Khamis, 26 Mac 2009

MASIH ADA PELUANG UNTUK TOLAK PERASUAH

1.Keputusan pemilihan UMNO mengundang pelbagai reaksi di kalangan ahli UMNO . Adat pertandingan ada yang kalah ada yang menang. Ada yang bersorak gembira, ada yang menerima dengan seadanya dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima.

2.Mungkin mudah untuk kita katakan yang tidak berpuas hati itu adalah mereka yang menyokong calon yang telah kalah. Hakikatnya persoalan mengenai ketidakpuasan hati bukan sekadar berkisar kepada soal kalah menang sahaja.

3.Persoalan sebenar yang menghantui ahli-ahli UMNO adalah mengenai isu politik wang yang gagal dipisahkan daripda proses pemilihan yang membawa kepada keputusan tersebut.

4.Isu politik wang yang dilihat menjadi ancaman kepada perjuangan UMNO sudah lama ditimbulkan. Hapir semua ahli-ahli dan pemimpin UMNO senada menolak amalan jijik ini termasuklah mereka yang didapati terlibat dengan amalan itu sendiri.

5.Keputusan Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah dilihat gagal memisahkan proses pemilihan dengan isu amalan sogokkan dari calon-calon yang bertanding kepada perwakilan.

6.Inilah harga yang perlu dibayar apabila kurangnya ketegasan di dalam menangani masalah amalan yang jijik ini.

7.Suka atau tidak, keputusan Lembaga Disiplin dan Tribunal telahpun dibuat malah Pemimpin pun telah dipilih.

8.Ahli-ahli UMNO terpaksa menerima segala keputusan dalam keadaan yang kurang senang. Keadaan Ini menyebabkan UMNO terus berada di dalam zon yang tidak selamat.

9.Penolakan yang mengejutkan seperti yang berlaku ketika PRU 12 mungkin berulang sekiranya rasa kurang senang ahli-ahli UMNO di akar umbi tidak diendahkan.

10.Seperti kata Tun Mahathir, Masih ada satu peluang lagi untuk UMNO memulihkan imejnya dan kembali diterima rakyat iaitu dengan tidak melibatkan mereka yang diketahui terlibat dengan gejala buruk di dalam kabinet baru nanti setelah Datuk Seri Najib menerajui parti dan Negara.

3 ulasan:

  1. harap2 peluang selepas ini tidak disia-siakan oleh perwakilan. berani berubah!

    BalasPadam
  2. word JIJIK tu kasik warna merah...baru betul JIJIK!!!

    BalasPadam
  3. Perasuahke pemansuh tulisan jawike penyekat pembangunan bahasa Melayuke sama saja lagila mengikis nilai-nilai Islam dan jatidiri bangsa sendiri lagi maha getir.

    BalasPadam