Khamis, 16 April 2009

MAI JENGUK SAT

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

Buruk sangka
Hasad dengki
Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."
Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan.
Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya.
Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

7 ulasan:

  1. eiza,

    salam kembali,

    memang dalam bg org yang mahu berfikir secara mendalam

    BalasPadam
  2. Salam JASA,

    Tapi kelemahan manusia, kan? kadang2 berbangga lagi boleh menjatuhkan orang lain dgn mencari2 bukti untuk setiap prasangka yang dibangkitkan oleh perasaan hasad. Tak de kerja sangat dia orang ni...

    BalasPadam
  3. salam tuan..nohon nak posting dalm blog saya..tq

    BalasPadam
  4. are u kedahan?
    just asking..
    byk loghat kedah dlm nie...heheh

    BalasPadam