Rabu, 18 Mac 2009

PPSMI LAGI

Post saya sebelum ini yang bertajuk PPSMI/TUN MAHATHIR adalah dirujuk.
Pelbagai komen dan pandangan telah diterima...ada yang bersetuju dengan pengekalan dasar PPSMI dan ada yang sebaliknya.....terima kasih di atas segala pandangan.
Apa yang ingin saya sentuhkan di sini adalah mengenai asas kepada hujah-hujah yang dibuat berkaitan isu ini.
Selain daripada komen-komen kepada post saya, saya juga melawati blog-blog lain yang membincangkan isu yang sama.
Penemuan saya menunjukkan terdapat ramai yang berhujah mengenai isu ini dengan tidak berasaskan kepada matlamat sebenar perlaksanaan Dasar PPSMI. Saya berpendapat bahawa terdapat dua golongan di kalangan mereka yang berhujah dengan tidak berasaskan matlamat sebenar PPSMI.
Golongan yang pertama adalah terdiri daripada meraka yang benar-benar tidak mengetahui matlamat sebenar dasar tersebut. Segalah hujah yang dibuat hanyalah berpandukan kepada maklumat yang didengar atau dibaca dari sumber yang tidak sahih.
Golongan kedua adalah terdiri daripada mereka yang memahami isu ini secara agak mendalam tetapi cuba memesongkan pemahaman pembaca blog beliau kearah yang tidak benar..Sebagai contoh, terdapat seorang blogger yang bergelar dato' dan terkenal di negara ini telah dengan lantangnya menentang PPSMI....tulisannya penuh dengan kata-kata kesat kepada pelaksana dan penyokong dasar ini seperti bodoh, bebal dan sebagainya.....hujahannya berasaskan kepada 'perlaksanaan dasar tersebut yang disifatkannya betujuan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah bodoh'.......apa yang mahu saya jelaskan di sini adalah matlamat utama perlaksanaan Dasar PPSMI bukanlah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar seperti yang di dakwa beliau.....adalah mustahil bagi seorang berkedudukan seperti beliau tidak memahami isu terlebih sebelum menulis.....persoalan saya...kenapakah beliau berbuat demikian?....apakah agenda di sebaliknya?....perlukah maki hamun diselitkan dalam membicarakan isu bangsa kita......dengan jujur saya katakan saya tidak dapat memahami semua ini.......namun saya benar-benar berharap agar semua yang membincangkan isu ini samada yang menyokong dan menentang melakukannya dengan keikhlasan dan berhemah demi masa depan bangsa kita.
Berikut adalah penerangan mengenai Dasar PPSMI yang diambil daripada portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan:
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.
Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

31 ulasan:

  1. saya sokong sedare seratus peratus..

    BalasPadam
  2. Kita jangan pedulikan Dato' tu sangat, seseorang itu mendapat gelaran Dato' sebenarnya bukan diukur tahap pelajarannya. Jadi kita janganlah marahkan Dato' tu.

    Yang kita marah ni golongan yang dianggap sebagai golongan cerdik pandai, ahli pemikir, pencinta bangsa, cendekiawan dan sebagainya tetapi tak nak bangsanya maju dengan belajar bahasa Inggeris. Pelik betul.

    Bagilah anak2 kita perkasakan bahasa Inggeris, tak pandai bahasa Inggeris macam mana nak baca buku ilmu dalam bahasa Inggeris? Buku ilmu yang dalam bahasa Melayu ni ada berapa kerat saja, tak cukup ilmu.

    Kalau cendekiawan yang bangkang ni tolong terjemah semua buku dalam bahasa Melayu tak pe jugak, sebaliknya asyik bersyair, berpantun dan bersajak je.

    Entahlah. Kongkonglah bangsa kamu dalam tempurung jika kamu rasa takut sangat Melayu cakap Omputeh.

    BalasPadam
  3. By the way, Encik JASA ni lecturer ke?

    BalasPadam
  4. entahlah, mana satu saya nak percaya. dulu, ketika PPSMI mula-mula dilaksanakan, ada pihak dari kemeterian dtg dan bg penerangan kpd kami ttg PPSMI ni. beliau ckp, PPSMI ni untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.

    sbb tu setiap tahun kementerian mengukur tahap keberkesanan PPSMI melalui subjek bahasa inggeris.

    tetapi skarang dah lain pula matlamat serta penghujahan mengenai PPSMI. PPSMI adalah lebih kepada untuk penguasaan sains dan matematik. kenapa mula-mula dahulu tak sebut perkara ni?

    skarang ni peratus BI dlm SPM dah menurun (utusan malaysia). pendidikan islam juga turun. tetapi kenapa tidak diambil kira dan dibincangkan secara umum. hanya kerana subjek bahasa sains dan matematik naik, ia dikira berjaya. saya rasa bukan sebab BI ttp ia lebih kepada pemahaman murid tu sendiri.

    entahlah, terpulang..

