Sabtu, 4 April 2009

TUNTUTAN RAKYAT KPD DSN

1.Di Perhimpunan Agong UMNO 2009 Datuk Seri Najib telah memohon kepada perwakilan agar memberi kepadanya saf yang ampuh dan kuat.

2.Bermula dari semalam, DSN telah secara rasmi mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri ke 6.

3.Hari ini seluruh rakyat menuntut agar satu perubahan besar dilakukan oleh kepimpinan DSN.

4.Hari ini juga rakyat menuntut agar DSN bukan sahaja membariskan saf yang yang benar-benar ampuh dan kuat malah juga bersih dan tulen di dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

5.Rakyat juga menuntut agar DSN dapat menolak mereka yang tidak bersih dan dilihat tidak bersih daripada membarisi saf yang akan dibentuk.

6. Kepada DSN, rakyat menuntut agar beliau menterjemahkan kebijaksanaan beliau di dalam pemilihan anggota kabinet nanti agar saf yang dibariskan merupakan saf aspirasi rakyat.

(pendek kata, pilih KAKI RASUAH kaluuuu....lingkup alamatnya)

SELAMAT MEMILIH ANGGOTA KABINET DAN SELAMAT BERKHIDMAT

7 ulasan:

  1. saya sokong cadangan saudara..
    jgn ambil mereka yg terang-terang salah krn mengamalkan politik wang mcm si mamat yg menang ketua pemuda tu..

    BalasPadam
  2. Ya la tu, Mudah-mudahan Aura Negatif & kekecewaan Pupus Sama Sekali.

    BalasPadam
  3. kita lihat saja dari sini... pemimpin yg berkaliber akan di sokong oleh rakyat...

    BalasPadam
  4. salam hrap perkara yg diusulkan oleh dsn akn mnjdkan mas sbuah ngra yg mula diknali & trus maju

    salam adriousah

    BalasPadam
  5. apa ada dengan DSN aku kurang yakin.... Tanya geng dari BSPP(Bhg Siasatan Perisikan Pertahanan)

    BalasPadam