Rabu, 8 April 2009

APA HAL MCA?


1.Agak terkejut saya apabila mendengar kenyataan presiden MCA yang berupa tuntutan kepada DSN di Buletin Utama TV3 tadi. Dato Ong Tee Keat, meminta agar DSN mengekalkan jumlah menteri dari parti MCA seperti sebelumnya di dalam kabinet baru yang akan diumumkan esok.

2.MCA membuat tuntutan ketika BN memerlukan satu usaha jitu dari parti itu untuk meraih kepercayaan kaum cina kepada BN kembali.

3.Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dikatakan berpunca daripada pengundi dari kaum Cina yang yang beralih sokongan kepada PKR.

4.Untuk masa ini saya tidak berhajat untuk berhujah panjang mengenai isu ini tetapi tindakan Presiden MCA membuat desakan terbuka seperti itu di ketika ini benar-benar menimbulkan tanda tanya. Seharusnya MCA perlu berpendirian seperti parti-parti komponen BN lain yang menyerahkan pemilihan anggota kabinet kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan menumpu perhatian kepada usaha meraih sokongan kaum Cina kepada BN kembali.

APA HAL MCA?

12 ulasan:

  1. MCA makin berani sb walaupun berbeza ngan DAP tp slagi nama cina, matlamat diorang tetap same. kite yg melayu nih makin lame makin bodoh..

    BalasPadam
  2. Bagusla tu kita kan terkenal dengan sikap tolak ansurnya...Bagila semuanya seluruhnya macam singapura....hehehehe....Yang utama acuan tersendiri berteraskan Islam sejati tak payahla nak peduli lagi teruskan sahaja laksana acuan barat sini sana dengan tegarnya........Banyak dah kaum kat negara ni, dengan Indonnya lagi, Bangla, macam-macam lagila bukan Muslim lagila bertambah payahla nak perjuangkan isu nilai-nilai Islam itu sendiri.....Amacam? Hebatkan negara kita cedukje acuan barat. Semua makin lantangla dengan berani....Bangsa sendiri tak reti nak hormat warisan sendiri bahasa dan agama sendiri...

    BalasPadam
  3. Bahasa Malaysia dengan bahasa Melayu pun masih keliru dari situ kita dah boleh menilai.............Mana mungkin satu Malaysia, hairan-hairan bangsa sendiri perjuangkan kemerdekaan negara bermatian gugur di medan perang, dimaki diseksa, berapa banyak nyawa bangsa sendiri terkorban menentang penajajah beratus tahun, orang putih bawa sini bangsa lain mudahje macam-macam boleh dimintanya. Orang lain bermatian berkorban orang lain senang lenang mengutip hasil bumi sehingga sekarang ini. Pelik-pelik.

    BalasPadam
  4. dah tu plak cakap2 macam tersangkut2 dan takut jer. Mgkn da yg tidak kena atau lain yg mo dipinta secara terbuka.

    BalasPadam
  5. nampak sangat siapa memperkudakan siapa. dan siapa tunggang siapa.

    BalasPadam
  6. tak payah dilayan sangat. MCA kerjanya kurang bagus. tak terdaya tarik skongan kaum cina pada BN. Tau minta aje...

    dan kalau kek dah kecik. kenalah rasa sikit sorang. tak bolehlah nak macam sebelumnya... pentingkan tembolok sendiri...

    BalasPadam
  7. pulas perut..
    np perlu ckp melayu yg bodoh?
    huh..

    kaum len ko xckp cm2..
    kaum sndr brani lak ko ckp~..

    cm xberpendidikan ak tgk..
    org yg slalu wat ayt cm2..org2 kampung~
    yg blaja xabis...

    BalasPadam
  8. MCA..........Cermin-cerminlah diri.

    BalasPadam
  9. MCA tak sepatutnya minta DS Najib kekalkan bilangan menteri dan timbalan menteri, mereka sepatutnya kuatkan parti mereka dulu, BN kalah di bukit gantang pun sebab MCA ditolak oleh orang cina.Dari bagi pada MCA baik bagi pada parti kompenen dari sabah dan serawak, sebab mereka le yang menyumbang kepada kemenangan BN secara keseluruhannya.

    BalasPadam
  10. Lokasi: Kedai Mamak Maju

    Mr.M: wa mau wakil lakyat wa naik menteli.manyak cantik lg aaa, kasi deputy plime minister lorr.

    Mr.C: apasal plak?

    Mr.M: iyalah..kalu olang melayu ckp hidup mau belekat..

    Mr.C: berkat maa.

    Mr.M: iya..iya belekat..u mesti mau tengok nama lorr..tu dia punya nama ada ONG maa.

    Mr.C: aiya...mampus la ini macam.

    BalasPadam
  11. MCA hanya menggunakan peluang yang ada je... sebab nak memantapkan BN (katanya)... tapi walhal.. entah apa jadinya... tapi pape pun harap Datuk Seri Najib dapat wat keputusan yang terbaik.

    BalasPadam
  12. kita selaku manusia waras lagi berakal dan berilmu ni kalau melihat kepada isu ini pasti akan menjawab...TAK WAJAR UNTUK MEMINTA-MINTA SEBEGINI...!

    Kena la buktikan daya usaha untuk menarik kembali sokongan kaum cina kepada BN..

    jangan kerana MCA kurang banyak di Parlimen sudah pandai nak mewakili majoriti masyarakat cina di Malaysia dengan meminta-minta supaya wakil mereka di dalam Kabinet Kerajaan harus dikekalkan...

    Kena buktikan dan kembalikan sokongan kaum cina kepada BN dan marilah bersama mewujudkan ONE MALAYSIA dan bersama menuju WAWASAN 2020 dengan jayanya..

    BalasPadam