Sabtu, 23 Mei 2009

JAMBATAN KETIGA=MAKAN NASI TAK BERAIR

Bukanlah sesuatu yang terlalu memudaratkan apabila tiada air untuk diminum sejurus selepas kita selesai makan nasi. Namun, kita akan mengalami rasa tidak puas seolah-olah ada benda yang tak selesai. Begitulah analogi kepada perasaan rakyat Malaysia terhadap ulasan Perdana Menteri mengenai cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan kawasan timur Johor dengan pulau Singapura.

Rakyat Malaysia amnya menanti keputusan yang merupakan manifestasi kepada kemerdekaan Negara dalam membuat keputusan penggantian Tambak Johor kepada jambatan yang dengan jelas memberi manfaat kepada Negara. Penjelasan mengenai cadangan pembinaan jambatan ketiga dilihat tidak merangkumi semua harapan rakyat Malaysia mengenai isu berkaitan. Masih ada yang tersekat..tak lawas..tak puas.

9 ulasan:

  1. Hmmm kenapa ya camtu?..Harap2 pembinaan jambatan ini tercapai dalam menuju suatu destinasi jaya pada negara..Sudah semestinya kajian yg padu telah dibuat keperluan jambatan ini..

    BalasPadam
  2. Harap=harap isu jambatan bengkok tak berulang lagi..

    Banyak isu yg melibatkan hubungan Msia-Spore,sy yakin pimpinan DSN rasional dan bijak..Pegawai Kerajaan pun sama,jadikan sejarah Pulau Batu Putih sebagai pengajaran..kerana sepucuk surat dr peg kjaan.

    BalasPadam
  3. 2nd link yg kat tuas tu mcm kurang jek penggunaannye da nak wat jambatan ketiga lak..hiks
    yg jambatan pulau pinang jammed tu taknak lak di percepatkan jambatan kedua..hadoyaii!

    BalasPadam
  4. harap kerajaan malaysia lebih berani dalam melaksanakan perancangan yang memanfaatkan negara

    BalasPadam
  5. tak habis perbincangan lagi tu yang rasa cam x lawas sepenuhnya
    Insyallah mesti ada perbincangan selanjutnya. Yang penting objektifnya mesti memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia!

    BalasPadam
  6. Rasanya, kes jambatan ketiga ni, macam kes jambatan emas dari negeri Melaka ke Gunung Ledang sebab syarat nak mengahwini Tuan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Cuba fikir, sapa yang akan dapat manfaatnya nanti? Rakyat Melaka naik gunung ledang guna jambatan emas tu ke? Fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  7. saya sokong 200% kerajaan sambung balik rundingan. kalau boleh jambatan ke-3 di bina dengan segera sebab kita ada hak. jgn la jd terlalu sempit pemikiran tu. kalau benda baik kenapa nak tangguh? kita akan dpt manfaat besar nnti. jgnla bantah sesuka hati. rakyat singapura dah lama ketawakan kita. inilah masa kita membalas kembali apa yg dia dah buat pada kita. lg pun link ke-2 mmg truk jem kalo waktu puncak. apa yg membazir nya kalo buat jambtan ke-3?

    rakyat kita mmg suka merendahkan kemampuan negara sendiri. rakyat singapura mentertawakan kita kerana kita membatalkan jmbtn bengkok. ini menunjukkan kita lemah dan ikut telunjuk mereka. tlgla rakyat malaysia semua. bgn! sokongla benda yag baik spt ni!

    jika kita berjaya membina jmbtn ke-3 ni, kita akan dpt lihat kelebihannya!

    BalasPadam
  8. buat jambatan ketiga pun x bagi manfaat kat negara, patutnya jambatan bengkok tue terus dilaksanakan dan robohkan jambatan yang sedia ada di tambak johor agar kita dapat manfaatnya serta hak kita. Kalo dirobohkan tambak johor banyak manfaat kita dapat. ....

    BalasPadam
  9. jambatan ke3 kelebihan pada Malaysia?? kenapa kita jadik bodoh?? memang le ada kelebihannya.. tapi kita dapat 1 .. Singapura dapat 10.... kalau Singapura betul2 jujur.. kenapa tak sokong tambak Johor digantikan Jambatan?? kenapa takut laluan Selat Tebrau akan menjadi sibuk??.. kenapa tidak mahu melihat Johor menjadi maju?? kenapa dengki Pelabuhan Pasir Gudang dan PTP dapat bergerak seiring... JAWAPANNYA... SINGAPURA MEMANG LEBIH BIJAK DARI MALASIA... DAN KITA KENA MENGAKU.. KITA MEMANG TAKUT DENGAN SINGAPURA...

    BalasPadam