    BalasPadam
  5. entahlah, mana satu saya nak percaya. dulu, ketika PPSMI mula-mula dilaksanakan, ada pihak dari kemeterian dtg dan bg penerangan kpd kami ttg PPSMI ni. beliau ckp, PPSMI ni untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.

    sbb tu setiap tahun kementerian mengukur tahap keberkesanan PPSMI melalui subjek bahasa inggeris.

    tetapi skarang dah lain pula matlamat serta penghujahan mengenai PPSMI. PPSMI adalah lebih kepada untuk penguasaan sains dan matematik. kenapa mula-mula dahulu tak sebut perkara ni?

    skarang ni peratus BI dlm SPM dah menurun (utusan malaysia). pendidikan islam juga turun. tetapi kenapa tidak diambil kira dan dibincangkan secara umum. hanya kerana subjek bahasa sains dan matematik naik, ia dikira berjaya. saya rasa bukan sebab BI ttp ia lebih kepada pemahaman murid tu sendiri.

    entahlah, terpulang..

    BalasPadam
  6. Macam complicated je bunyinya isu ni..tapi sebagai seorang ibu, saya lihat dasar ini dari segi positif dan kebaikan yang boleh kita dapat untuk anak-anak memperkayakan lagi bahasa inggeris tak kiralah berat ikut mana atau gaya mana.

    BalasPadam
  7. posting yang menarik.
    saya sokong PPSMI..

    ada benarnya juga kata-kata kroll tu..
    Pendidikan Islam perlu ditingkatkan.

    layari blog saya: http://suarajagat.wordpress.com

    dan blog kritis: http://ondastreet.wordpress.com/

    terima kasih..

    BalasPadam
  8. Saya baru-baru ni dpt satu email dari seorang kenalan... seorang guru yg mengajar dikawasan pendalaman... Yang mahu berkongsi cerita dan pengalaman dia selama dia terpaksa terlibat dlm sistem pelajaran yang sedang kecoh sekarang ni... melalui emailnya diceritakan beberapa situasi masayarakat dan meurid-murid pendalaman dan di beri beberapa kesimpulan mengenai PPSMI ni...
    kesimpulanya - PPMSI ni (saya copy paste kan terus)
    1. Hancur.

    System pendidikan yang hanya memihak kepada orang di Bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar Bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak! Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

    Cuba kalau anda sendiri (menteri-menteri) yang datang mengajar di sekolah pendalaman tu. Anda akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab andalah menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajar sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.


    2. Tak adil.

    Cikgu-cikgu di luar Bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu. Sebab apa tak mahu? Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

    Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic? Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku ulangkaji dua tiga buah? Mana nak cari duit? Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok getah orang lain. Abang kerja bengkel0. Tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada duit?

    Apa yang mereka ada? Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.

    “Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

    3. Mengarut.
    kepada menteri-menteri saya nak tanya. Ada dak anda hantar anak-anak anda belajar kat sekolah kerajaan macam yang kat pendalaman tu? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni diteruskan pun hantar anak belajar kat sekolah swasta.

    Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu.

    Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???




    hmmm... saya percaya apa yg ditulis adalah berdasarkan pengalaman... kita yg tak lalui kesusahan mereka asyik dok berhujah itu baik... ini bagus... itu tak baik... ini teruk... dan macam hal lagi tanpa cuba fahami apa situasi yg sedang berlaku di kawasan-kawasan tertentu yg mamang tak ada sipa nak ambil peduli...

    Saya berasal dari kawasan luar bandar. Saya memahami dan pernah melalui seperti yang dicerita oleh Haikal. Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang sangat asing bagi pelajar luar bandar. Dan penguasaan BI saya mula menjadi baik ketika saya masuk Uni...
    Bila kita tidak memahami sesuatu, ia sedikit sebanyak akan menghilangkan minat kita untuk belajar. Tidak ramai pelajar luar bandar yang minat untuk belajar Bahasa Inggeris. Bila subjek Matematik dan Sains dibuat dalam bahasa tersebut, ia akan mengurangkan minat mereka terhadap dua subjek ini pula. Sekarang ini, terpulanglah kepada cikgu-cikgu di luar bandar untuk memotivasikan semula pelajar-pelajar tersebut. Saya dulu bernasib baik kerana mendapat cikgu Bahasa Inggeris yang bijak bagi motivasi. Itupun pencapaian saya dalam subjek tersebut (BI) tidak sebaik mana.


