Sabtu, 6 Disember 2008

RUNTUH LAGI

Salam......

1. Kita sekali lagi dikejutkan oleh berita kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa.

2. KPN mengesahkan sehingga pukul 1.30 petang tadi tiga kematian telah dilaporkan dan enam lagi masih hilang dan ramai yang cedera.

3. Kejadian ini mengingatkan kita kembali kepada peristiwa runtuhan Highlang Tower 15 tahun dahulu. Siasatan yang dibuat ke atas teragedi Highland Tower telah mendapati punca utama bencana adalah kerana kelemahan kejuteraan pembinaan bangunan tersebut.

4. Pelbagai kajian telah dibuat dan rakyat diberitahu bahawa bangunan-bangunan lain yang berhampiran masih selamat untuk didiami.

5. Hari ini kita dengar kejadian seumpamanya berlaku lagi walaupun jumlah kematian tidak sebanyak kejadian 15 tahun dahulu.

6.Di manakah silapnya?………saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab oleh rakan-rakan saya Kirin, Handz dan Khul.

TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MANGSA

1 ulasan:

  1. 1. Aku tak boleh nak menjawab.

    2. Kerana aku pun duduk atas bukit.

    3. Jadi kalau ada permintaan, tentu ada penawaran.

    4. Rasa-rasanya begitulah.

    BalasPadam