BERITA HARIAN, PETALING JAYA: Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu. Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
JASA: Saya sangat bersetuju dengan saranan di atas. Kata kunci bagi hujahan di atas adalah 'pengiktirafan'. Bagi meraka yang tidak mempunyai apa-apa sebagai pengiktirafan kepada diri akan melakukan apa saja untuk tujuan tersebut walaupun terpaksa menongkah arus.....
'Mat rempit yang hebat'.....merupakan satu pengiktirafan
'Pengedar dadah paling berjaya'.....juga merupakan satu pengiktirafan
'Bohsia terlaris'......satu bentuk pengiktirafan
Siapa yang memberi pengiktirafan ini?.....jawapannya adalah HEBAHAN MEDIA
Siapa cipta perkataan BOHSIA....selepas itu BOHJAN.....jawapannya adalah MEDIA
Selepas mencipta nama-nama KHAS yang baru......bermula pula agenda mensensasikan nama tersebut.....maka teriktiraflah aktiviti tersebut dan mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga akan menerima pengiktirafan itu....daripada tiada pengiktirafan langsung, diiktiraf sebagai jaguh rempit pun jadilah, ramai 'awek' yang suka....ok la tu
Tidak pelik kalau seringkali kita lihat masalah sosial akan turut meningkat selari dengan peningkatan hebahan di media.....ada perasan kan?
Saranan ringkas saya mengenai perkara bekaitan adalah, 'KURANGKAN HEBAHAN, LEBIHKAN TINDAKAN'.......sekian
Macam mana tak terpengaruh. Filem malaysia banyak buat cerita pasal benda tu, seolah-olah benda tu best. Remaja tak tgk keburukan citer tu, dia tgk part yang seronok tu. Betul, kurangkan hebahan. Apa kata, haramkan jer motor dekat remaja.
BalasPadamjangan lupe doa
BalasPadamkembali ke pangkal jalan
-xjadi gak klu xde usaha
Salam.
BalasPadamSaya sependapat dengan saudara. Semua berpunca dari media. Konflik MB Perak pun di panaskan oleh media. Media yang berat sebelah ibarat "mencurah petrol ke api" di pihak yang satu lagi. Bagi media...NO NEWS IS A BAD NEWS...SO EXAGGERATE A NEWS!
penggunaan MAT itu sendiri sudah mencerminkan perangai buruk yang dilabel oleh masyarakat kita. padahal MAT berasal dari nam MUHAMMAD. Mat Gian, mat rempit, mat skodeng. apa ni?
BalasPadamkalau perempuan, kita gelar pulak minah. minah rempit, minah tunggang. padahal berasal dari nama AMINAH. adil ke?
lama tak update?
selalunya gempak aja lebih... utk publisiti politik..
BalasPadamsokong..sokong..sokong...tp ape pun tak semua riders is MAT REMPIT...
BalasPadamjangan lupa juga..
BalasPadamhentikan tayangan berkisarkan rempit2 nehh!
*kalau tak panggil mat rempit..nak gelarkan mereka apa?
grunge--haramkan terus tak boleh juga sbb ramai juga penunggang yang baik
BalasPadamjoegrimjow--betul, semunanya perlu diiringi doa
zaidi ali--media perlu lebih peka kepada kesan daripada laporan mereka
BalasPadamkayrolldin---betul....lately sibuk sikit
kuIna LadyInRed--ada benarnya....yg jadi mangsa adalah remaja
BalasPadamSyazwan VL--saya pun rider juga
mikkiRANCAK ---jangan bagi gelaran apa-apa kerana gelaran merupakan satu bentuk pengiktirafan....kalau mereka melakukan kesalahan lalulintas mereka adalah pesalah lalulintas..begitulah sepatutunya
BalasPadamsaya sokong!! :D
BalasPadam