    Bagi saya, untuk menguasai Bahasa Inggeris, kita perlu gunakan bahasa itu sendiri, bukan menggunakan subjek matematik dan sains. Niat memang baik (untuk meningkatkan taraf BI di kalangan pelajar) tapi caranya yang tidak betul, tidak berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sepatutnya membaik pulihkan cara (method) mengajar Bahasa Inggeris di peringkat tadika dan sekolah. Latih guru-guru khas untuk mengajar Bahasa Inggeris. Melalui pengalaman saya, pada asasnya, 6 bulan secara intensif adalah cukup untuk menguasai selok belok bahasa tersebut (grammar dan sebagainya) cuma untuk memahirkan, itu adalah atas inisiatif sendiri. Namun di peringkat sekolah jangka masa 6 bulan itu boleh dipecahkan kepada beberapa fasa seperti fasa tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Itu adalah lebih berkesan daripada menggunakan Sains dan Matematik untuk mengajar Bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  9. saya sokong dan bersetuju dengan PPSMI...

    BalasPadam
  10. salam..

    emmm, xtreem gak eak gan Tun..sama lah kita..tp sy tak terlalu..apa pun, nice blog beb..kita same profession LANDSCAPE ARCHITECT..may b byk yg bole di kongsikan nanti..see ya..

    www.djndklfm.blogspot.com
    djndklfm@yahoo.com

    salam.

    -djND KLfm

    BalasPadam
  11. oh yer?...dah jd DJ, practice landscape x?

    saya xlah xtreem sangat ngan TUN...cuma sokong part yang betul jer..

    BalasPadam
  12. JASA...
    anda di tagged by me!

    BalasPadam
  13. Bagus! Tu je yang boleh saya cakap..... Memang bagus!!!

    BalasPadam
  14. Apa kata kalau nak melaksanakan sesuatu dasar test dulu kat skolah2 luar bandar dan bandar..Macam test market laa..hehe..Then baru bleh tahu situasi sebenar camana..
    Semua yg terlibat di KPM turun ke pendalaman selama beberapa bulan sehingga student tu exam dan alami sendiri situasinya..ok tak?..

    BalasPadam
  15. salam..
    sebenarnya PPSMI ni mmg bagus.
    Saya setuju dgn apa yg tun jelaskan.
    Masalah PPSMI ni adalah cara ianya dilaksanakan.
    Masih banyak yg canggung.

    BalasPadam
  16. kpd One,

    terima kasih atas sokongan

    BalasPadam
  17. kpd The Aminos,

    ada betulnya juga...kerja2 penterjemahan buku masih tak bermaya

    BalasPadam
  18. kroll,

    Subjek BI masih kekal dan memainkan peranan utama untuk matapelajaran tersebut....(apa yang saya faham)

    BalasPadam
  19. kpd Diana,

    biar susah dulu senang kemudian..yer tak?

    BalasPadam
  20. kpd Suarajagat,

    kalau dibandingkan dengan zaman saya dulu...memang ada perubahan bagi Subjek Pendidikan Islam...harap ia akan terus dipertingkatkan

    BalasPadam
  21. kpd Chimera,

    .....sy berasal dari kg. sy faham akan kesukaran yang dihadapi....namun kesukaran tidak boleh dijadikan alasan untuk terus tidak berusaha.......kekurangan yang ada sentiasa boleh diperbaiki

    BalasPadam
  22. kpd Gapodio,

    sy melawat blog saudara....hujahan yang menarik

    BalasPadam
  23. kpd Mohd Syameer,

    bagus! bagus!

    BalasPadam
  24. kpd Ad Rifza,

    boleh ke begitu?

    BalasPadam
  25. kpd Hanimhusin,

    tiada benda yang sempurna....mana yang kurang diperbaikilah hendaknya

    BalasPadam
  26. Bahasa jiwa bangsa maju bahasa majulah bangsanya

    BalasPadam
  27. @ chimera

    Maaflah saya katakan, alasan-alasan dalam cerita e-mail tersebut (seperti yg anda ajukan dlm komen anda) jelas menunjukkan tebalnya sikap MALAS, PUTUS ASA, dan tidak mahu berusaha keras mengatasi kelemahan sebaliknya terus mencari alasan demi alasan untuk kekal lemah di takuk lama.

    Dan betulkah cerita dalam email tersebut mewakili kebanyakan masyarakat luar bandar?

    Kalau MURID + GURU-GURU + MAK-BAPAK di luar bandar (tak semua, ada juga yg dah celik dan sedar) masih tak mahu mengubah sikap negatif dan perasaan rendah diri yg tak bertempat itu, percayalah, sampai bila-bila pun kamu akan ketinggalan dan terus-menerus menjadi bahan hinaan orang.

    Apa lekeh ka sekalipun hanya masuk politeknik saja? Bukan ka lebih baik daripada tak dapat masuk mana-mana langsung? Daripada sekadar motong, atau bela lembu kerbau??? Hatta kalau bertani atau berternak sekalipun tetap perlukan ilmu dan kemahiran kalau nak berjaya dan jadikan sumber pendapatan. Kalau tidak, masakan kita ada Kolej Pertanian, Fakulti Pertanian, Fakulti Veterinar dan seumpamanya???

