Ahad, 1 Mac 2009

SAUDARA HAZRIN

Salam saudara Hazrin....mungkin nampaknya pelik apabila saya mempunyai sikap yang sinis kepada permainan paintball....untuk pengetahuan saudara saya juga pernah bermain perang-perang ketika kecil dulu....pada tahun 80an saya terlibat secara langsung di dalam kancah perang di antara PKM dengan askar kita....ramai yang tercedera dan terbunuh....masih segar di fikiran saya peristiwa tersebut (baca sebahagian daripada cerita peristiwa tersebut di http://jasasikin.blogspot.com/2009/01/terkenang-kisah-dulu-2-ancaman-parti.html ).semenjak itu saya terfikir kenapa harus saya main perang-perang sedangkan perang telah menyebabkan kecederaan dan kematian orang-orang yang saya kenali.....menjadi lucu kepada saya apabila perang menjadi alat hiburan...bukan sekadar paintball malah banyak permainan komputer yang berunsurkan perang menjadi kegilaan ramai pada hari ini.....percayakah saudara kalau saya katakan tidak seorang pun di dunia ini memilih untuk terlibat dengan peperangan walaupun dia seorang askar.
Saya tidak mahu menyatakan bahawa permainan seumpama ini akan membawa kesan yang tidak baik tetapi sekadar merasa lucu dengan kecenderongan kita memilih perang sebagai tema hiburan.

3 ulasan:

  1. yes sir.
    sy amat menyokong 100% pendapat sir.
    even sy tak pernah masuk mana - mana paintball game apatah lagi bermain game perang- perang.
    Sy hanya bermain bola keranjang sahaja.
    =)

    BalasPadam
  2. selain bola jaring bukan awak jaguh teng teng jugak ke..jom pi main paintball..he he

    BalasPadam
  3. Sy bermain bola keranjang la sir, dengan harapan dapat memikat mana- mana awek dengan bergaya.
    ha ha
    Owh boleh gak. Jom ber-paintball !
    =p

    BalasPadam