Khamis, 23 April 2009

IBU OH IBU

Adakah anda masih ingat peristiwa sampan karam di Sabah yang melibatkan suami isteri dan seorang anak mereka. Si suami yang bepaut pada sampan yang terbalik sambil memegang tangan anak dan isterinya daripada dihanyut arus. Si isteri yang mendapati suaminya semakin lemah untuk menarik beliau dan anaknya serentak telah meminta suaminya melepaskan beliau supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan penuh siksa suami melepaskan isteri dan anak dapat di selamatkan manakala si ibu meninggal dihanyut arus.
Hari ini kita dengar pula seorang ibu di Johor mati rentung dek kerana ingin menyelamatkan anaknya yang disangka berada di dalam rumah ketika rumah tersebut dijilat api.
Saya sangat sebak ketika membaca dan menulis perkara ini.....itulah ibu.....demi anak, nyawa ditaruhkan.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita kenangkan sempena menyabut Hari Ibu tidak lama lg.
Beraninya seorang perempuan yang bernama ibu....
Bapak macam mana?......berani ke?.....atau tengok jarum suntik pun dah ketar.......apatah lagi nak disuruh melahirkan anak.......mau pupus manusia kat bumi ni..(sajer jer, bapak pun berani jugak)
JOM TELEFON IBU DAN AYAH.

SEKS (18SX)

Penyelidik dari Universiti John Hopkins berkata, seorang yang menjadikan tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.-Berita Harian,23/4/2009

JASA- Haa...tengok tu...takyahla dok pi makan benda-benda pelik yang mahal-mahal tu....minum jer air galian tu banyak-banyak....sihat, power dan murah..

Jom amalkan hidup yang sihat.

jap, nak gi beli air mineral jap.... :p

KEPUTUSAN KE IPTA

Untuk makluman kepada semua pelajar lepasan SPM.

Anda boleh menyemak keputusan permohonan ke IPTA mulai 1 Mei melalui 03-88835858 atau layari http://upu.mohe.gov.my/

SEMOGA BERJAYA

Rabu, 22 April 2009

DIGANTUNG KERANA TENTANG ZIONIS

Tujuh pensyarah IPT di Kulim Kedah digantung tugas kerana membantah program pelajar yang meraikan Zionis.
Pensyarah terbabit bertindak demikian kerana kurang senang dengan kesanggupan sebahagian pelajar IPT berkenaan memakai pakaian rakyat Israel sambil membawa bendera negara Zionis dan menari ala Yahudi ketika mengadakan persembahan kebudayaan sempena perarakan itu.
Perarakan berkenaan diadakan dalam kampus IPT terbabit pada pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian subjek Bahasa Inggeris yang meliputi 20 peratus daripada keseluruhan markah subjek itu.-MY METRO
P/s: Ketika Negara dengan jelas melaungkan bantahan keras terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin, ada pula IPT di negara ini menganjurkan aktiviti yang meraikan Zionis malah menghukum mereka yang membantahnya.
Apakah maksud IPT ini?...Siapakah di belakang IPT ini?....

Selasa, 21 April 2009

KISAH SEDIH PEMINJAM PTPTN

Sumber: Utusan online
Ikuti rintihan seorang pelajar UPM berkut:

Tujuan saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.
Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi.
Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800. Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?

Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna. Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.
Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009. Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja.

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang
p/s: Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Naziatul Azlin kerana tabah mengharungi dugaan......saya tahu bukan Naziatul seorang sahaja yang menghadapi masalah sedemikian.....malah ramai dikalangan orang yang saya kenal turut berkongsi masalah yang sama...saya tersentuh dengan kenyataan ini kerana saya sangat hampir dengan peminjam-peminjam PTPTN. Saya sangat berharap keluhan Naziatul akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

ANAK NOT FOR SALE

Utusan Online

MUMBAI 20 April - Bapa pelakon cilik, Rubina Ali dalam filem Slumdog Millionaire menafikan cuba menjual anak perempuannya itu, selepas akhbar Britian mendakwa dia meletakan harga untuk menjual anaknya sebagai anak angkat.

Media India hari ini berkata, Rafiq Qureshi menyifatkan berita yang disebarkan di seluruh dunia, bahawa dia mengadakan perjumpaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dari Asia Barat yang mahu mengambil anak perempuannya berusia sembilan itu semalam sebagai suatu pembohongan.

P/s: Kalau benar, sedaplah telinga mendengarnya...walaubagaimanapun saya tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang berbunyi, "Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata, mata jadi buta"....tak percaya cuba la tengok...:p

Isnin, 20 April 2009

ANAK FOR SALE

Hasil penyamaran wartawan News Of The World mendapati bapa kepada pelakon cilik SLUMDOG MILLIONAIRE, Rubina cuba menjual anaknya yang berusia Sembilan tahun itu untuk dijadikan sebagai anak angkat. Rafiq, bapa kepada Rubina menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk membebaskan Rubina daripada kehidupan sesak di Mumbai. Mengikut laporan akhbar News Of The World lagi, Rafiq meletakkan harga sebanyak RM 1.4 juta sebagai harga untuk melepaskan anaknya.

Nak membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

Kenapa perlu RM 1.4 juta untuk membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

RENUNGAN
Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata..mata akan buta...
Namun ketahuilah, tanpa mencucuk ke mata pun duit mampu membutakan mata dan hati.