Selasa, 6 Oktober 2009

BANJIR BESAR DI AMPANG

Bagai sudah menjadi rutin dalam hidup saya, setiap pagi selepas menghantar anak ke sekolah saya akan singgah di Pasar Muhibah Ampang untuk membaca surat khabar dan bersarapan. Hari ini sesuatu yang dahsyat telah berlaku. Ketika saya sedang asyik membelek akhbar Utusan, tiba-tiba kedengaran seseorang menjerit....banjir bersar!...banjir besar! semua orang yang ada berhampiran menjadi panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam sekelip mata limpahan air yang deras menerpa ke kawasan sekeliling. Satu perkara yang melintas di fikiran saya ketika itu adalah anak-anak dan isteri. Hanya tuhan yang mengetahui perasaan saya ketika itu....matlamat terus membulat-selamatkan anak-anak dan isteri. Saya terus berlari dan meredah arus yang deras walaupun tidak jelas arah yang dituju....(mungkin ke rumah). Di hujung tebing terdapat halangan pagar. saya terpaksa memanjat pagar tersebut untuk sampai ke tempat anak-anak dan isteri berada. Ketika sedang memanjat pagar tersebut saya terdengar satu suara yang menyebut.....'six forty-five, six forty-five, six forty-five'... berulang kali. Bunyi penggera dari handphone tersebut telah membuat saya terjaga. Astaghfirullah......mungkin berita bencana di Indonesia dan beberapa tempat lain telah mempengaruhi tidur saya.....
APAKAH KEADAAN MEREKA YANG BENAR-BENAR MENGALAMINYA?.....HULURKAN BANTUAN SEMAMPUNYA. LUPAKAN PERSENGKETAAN YANG ADA ATAS NAMA KEMANUSIAAN.
TAKZIAH.

12 ulasan:

  1. saya setuju dengan cadangan tu "hulurkan bantuan semampunya lupakan persengketaan yang ada atas nama kemanusiaan" Allah juga mungkin akan menolong kita dengan bantuan yang kita hulurkan.

    BalasPadam
  2. tidur basuh kaki dulu...yer yer jer tajuk entry tu...kat sana tu...semua dah ditentukan olehNYA...

    BalasPadam
  3. Salam, redha dengan kehendak Allah SWT...... tetapi jangan jadi seperti warga Indon menyalahkan nama Presiden SBY yang membawa malang.....

    BalasPadam
  4. biar apapun mereka menyelar kita...sentiasa lakukan dan berfikiran yg terbaik untuk semua...

    BalasPadam
  5. Aduhai..beria2 baca..rupanya..eeii..

    BalasPadam
  6. bantu tetap bantu. tapi mereka tetap kutuk dan hina kita. tabik hormat kepada sukarelawan malaysia yang membantu di sana walaupun ada rakyat indon yang sempat perli mereka - seperti yang di ceritakan oleh seorang sukarelawan rakyat malaysia.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. onie_mia--benar sekali

    AiNeRzA--terlebih basuh kaki la kut sampai mimpi banjir

    BalasPadam
  9. YANG GAMBI--salahkan SYB bagi saya merupakan agenda politik yang keterlaluan

    ary--benar. Semoga yang belum memahami akan memahaminya

    BalasPadam
  10. Pn Kartini--jangan rasa tertipu...saya benar-benar bermimpi sedemikian.

    haniekunie--hanie bukan duduk kat ampang..tak kan kena banjir tu

    BalasPadam
  11. kayrolldin--saya tumpang tabik juga

    BalasPadam
  12. Baling batu bukan dasar Indonesia

    KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menganggap kejadian pesawat pengangkut tenteranya dibaling batu ketika misi kemanusiaan ke Padang, Sumatera, minggu lalu sebagai dasar Kerajaan Indonesia mahupun gabenor wilayah itu.

    Ia sebaliknya dianggap perbuatan nakal segelintir penduduk terpengaruh dengan sentimen kebencian terhadap Malaysia oleh media negara itu susulan beberapa isu termasuk tuntutan bertindih Kepulauan Ambalat, tarian Pendet Bali dan kes Indonesia Manohara Odelia Pinot.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata insiden itu tidak sedikitpun menjejaskan pendirian Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan ke wilayah berkenaan, atas semangat rumpun Asean.

    BalasPadam