    Aku sebagai anak Melayu yg membesar di luar bandar, aku nak beri amaran kepada penentang2 PPSMI: JANGAN sekali-kali kamu jaja nama masyarakat luar bandar untuk kepentingan politik sempit kamu.

    Apa? Lekeh sangatkah kami, hina sangatkah kami, hinggakan seolah-olah PPSMI itu bukan untuk kami? Biarlah adik-adik kami, anak-anak kami belajar melalui PPSMI walaupun terpaksa bertatih dan tak sepantas kawan-kawan mereka di bandar. Biarlah mereka berusaha sedikit demi sedikit menggapai nikmat perubahan, janganlah biarkan mereka mewarisi nasib malang mak-bapak mereka.

    Buat penentang PPSMI dan guru-guru yg gagal menjalankan tugas, sila HENTIKAN menjaja cerita anak-anak luar bandar. Anda bukannya membela nasib mereka, bahkan sebenarnya anda MENGHINA mereka. Anda merendah-rendahkan potensi adik-adik kami, anak-anak kami.

    Cerita yg tersebar di email tersebut sebenarnya amat MENGHINA terhadap masyarakat luar bandar seolah-olah bagi si penulis itu, mereka (anak-anak luar bandar) ini sampai bila-bila pun akan lekeh, mundur, dan tak layak utk menerima pendidikan menyeluruh.


    Satu tujuan tersirat mengapa kerajaan mengehendaki PPSMI dilaksanakan secara MENYELURUH terhadap SEMUA sekolah dan bukan untuk yg terpilih sahaja ialah untuk membantu menghapuskan saki-baki feudalisme, “antara dua darjat”, dan hierarki sosial yg tidak munasabah antara bandar dengan luar bandar, antara masyarakat elit dengan masyarakat marhaen. Sebab itulah PPSMI dilaksanakan secara MENYELURUH ke atas SEMUA sekolah, bukan semata-mata untuk yang terpilih sahaja. Lainlah kalau saudara mahu saki-baki feudalisme ini kekal.

    Tentang isu pelajar tidak minat... memang FITRAH semulajadi anak-anak (tak kira la kampung ke bandar ke, melayu ke cina ke) lebih minat utk bermain dan bersosial dengan kawan-kawan daripada minat untuk belajar. Adalah menjadi TUGAS guru dan mak-bapak untuk membangkitkan minat dan kesedaran anak-anak terhadap pelajaran mereka. Pandai atau tidaknya guru dan mak-bapak itulah yg menentukan kecenderungan anak-anak, bukannya medium bahasa apa yg digunakan dalam pengajaran. Guru-guru sekelian, sama ada di Fakulti Pendidikan atau di KPLI (menjadi guru hanya pilihan terakhir anda?) dahulu bukankah anda telah dilengkapi dengan segala kemahiran dan ilmu untuk mengajar dan mendidik??? Terpulang kepada kebijaksanaan anda (or lack of thereof) untuk menjadikan sesi pengajaran anda menarik dan menimbulkan minat serta kesedaran anak-anak. Segelintir guru-guru ni saya tengok banyak benar merungut. Cubalah letak jawatan dan cari pekerjaan lain yg “senang”, itupun kalau ada!

    Yang lemah dan gagal sebenarnya bukanlah anak-anak, tetapi mak-bapak mereka dan guru-guru mereka.

    BalasPadam
  28. @ D'Rimba

    Slogan anda terbalik.
    Bangsa mana yang maju maka bahasa merekalah yang laku. Apabila maju bangsa barulah laku bahasa!

    BalasPadam
  29. masih panas isu PPSMI ni.. saya ajak rakan2 blogger yang sokong PPSMI, kita pergi ke sekolah2 di putrajaya,terutama di presint 9, tengok apa kesan PPSMI ni dan apa tindakan yang guru2 saya ambil untuk tingkatkan pemahaman murid2 sekolah. jangan ushar kelas sains, ushar kelas bukan sains tulin. kita tengok berapa ramai yang cemerlang.

    buat apa cerita pasal sekolah2 kat kampung, yang dekat2 ni takank tengok? tu contoh sekolah bandar.

    jom, jangan hanya tahu buat anggapan sahaja. tapi saya tak akan turut serta dalam rombongan tu sebab saya BANTAH PPSMI

    BalasPadam
  30. @ kayrolldin

    kelas bukan sains tulin dan bukan teknikal esp. aliran sastera/perdagangan/agama: hanya BI, Math & Sc saja yg diajar dalam english. At least seven other subjects remain with bahasa melayu as medium of teaching & learning, thus got very little (if not nothing) to do with PPSMI.

    BalasPadam