Khamis, 1 Januari 2009

TERKENANG KISAH DULU #2 (Ancaman Parti Komunis Malaya)

Memang leka dibuatnya bila bersama kawan-kawan mandi di Sungai Munah. Pasti ada sehari dalam seminggu aku dan kawan-kawan ke sungai yang tak pernah lesu mengalirkan air sejernih kaca itu. Orang kampung aku memanggilnya Sungai Munah kerana rumah Munah terletak paling hampir dengannya. Memang cantik dan yang paling penting ianya sangat sesuai untuk kami bermandi-manda sambil melakukan pelbagai aksi terjunan dan menyelam. Pohon kasai di sebelah tebing yang curam bagaikan payung meredupi kawasan aliran yang berkelok tempat kami bermain. Kadang-kadang kami berkelah mi segera di bawahnya.
Pada suatu hari ketika matahari remang aku dan kawan-kawan berlari ke Sungai Munah setelah mendapat kebenaran dari emak masing-masing. Hari itu kami tidak memilih kawasan di bawah pohon kasai untuk bermain sebaliknya sedikit ke hilir di mana terdapat satu bongkah batu besar untuk kami jadikan pelantar terjun. Pelbagai aksi kami lakukan. Bunyi kocakan air dan jerit tawa kami menyelubungi suasana. Mak Lias yang sedang mandi di kawasan cetek berhampiran langsung tidak mempedulikan gelagat kami.
Kami terus asyik dengan aksi masing-masing....semakin menjadi-jadi. Dalam keasyikan bermain kami tiba-tiba tersentak dikejutkan oleh satu dentuman yang agak asing bunyinya. Semua memandang ke arah satu sama lain dan kemudiannya menoleh ke arah datangnya bunyi tersebut......"bunyi apa tu?," aku cuba mencari kepastian. Semuanya diam sehinggalah seorang daripada kami tiba-tiba bersuara memberi pendapat..."bunyi orang bakar buluh kut"....yang lain masih diam dalam wajah ingin bersetuju dengan tekaan tersebut...Kebetulan ketika itu musim orang membersihkan sawah selepas menuai. Kebiasaannya jerami padi yang tertinggal dan sampah-sampah akan dibakar. Kemungkinan buluh juga turut dibakar ketika itu....belumpun sempat kami benar-benar setuju dengan tekaan tersebut kedengaran satu lagi dentuman yang hampir sama......bezanya kali ini ianya belaku ketika semua kami sedang diam....bunyinya menjadi lebih jelas dan yang pasti ianya membuat kami mencurigai tekaan salah seorang kawan kami tadi.......bunyinya sangat berbeza berbanding bunyi buluh dibakar yang pernah kami dengar....tiada siapa yang berani memberi pendapat ketika itu.......masing-masing dalam wajah kebingungan...tiada yang mahu bersuara......dalam kebingungan tersebut, tiba-tiba menyusul pula bunyi yang jauh berbeza. Kali ini semuanya menjadi pasti.....bunyinya sama seperti bunyi tembakan dalam cerita 'combat' di TV.....bunyi senjata automatik.....dua bunyi sebelumnya kami simpulkan sebagai bunyi bom atau mortar....keadaan bertukar menjadi cemas.....Mak Lias turut menjadi kalut. "balik budak-budak..balik" jerit Mak Lias.
Tiada apa yang dapat kami fikirkan lagi........semuanya meredah sungai ke tebing untuk terus pulang ke rumah. Mak Lias turut sama berlari bersama kami....Dalam kekalutan tersebut berlaku satu insiden melucukan......ketika memanjat tebing menuju ke batas sawah, Mak Lias jatuh tergolek dan berguling ke bawah tebing.....ada di antara kawan aku yang tergelak kecil melihatnya.....Mak Lias bingkas bangun dan terus berlari....aku tak pasti ke mana Mak Lias selepas itu.
Untuk balik ke rumah, kami terpaksa melintasi kawasan sawah yang baru dituai. Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila bunyi tembakan terus bersambung ketika kami cuba melewati kawasan sawah tersebut........semua kami bagaikan sedang berfikir perkara yang sama.....hampir serentak kami terjun ke dalam sawah dan membenamkan badan ke dalam lumpurnya untuk mengelak daripada terkena peluru tembakan walaupun kami tidak pasti dari mana datangnya arah tembakan tersebut........masing-masing tidak bergerak di dalam lumpur sawah sambil menanti bunyi tembakan berhenti untuk terus berlari pulang......bunyi tembakan masih berterusan...kadang-kadang terhenti dan kemudian kembali bersambung.........aku yakin semua kawan-kawan sedang berdoa ketika itu...itu jugalah yang aku mampu lakukan.
Beberapa minit seterusnya bunyi tembakan tidak lagi kedengaran.....namun semua kami masih tidak berani mengambil risiko untuk bangun......di bawah pokok bongor di tepi sawah kelihatan seorang askar bersenjata kemas di tangan.....beliau juga kelihatan cemas berselindung di sebalik pohon bongor tersebut......beliau tidak menghampiri kami sebaliknya liar memerhati kawasan sekeliling dari situ.
"kin, kin, kin".....dari jauh kami dengar suara menjerit nama aku. Sejurus kemudian kelihatan seorang lelaki muda sedang berlari ke arah kami. "Abang!" aku menjerit...Abang Jasni terus meluru ke arah kami...."mari" abang aku mengajak kami untuk mengikutnya balik ke rumah.....semua kami ikut berlari balik ke rumah aku. Rupanya telah ramai orang yang berkumpul di rumah aku ketika kami sampai.....keluarga kawan-kawan aku juga turut berada di sana..........(akan disambung di bawah tajuk yang sama)

7 ulasan:

  1. bro aku pun terkenag cerita PKM masa aku kecil dulu...Cheng Peng tidak patut dan tidak sepatutnya di bawa balik..apa kata kita orang melayu buat demo bawa perjuang2 yang menentang komunis dahulu..untuk peringatan generasi muda.untuk puak dap jangan kata kita racist pulak.hari-hari berpolitik naik muak juga.

    BalasPadam
  2. ORANG KG--orng mana bro?...tak semua orang pernah merasa keperitan behadapan dengan pengganas komunis....saya akan ikut kalau ada demo untuk itu

    BalasPadam
  3. sambungan citer ni kat mne sir?

    BalasPadam
  4. menarek sir...xsabar tggu sambungan

    BalasPadam
  5. Teringat pada kembali peristiwa ni bang kin..kita sama2 mandi di sungai munah tu.

    BalasPadam