Jumaat, 12 Disember 2008

KEMBALI KE UiTM

Hari ini aku ke UiTM dengan fakhul n Kirin.....aku paling awal keluar rumah...pukul lapan aku dah di kedai mamak membaca Utusan Malaysia sambil sekali sekala menyuap bihun telur mata kerbau ke mulut....gelas teh tarik aku letakkan jauh di penjuru meja supaya senang aku menyelak paper Utusan yang masih besar saiznya.....Berita harian dah kecil...dalam aspek saiz aku memang pilih Berita Harian......tapi dalam aspek susunan bahan berita...Utusan lagi ok. Fakhul dan Kirin sampai beberapa minit kemudian......selepas semua selesai sarapan kami bertolak ke UiTM......sampai di sana dalam pukul 10.30.....temujanji aku dengan Dr. Noriah pada pukul 11....sedang elok. Sementara aku menanti pukul 11 untuk berjumpa Dr. Noriah, aku ikut Kirin dan Fakhul berjumpa Abang Azlaini di biliknya.....pelbagai nasihat diberi oleh Abang azlaini bekaitan PhD yang kami nak buat......Pukul 11 aku ke bilik Dr. Noriah.....dia masih seperti 16 tahun dulu..tak makan tua...sama jer....mesra macam seorang kakak dengan adik.....Setelah berbincang kami membuat keputusan untuk menetapkan PQP sebagai topik kajian PhD aku...Tugas aku sekarang untuk menyiapkan proposal baru bekaitan topik yang dipersetujui...next week nak kena hantar.....kami solat jumaat kat Pusat Islam Uitm.....Selepas solat kami lunch kat satu pekan baru berhampiran.....lepas makan kami balik ke UIA....sambung rutin harian sebagai warga UIA yang sedang bercuti.......wassalam


Handz tak dapat join kami hari ini........wife dia kena buat MRI...ada masalah tulang belakang katanya.....harap-harap semuanya ok...amin

4 ulasan: