Hanya tinggal beberapa hari lagi Perhimpunan Agong UMNO akan bermula yang akan melibatkan pemilihan pemimpin-pemimpin parti oleh perwakilan. Tun Dr. Mahathir hari ini telah menulis di dalam blognya mengenai isu ini...mungkin tulisan beliau hari ini merupakan tulisan yang terakhir berkaitan pemilihan UMNO sebelum ianya bermula..
Tun Mahathir berpandangan bahawa UMNO ketika ini berada di dalam keadaan yang tidak bermaya..beberapa peluang untuk memulihkan UMNO telah tidak digunakan sepenuhnya...namun beliau juga menyatakan bahawa masih ada peluang untuk UMNO kembali bermaya dan diterima majoriti rakyat.
Antara peluang yang dimaksudkan beliau adalah ketika pemilihan UMNO itu nanti...sekiranya perwakilan memilih pemimpin yang bersih, peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti UMNO menjadi cerah dan keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya pemilihan berpehak kepada mereka yang diketahui terlibat dengan amalan politik yang kotor dan tidak sihat.
Satu lagi peluang untuk memulihkan UMNO ialah ketika Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan kerajaan...UMNO dikatakan akan berpeluang kembali pulih sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak melibatkan golongan-golongan yang diketahui terlibat dengan amalan tidak sihat di dalam kerajaan pimpinannya.
Masa telah terlalu suntuk...UMNO memerlukan perubahan....disinilah keikhlasan dalam perjuangan ditagihkan daripada semua perwakilan...kepada semua perwakilan janganlah menunggu sehingga peluang yang terakhir untuk bertindak....perluang yang terakhir itu mungkin akan hilang sekiranya peluang awal tidak dimanfaatkan sebaiknya.
SELAMAT BERSIDANG
Boleh tak Encik JASA memberi pandangan sendiri tentang hal ini sebab pandangan Tun kami boleh baca diblognya sendiri. Tak perlu diulangi disini.
BalasPadamSaya amat berminat untuk membaca pendapat Encik JASA sendiri dalam hal politik dan juga hal-hal lain. Ini sedikit sebanyak membolehkan saya memahami personaliti Encik JASA.
Thank you.
Off topic: Terima kasih krn follow blog saya. Sudah lama rasanya menetap di negara orang, rindu juga tanah air, walaupun dalam keadaan politik yang agak kacau bilau.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamharap pemilihan UMNO kali ni akan berjalan lancar.....semangat UMNO!!!
BalasPadamkpd The Aminos,
BalasPadamsaya memilih untuk mengulas catatan TUN untuk beberapa perkara selain memberi komen lansung kpd blognya
kpd Zid,
BalasPadammumgkin kekalutan politik di sini tidak seteruk dilihat dari luar...kat negara mana sekarang?
kpd Khairul Anuar,
BalasPadamsemua parti ada kekuatan dan kelemahan masing2...kita menilai dan memilih..seterusnya kepada tuhan kita berserah
kpd Mohd Syameer,
BalasPadamsemua yang menyokong UMNO pasti berharap begitu
Insyaallah, takda apa yang akan berlaku kepada UMNO kerana orang atasan UMNO sentiasa ikhlas dalam perjuangan mereka. Merekalah yang membela nasib Melayu selama ni. Mana ada orang lain yang boleh buat macam tu. Dari mula sampai akhir UMNO lah pembela orang Melayu. Takkan jadi apa-apalah kepada UMNO nanti. TUN hanya membuat tanggapan. Ahli UMNO mana pernah buat salah, yang salah pembangkang sahaja..
BalasPadamNajib pun tidak pernah lakukan kesalahan. Beliau terlalu sempurna untuk merosakkan UMNO seperti orang lain.
(pembetulan)
salam singgah...
BalasPadamSalam Perjuangan ku,
BalasPadamSaya telah melawat blog saudara yang mendamaikan
saya cuma mengharapkan perwakilan tidak memilih calon2 yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin baru2 ini...
BalasPadamkpd gapodio,
BalasPadamitulah harapan seluruh rakyat sebenarnya
Sudah terlalu lama melemahkan bangsa dengan kata-kata sedemikian rupa. Kita perlukan pemimpin utamakan Agamanya lebih dari segala tanpa beralasan pelbagai kaum dan segala kerana kita Muslim adalah majoritinya. Kita perlukan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini.
BalasPadamwait & see jer....cantas mencantas perkara biasa dalam dunia skrg. Lambat tinggal, laju ke depan tp satu yg pasti, Allah Maha Melihat.
BalasPadamsalam isu pemilihan umno semakin dekt detik nya so kita hprkan barisan umno yg baru nie mampu untuk lbh productif dan memastikan hak2 org melayu terus terjaga
BalasPadamHak bahasa Melayu sendiri tak terpelihara apatah lagi bangsanya. bukalah mata bukalah minda.
BalasPadambak kata A samad said, pemimpin UMNo di cabar untuk berbahasa inggeris di perhimpunan UMNO nnti. bkn hanya nak kejar undi, baru nak ckp melayu.
BalasPadamklise..
Berubah demi utk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan rakyat, itu yg penting.
BalasPadamKita percaya rakyat boleh terima jika mereka sanggup berubah.