UTUSAN MALAYSIA 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.
Apakah pandangan anda?
Inilah tandanya kalau sudah terdesak,bukan sahaja guru dijadikan boneka tapi pelajaran sejarah juga sedang dikaji semula supaya anak-anak kecil kita terdidik tunduk pada umno...melupakan segalanya..perjuangan umno tak sama dengan perjuangan parti PAS dan KMM yang sama-sama wujud pada pasca merdeka tapi mereka akan gunakan pendidikan untuk membuat org melayu lupa siapakah pejuang sebenar. Walaupun tidak melaungkan merdeka di Melaka tetapi mereka adalah pejuang yang sanggup bermandi darah...bersama-sama berjuang memastikan Melayu keluar dari cengkaman penjajah, sebaliknya umno bersetuju untuk meneruskan dasar penjajah sehingga kini, selepas 52 tahun merdeka..maka jadilah seperti Singapura, dimana Lee Kuan Yew telah awal-awal mengelirukan fakta sejarah didalam buku sekolah kanak-kanak di Singapura...bijak, bijak sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T melaknat mereka ini yang cuba memalingkan kebenaran.
BalasPadamkalau tak bagi berpolitik pun, dorng akan buat juga. melambak guru2 jadi ahli UMNO skang. perkara tu mmg dah berlaku lama.
BalasPadamperlu diingat! guru-guru bukan terdiri daripada mereka yang menyokong kerajaan sahaja, ramai juga guru atau pendidik terdiri dari kalangan yang menyokong pembakang. Perkara ini juga harus diambil kira dalam membuat penghujahan
BalasPadamsetuju dgn kayrolldin..saya rasa kalau diberi kelonggaran pun perlu mendapat kebenaran secara bertulis daripada pengetua atau jabatan pelajaran. Then, perlu pastikan penglibatan guru ni tidak mengganggu kerja hakiki hingga menjejaskan prestasi diri sendiri dan murid2 seterusnya sekolah. Tapi dengarnya guru sekarang ramai yang mengeluh pasal tugas di sekolah sampai tidak menang tangan..ni ditambah nak masuk politik..hmmm cemana tu nanti?
BalasPadamJangan la.. isk.. Guru2, terutama golongan muda, ada yang penyokong BN, ada yang penyokong PR, dan ada yang tidak menyokong sesiapa tapi besar kemungkinan benci kerajaan kerana stress kerja yang semakin bertambah.
BalasPadamBerbeza dengan penjawat lain, guru memegang kuasa membentuk generasi masa depan. Kalau guru aktif politik, dah tentu sedikit sebanyak sebagai manusia akan lebih cenderung mempengaruhi pandangan anak2 - walaupun secara 'subtle' - malah mungkin tanpa disedari guru itu sendiri.
Sapa la punya cadangan ni... Hisyamudin ni.. Pemuda UMNO dia tinggalkan dalam turmoil (naper tak cantas perasuah awal2?), ni nak pelingkup masa depan bangsa plak?
guru dan politik tidak patut disatukan. 2 kumpulan yang berbeza matlamat. saya tak setuju.
BalasPadamTepuk dada tanya akal!! Lagii di fikir benda2 nie lagi rumit jd nya plak!!! :(
BalasPadamSaya tak berapa setuju guru dan warga pendidik terlibat berpolitik...
BalasPadamtak kira lah penyokong pembangkang ka penyokong kerajaan...
lebih banyak masalah akan timbul sekiranya guru dibenarkan berpolitik...
-gapodio-
x payah nak kata nak bagi guru berpolitik...! sekarang pun dah mmmg ada guru berpolitik seperti penceramah jemputan yg selalu cikgu jemput untuk acara tertentu pastinya akan selitkan unsur politik yg menjurus kepada pemanipulasian politik pembangkang.
BalasPadamNope...
BalasPadamx abis pk bile segalanya dipersoalkan...hurmmmm..
