Maka selesailah sudah ucapan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2009. DSN telah mengumumkan beberapa langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan Umno sebagai parti peneraju utama di negara ini. pengumuman yang melibatkan beberapa perubahan besar perlembagaan Umno itu telah disambut baik oleh semua perwakilan. Memang agak sukar untuk melihat kecacatan di dalam setrategi yang disusun. segalanya bagaikan jelas dapat mencapai matlamat yang diperjuangkan.
Menjawab kepada soalan pemberita, Tun Dr Mahathir mengingatkan semua ahli Umno bahawa seluruh rakyat akan mula memerhati pekembangan seterusnya. Laungan perubahan dan pindaan kepada perlembagaan bukanlah noktah kepada usaha memantapkan kedudukan Umno. Tibalah masa pembuktian kepada segala yang dicanangkan. Di sinilah tugas yang paling berat untuk seluruh jentera Umno bermula.
Pelbagai strategi boleh disusun kemas untuk mencapai sesuatu matlamat namun pada hakikatnya segala perubahan yang mahu dilakukan harus bermula dari sikap setiap individu yang terlibat. Strategi yang mantap tidak akan kemana-mana andai sikap individu yang terlibat tidak mendokong matlamat strategi tersebut...SIKAP.
Masih saya ingat kata-kata Tun DM suatu ketika dulu.."kita tidak mengedar dadah bukan kerana kita takut kepada hukuman gantung tetapi kerana kita tidak memilih untuk melakukannya". Pengedaran dadah masih berlaku walaupun hukuman gantung dikenakan kerana sikap individu yang terlibat. Beliau cuba menjelaskan betapa sesuatu mekanisma itu tidak akan memberi apa-apa makna jika sikap kita tidak berubah...hatta hukuman gantung sampai mati sekali pun tidak memberi kesan jika sikap untuk tidak memilih yang salah tiada dalam diri. Begitulah juga dengan segala laungan perubahan di Perhimpunan Agung Umno 2009 ini. Laungan perubahan akan hanya menjadi gema yang hilang dipenjuru dewan perhimpunan andai sikap ahli dan pemimpin Umno tidak turut berubah.
SELAMAT BERUBAH
Salam, diharapkan selama hampir 2 jam Presiden menyampaikan amanatnya, kepimpinan serta ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi benar-benar menjiwai hasrat Presiden. Jangan hanya berkobar semasa perhimpunan, selesai perhimpunan maka selesai juga ingatan dan mandat yang disampaikan dan UMNO tetap seperti dulu juga...
BalasPadamYANG GAMBI--demi agama, bangsa dan negara, doakanlah
BalasPadam