Ahad, 29 Mac 2009

PAK LAH MENGALAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai akhirnya terpaksa akur dengan desakan akar umbi ahli-ahli umno agar beliau melepaskan jawatan Perdana menteri.

Ketika berucap dalam sessi pergulungan di Perhimpunan Agong Umno semalam, beliau mengumumkan akan menghadap yang Di-Pertuan Agong pada 2 April nanti untuk memaklumkan perihal penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman tersebut memberi kelegaan kepada majoriti ahli UMNO berikutan timbulnya desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri walaupun DSN menjadi Presiden UMNO.

ALLHAMDULILLAH....SYUKURRRRRR

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur dapat penganti pemimpin lebih kuat pendidikan agamanya gamaknyalah, penyokong kuat dasar PPSMI, macam-macam kontroversi, terpekik terlolong dalam ucapannya, dan macam2 lagilah kekuatan dia paling penting dengar cakap Mahathir. Eloklah Paklah berundur dan keluar terus patutnya dari parti. Dia memang tak sesuai dengan parti sebegini. Bagi sahaja Mahathir jadi balik PM senang . Tak payah susah-susah dia menjadi kepala suruh orang letak jawatanla arah itu ini cakap itu ini dalam media dan macam-macam lagila. Dulu mansuh tulisan jawi sekaligus nilai Islam itu sendiri, sekarang sisihkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan menghakis jatidiri, esok-esok pasti hebat lagi.

    BalasPadam
  2. kpd d rimba

    janganlah berckap macam semua yang kita fikir tu betul ...kita hidup ni dihisab dosa dan pahala..jangan senang2 nak kaitkan sesuatu dengn islam kalau tak betul2 memahaminya...jangan senang2 tuduh orang tak ikut islam, mcm kita saja ikut islam. dah konfiden sangat bleh masuk syurga ka? tolong fikir lebih mendalam sikit..maaf yer

    BalasPadam
  3. Sebaiknya kita mengucapkan Alhamdulillah kepada semua ketentuan kerana kita harus sentiasa berpegang bahawa ada hikmah disebalik setiap ketentuan itu.

    BalasPadam
  4. salam taniah wat pak lah sb sudi mentakbir negara dan menyumbang kan kudrat anda kpd m;sia so papa hal i support you peace

    BalasPadam
  5. Pak Lah akan ada banyak masa utk beramal soleh...

    BalasPadam