Khamis, 18 Disember 2008

KASUT TEPAT KE MUKA


1.Berita mengenai seorang pemberita warga Iraq melempar kedua-dua belah kasutnya ke Presiden Amerika Syarikat masih menghiasi dada akhbar hingga ke hari ini

2.Rumah putih telah menyatakan mereka telah melupakan peristiwa itu sebagai percubaan untuk menyifatkan insiden tersebut sebagai isu kecil dan terpencil....tidak dapat dinafikan ianya isu kecil jika serangan menggunakan kasut dibandingkan dengan serangan ribuan peluru yang disasarkan oleh Amerika kepada sasarannya........memanglah juga ianya isu terpencil kerana adengan pemimpin yang mendakwa dirinya manusia paling berpengaruh di dunia dibaling kasut tidak pernah berlaku di dalam sejarah.

3......hakikatnya apa yang berlaku memberi impak besar kepada maruah Rumah Putih....lebih-lebih lagi kepada Bush sendiri yang mengharapkan situasi manis di penghujung tahtanya. Peristiwa ini tidak mungkin dapat dilupakan oleh Bush hingga ke akhir hayat beliau......

4.Dari rakaman peristiwa tersebut kita dapat lihat kasut yang dilemparkan oleh perberita tersebut tidak mengenai bush.......hakikatnya, dari segi moral, kasut itu telah kena tepat di kepala bush

5....jelas sekali perberita bukanlah berniat untuk menyerang secara fizikal bagi mencederakan Bush.....jika tidak adalah lebih baik baginya menggunakan objek keras seperti kameranya yang sudah pasti mampu mencederakan Bush

6.......apa yang dilakukan oleh pemberita tersebut merupakan satu manifestasi kepada kebencian rakyat terhadap pemimpin yang membawa penderitaan kepada mereka..tindakannya terbukti mewakili ramai rakyat Iraq yang lain apabila beliau dijulang sebagai wira sejurus selepas peristiwa tersebut.....saya yakin Bush telah merasai lebih daripada kasut itu terkena tepat ke kepalanya.....

7 Apa yang boleh saya simpulkan.......kasut itu tepat ke muka Bush.

1 ulasan: