

BN (Tan Sri Isa samad)---8013 undi

PAS (Zulkefli)---2578 undi

Majoriti---5435 undi

Sumber: Utusan Malaysia 11/10/09

Jumaat, 9 Oktober 2009

BENDERA-TENGKORAK SEPARUH PENUH

Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ''Benteng Demokrasi Rakyat'' (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak membabitkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu-Metro 8/10/09
DENGAN KATA LAIN ANCAMAN PERANG YANG DIBUAT BUKANLAH ANCAMAN PERANG DALAM ERTI KATA SEBENAR. IANYA LEBIH KEPADA PROPAGANDA KUMPULAN kecil YANG DITERAJUI OLEH SESEORANG YANG TENGKORAKNYA SEPARUH PENUH UNTUK KEPENTINGAN TERTENTU......KITA SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Saya yakin perasaan persaudaraan yang unik tetap mekar di antara majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia.

Selasa, 6 Oktober 2009

BANJIR BESAR DI AMPANG

Bagai sudah menjadi rutin dalam hidup saya, setiap pagi selepas menghantar anak ke sekolah saya akan singgah di Pasar Muhibah Ampang untuk membaca surat khabar dan bersarapan. Hari ini sesuatu yang dahsyat telah berlaku. Ketika saya sedang asyik membelek akhbar Utusan, tiba-tiba kedengaran seseorang menjerit....banjir bersar!...banjir besar! semua orang yang ada berhampiran menjadi panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam sekelip mata limpahan air yang deras menerpa ke kawasan sekeliling. Satu perkara yang melintas di fikiran saya ketika itu adalah anak-anak dan isteri. Hanya tuhan yang mengetahui perasaan saya ketika itu....matlamat terus membulat-selamatkan anak-anak dan isteri. Saya terus berlari dan meredah arus yang deras walaupun tidak jelas arah yang dituju....(mungkin ke rumah). Di hujung tebing terdapat halangan pagar. saya terpaksa memanjat pagar tersebut untuk sampai ke tempat anak-anak dan isteri berada. Ketika sedang memanjat pagar tersebut saya terdengar satu suara yang menyebut.....'six forty-five, six forty-five, six forty-five'... berulang kali. Bunyi penggera dari handphone tersebut telah membuat saya terjaga. Astaghfirullah......mungkin berita bencana di Indonesia dan beberapa tempat lain telah mempengaruhi tidur saya.....
APAKAH KEADAAN MEREKA YANG BENAR-BENAR MENGALAMINYA?.....HULURKAN BANTUAN SEMAMPUNYA. LUPAKAN PERSENGKETAAN YANG ADA ATAS NAMA KEMANUSIAAN.
TAKZIAH.