Khamis, 26 Februari 2009

PAMERAN LAKARIANG DI IIUM

KETIKA DI PAMERAN LAKARIANG

BINGKAI HIDUP 1

BINGKAI HIDUP 2


DUA BERADIK

KUALA SELANGOR NATURE PARK 1

KUALA SELANGOR NATURE PARK 2&3


RED ANGEL/BIDADARI MERAH

RINTIH ALAM


TAK BERTAJUK

TAK BERTAJUK


TAK BERTAJUK


KESANAAN

PAMERAN LUKISAN/RAJA AHMAD FINE ART


26 Februari 2009, 4pm- Saya sekeluarga ke Hotel Nikko menjengok pameran lukisan yang dianjurkan Raja Ahmad Fine Art. Pameran yang bermula hari ini hingga hari Sabtu 28 Februari 2009 mempamerkan hasil-hasil karya pelukis dan pengarca tempatan dan luar negara. Lukisan serta arca tertentu juga dibuka untuk jualan bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin RTM.

Ahad, 22 Februari 2009

BOWLING @ FLAMINGO


22hb februari 2009, 2.00pm, bersama Handz, Mahadi, Long dan Ramzi menyertai pertandingan bowling anjuran pelajar QS IIUM di Flamingo Ampang. Gagal keperingkat separuh akhir...

UNFOLDING @ RA FINE ART


21hb Februari 2009, 8.00pm, bersama Syakirin dan Ruzaimi menghadiri majlis pelancaran pameran seni 'Unfolding' di Raja Ahmad Fine Art...

Jumaat, 20 Februari 2009

GENG


Panggung wayang yang jaraknya kurang 500m dari rumah saya membolehkan saya menonton wayang tanpa membuat perancangan yang lama. Hari Isnin selepas anak-anak selesai tugasan sekolah saya sekeluarga terus ke Panggung MBO di Galaxy Ampang. Mengetahui hajat untuk menonton cerita yang diberi tajuk "GENG" membuat anak-anak saya melompat teruja. Dari awal cerita mereka sedikitpun tidak hilang tumpuan pada layar panggung....ada ketika terbahak-bahak gelaknya....membuat saya dan isteri pula tergelak melihat gelagat mereka.
GENG merupakan filem animasi 3D pertama negara yang dibiayai FINAS boleh disifatkan berjaya mencapai kualiti yang disasarkan...Dengan kos RM4juta hasil animasi filem tersebut sudah hampir sama dengan kualiti animasi filem2 barat yang menelan belanja yang jauh lebih tinggi.

Biar saya ringkaskan dengan berkata filem ini layak diberi sokongan.

jom tonton!!!!

Rabu, 18 Februari 2009

PROTON EXORA/IXORA

Semalam 18 Februari 2009, Akabar Utusan Malaysia meletakkan tajuk "Exora nama kenderaan pelbagai guna Proton" di kepala halaman utamanya. Berita penuh mengenainya diletakkan di halamam 13 dalam ruangan Dalam Negeri. Antara isi kandungan beritanya adalah mengenai kenyataan Pengarah Urusan Proton bersabit pemilihan nama bagi kenderaan terbaru tersebut. Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik bunga siantan iaitu Ixora fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan. Beliau juga dilapor mengatakan bahawa nama tersebut sesuai dengan semangat pengguna Proton Exora yang akan menaiki bersama-sama ahli keluarga seiring keserasian cogankata yang digunakan bagi kenderaan tersebut, "Keriangan Keluarga".

Hari ini 19 Februari 2009, berita mengenai nama kenderaan tersebut sekali lagi dimuatkan namun tidak lagi dipaparkan sebagai berita penting sebaliknya ditempatkan di satu sudut kecil di halaman 3 ruangan Dalam Negeri. Bertentangan dengan kenyataan Pengarah Urusan Proton semalam, Proton Holdings Bhd. menjelaskan bahawa nama Exora tidak diambil sempena nama sejenis bunga. Siapa yang mewakili Proton Holdings Bhd. dalam mengeluarkan kenyataan tersebut tidak dinyatakan. Penjelasan ini dibuat ekoran timbulnya isu peraduan pemilihan nama kenderaan baru tersebut yang mensyaratkan nama tumbuhan dan haiwan tidak digunakan.

Saya tidak mahu menyentuh isu syarat peraduan tersebut. Saya hanya ingin menyentuh persoalan mengenai penggunaan nama tersebut. Sekiranya kenyataan Pengarah Urusan Proton semalam diterima pakai, kenapakah huruf I yang menjadi huruf awal ejaan bunga tersebut ditukar kepada E. Manakala sekiranya kenyataan Proton Holdings Bhd. hari ini diterima pakai, soalannya kenapa 'Exora' ?..lebih-lebih lagi perkataan tersebut dikatakan tidak membawa sebarang maksud. Menjadi lebih lucu apabila Proton menyatakan bahawa pemilihan nama tersebut telah dibuat dengan teliti..........Teliti? Hakikatnya tiada penjelasan yang jelas tehadap rasional di sebalik pemilihan nama "Exora" tersebut.....ada apa-apa ke?



"Sumpah saya tak masuk peraduan tu...heeee"

Hidup 'integriti' orang-orang Proton, hidup proton!!!!!!

Isnin, 16 Februari 2009

DAVID PAKAI SONGKOK



Akhbar Utusan Malaysia meletakkan tajuk berita David Arumugam (Alleycat) menerima anugerah daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk di kepala halaman utama. Saya tersenyum sedirian melihat gambar yang dipaparkan. Bagi saya penganugerahan tu memang layak diterima oleh David dan saya yakin ramai yang sependapat dengan saya lebih-lebih lagi apabila penganugerahan yang diterima oleh Shah Rukh Khan dibuat perbandingan...tapi apa yang membuat saya tersenyum sendirian adalah apabila melihat gambar David bersongkok....membayangkan David menerima anugerah Datuk bukanlah sesuatu yang asing tapi tidak pernah terfikir oleh saya bagaimana David memakai songkok....semua tahu David memang sinonim dengan gaya rambut afronya....besar pula tu....bila ditekan songkok ke kepalanya, rambut yang lebih tetap kembung di bawah....dah jadi macam *****.....apa-apa pun tahniah kepada David. (Gambar tertera bukan dari Utusan Malaysia....rambutnya tak jelas...hee)

Jumaat, 13 Februari 2009