BalasPadamguru mempunyai pengaruh yg sgt besar dlm pembentukan sahsiah dan pemikiran anak didik. jika digunakan dgn cara betul maka betul lah jadinya, tp jika disalah guna maka bencana lah jd nya. satu garis panduan yg ketat, spesifik dan jelas hendaklah dibuat, dikaji dan dihalusi sebelum guru dibenar utk berpolitik. kikta tidak mahu keistimewaan ini disalah guna oleh kumpulan atau parti politik tertentu utk meraih sokongan.
BalasPadamsaya mempunyai hampir sama pendapat dengan kelebar malam. Wajar atau tidak bukan bukanlah sesuatu yang sangat dibimbangi. Perkara yang penting adalah bagaimana hendak mengawal aktiviti politik di kalangan guru2 agar ianya tidak mencemar atau mengganggu matlamat pendidikan di sekolah. Perkara ini hanya akan boleh dikata wajar sekiranya satu mekanisma khusus dapat diwujudkan untuk mengawal etika perlakuan yang boleh memastikan aktiviti berpolitik tersebut tidak memberi kesan nagatif kepada matlamat pendidikan.
BalasPadamelok jugak pendidik dibenarkan berpolitik..skrg ni dah ramai sangat ahli-ahli politik yang tak berkaliber langsung..kalau ada orang pandai cuba nak masuk habis kena cantas....tu yang jadi banyak berok sarkas kat parlimen tu..
BalasPadamsalam warcana wajarkah sorg guru menjadi ahli politik itu smua tpulang kepada prinsip guru itu sendiri ini adalah hak kebebasan owg malaysia dlm menentukan siapa yg sesuai utk mjd pmimpin.
BalasPadamsalam..tq follow blog..dan aku da flow blog ko gak...x jwr sungguh guru berPOLITIK..NAK buat apa??tugas da menjadi pendidik..mendidik jek lah anak bangsa...jgan lah terbabit ngan apa2 unsur politik..nt lain pttnya d ajar..lain plak dia jadinya....pendapat cetek yang ptt gak di pertimbangkan oleh CIKGU2KU SEDUNIA...LALALALLA
BalasPadammang tak masuk akal langsung la nak bagi guru2 berpolitik...apa sebenarnya tugas seorang guru??matlamat mendidik anak bangsa pun tak tercapai,,skrg ni plak nak berpolitik lagi...fikir2 kan la wahai golongan pendidik..
BalasPadamSalam...anda kne tag oleh sy di entry terbaru sy...
BalasPadamsila la buat tag tu..heheheeh
salam to all commenterz
BalasPadamsbnrnya antra guru 2 layak atau x utk jdi sorg ahli politik sorg guru mrupkan rkyat ngara ini mrka juga adlah rkyat mlysia so
x slh kan klau mrka hndk mjd ahli politik dan
rsanya mrka lbh ssuia utk jd ahli pltik krna mrka tiada kpntingan dri yg nk dpjuangkan
berbnding sstngah ahli pltik yg dlahirkan mlalui dnia pniagaan mrka just join plitik hnyaklah utk kpntngan dri dan mjdikan medium ini sbgai slh stu cra utk mdpatkn hak pniagaan
so sama2 rnungkan
dan smua kptsan di tangan anda rakyat mlaysia
xp bg sy sy stuju guru mjd ahli politik
salam
adriousah
It should be open and guiding the pupils in the secondary school to discuss politik and sociology instead of A or B group.
BalasPadamkerja kat sekolah membangunkan anak anak dah tak cukup banyak ke??
BalasPadamKalau guru nak berpolitik pastikan duit dalam poket anda tebal kerana siapa yg ada pengalaman dalam pemilihan umno samada peringkat cawangan atau bahagian akan paham dgn situasi sebenar dlm dunia politik nie. Zaman sekarang kalau setakat jual air liur...minta maaf la.
BalasPadampendidikan kita seharusnya lebih bersifat holistik,generasi baru pada hari ini terdedah dengan banyak maklumat yang mudah didapati.. apa salahnya kita sama-sama berbincang, meminta pendapat daripada pelajar berkenaan isu-isu semasa seperti politik? bukankah mereka juga yang akan menggantikan kita memegang tapuk kepimpinan negara?
BalasPadam