Jumaat, 5 Disember 2008

SEKOLAH SATU ALIRAN

Salam......
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan cadangan supaya hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan diwujudkan di negara ini langsung tidak mempunyai unsur perkauman.
Sehubungan itu, kata beliau, dakwaan beberapa pihak terutama parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan cadangan sedemikian berbaur perkauman adalah tidak berasas.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana yang merangkumi sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Merujuk kepada terbitan Utusan Malaysia di atas;
1. Datuk Seri Hishammuddin membuat kenyataan dengan merujuk kepada cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini. Sejurus selepas Datuk Mukhriz memberi cadangan tersebut ramai taiko-taiko dari NGO yang mewakili kaum bukan Melayu membantah dengan menyatakan cadangan tersebut berbaur perkauman.
2. Tindakbalas sedemikian sememangnya dijangka lebih-lebih lagi ketika senario politik sekarang menunjukkan wakil-wakil dari kaum-kaum lain begitu galak mempertikaikan tentang kedudukan kaum melayu.
3. Anehnya....cadangan Datuk Mukhriz sama sekali tidak membawa maksud kepada kepentingan melayu atau mana-mana bangsa. Apa yang jelas diperkatakan ialah hasrat untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini melalui cadangan yang dibuat. Apa yang membuat taiko-taiko ini membantah cadangan tersebut benar-benar menimbulkan persoalan.
4. Sememangnya cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz bukanlah cadangan yang baru kita dengar malah ianya telah berkali-kali diutarakan. Kesemuanya mendapat tentangan dan tidak dapat dilaksanakan. Mungkin benar cadangan yang sama dibuat dahulu tidak boleh direalisasikan dengan mengambil kira keadaan keadaan ketika itu.
5. Keadaan sekarang berbeza. Masa telah menunjukkan kesan daripada amalan sistem pendidikan pelbagai aliran. Hasil Daripada sistem tersebut adalah masyarakat masa kini. Bantahan terhadap cadangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz itu sendiri telah menunjukkan betapa kesan buruk telah diterima dari sistem pendidikan sediada.
6. Siapa yang membantah?.....siapa yang menolak cadangan untuk memupuk perpaduan di antara kaum?...siapa yang dengan sewenang-wenangnya melemparkan kenyataan yang boleh menggugat perpaduan anatara kaum?.........tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang datang dari sistem pendidikan pelbagai aliran ini.
7. Hasilnya telah jelas dapat dilihat..........maka perubahan adalah diperlukan.

1 ulasan: