Selasa, 21 April 2009

KISAH SEDIH PEMINJAM PTPTN

Sumber: Utusan online
Ikuti rintihan seorang pelajar UPM berkut:

Tujuan saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.
Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi.
Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800. Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?

Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna. Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.
Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009. Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja.

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang
p/s: Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Naziatul Azlin kerana tabah mengharungi dugaan......saya tahu bukan Naziatul seorang sahaja yang menghadapi masalah sedemikian.....malah ramai dikalangan orang yang saya kenal turut berkongsi masalah yang sama...saya tersentuh dengan kenyataan ini kerana saya sangat hampir dengan peminjam-peminjam PTPTN. Saya sangat berharap keluhan Naziatul akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

38 ulasan:

  1. sbr je la yerr..memang byk situasi spt ni blaku skrg..diharap pihak yg trlibat dpt mncari jln pnyelesaian..

    BalasPadam
  2. laaaaaaa....... ish x brani lah nk pnjm ptptn kalaw cm tuh!

    BalasPadam
  3. Sungguh sedih teman membaca coretan Naziatul tersebut. Tentu ramai lagi senasib dengannya.
    Kepada pihak PTPTN bekerjalah dengan cekap dan tidak menginayai penuntut-penuntut ini.
    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

    Perbetulkan sistem penyampaian pihak PTPTN dengan segera.

    BalasPadam
  4. mmg mcm nih..
    kpd miss anyss,cbe la dlu..
    tkot nnt x dpt yg pinjaman/biasiswa yg laen..susah jgak jdinya..mgkin kalau mtak,nseb awk x mcm yg terjadi kt atas nih..

    hmm,bce td igtkan lelaki..prempuan rpenye..
    tabahnya kamu..2 thumbs up!!

    BalasPadam
  5. masih student..usm kubang kerian,kelantan
    bru berusia 20 tahun..hehe..

    BalasPadam
  6. betu kata levender pelangi...ambil PTPTN bukan masalahnya....pengurusan PTPTN tu yang bermasalah dan kena dibetulkan.

    BalasPadam
  7. Bro, ni berita bila? sya cuba crik x dapat, huhuhu... saya stdy kat kolej swasta just sijil, sijil pon da amik masa 4 tahun nk abiskan, apa tak nya, kna ikot syarat2 tertentu untuk wat pinjaman, saya ada mak jek, mak plak x keja, nak wat pinjaman kat bank kena potong via gaji, da mak saya x keja, x dapat nk nolong ! bila x dapat nak bayar terpaksa delay study, adehhhh... rintihan sorang student ! herm... :)

    BalasPadam
  8. uhh. no wonderlah my teachers suma takkasi amek PTPTN.

    BalasPadam
  9. kerajaan harus segera tangani masalah ini...

    BalasPadam
  10. zeIL The Great- berita hari ni...so, sekarang biaya study mcm mana?

    doriyuckey-saya tak pasti knp cikgu anda berpendapat demikian...bagi saya PTPTN boleh/perlu diambil...

    M Azli Shukri,Sufy,PutraKencana-
    Rungutan sebegini sebenarnya sudah lama berlaku....tapi entah kenapa tindakan yang sewajarnya tidak dibuat...harap2 selepas tersiarnya rintihan naziatul ni adalah perubahannya

    BalasPadam
  11. saya msh belum hbs lg study..time tu, saya brada di final year..dah dpt surat dr ptptn..mtk byr, mlh interest mkin btmbh. Saya mls nk lyn karenah ptptn, jd saya just anta surat mtk tgguh. ..sakit hati mmg tak tkate..

    BalasPadam
  12. -zeIL The Great- berita hari ni...so, sekarang biaya study mcm mana?

    ** Ya, da baca da, herm.. nak kna tunggu maem ada dwet ah bru sambung study, if x da dok umah jek la, wat part time kat mna2.. da namanya study mmg mcm ni ah ni, adehh... basusah2 dahulu, bsusah hingga mnyusahkan family, aiyooo...

    BalasPadam
  13. Kalau kita semua tahu t.jawab dan tahu buat kerja dgn amanah, segala masalah tak akan timbul.

    adakah kerana memilih orang yang silap dan diberikan tanggungjawab yg silap?

    setiap kali timbul masalah yg membabitkan org ramai , apakah tindakan terhadap mereka yg bertanggugjawab? adakah hidup makin selesa dengan gaji bulanan yg besar utk makan anak bini dan tunggu masa naik pangkat seterusnya? itulah kehidupan dan realiti yg jadi punca sebilangan rakyat membenci kerajaan.

    tindakan harus diambil supaya kerajaan tidak terus menjadi kambing hitam...

    BalasPadam
  14. my roommate pun byk prob ngn ptptn ni,ptptn potong duit rm1500 sebab awal2 ktrg msuk U, ktrg dpt duit pendahuluan rm1500..yg menimbulkan masalah, ni kali kedua kena potong...bila call ptptn, mcm2 alasan dpt, kata nnt akan masukkan, minggu depan la apa la..dari awal sem sampaila akhir sem, akhir bulan baru la dia dapat duit tu balik..itupun selepas banyak kali call and last2 ayah dia call and tanya sendiri..agaknya bila student yg call, diorang x amik pusing kot..

    hope masalah naziatul setel secepat mungkin..mungkin ngan pendedahan ni, pengurusan diorang cekap ckit..

    BalasPadam
  15. my roommate pun byk prob ngn ptptn ni,ptptn potong duit rm1500 sebab awal2 ktrg msuk U, ktrg dpt duit pendahuluan rm1500..yg menimbulkan masalah, ni kali kedua kena potong...bila call ptptn, mcm2 alasan dpt, kata nnt akan masukkan, minggu depan la apa la..dari awal sem sampaila akhir sem, akhir bulan baru la dia dapat duit tu balik..itupun selepas banyak kali call and last2 ayah dia call and tanya sendiri..agaknya bila student yg call, diorang x amik pusing kot..

    hope masalah naziatul setel secepat mungkin..mungkin ngan pendedahan ni, pengurusan diorang cekap ckit..

    BalasPadam
  16. Salam.
    Semoga Allah memberikan kejayaan kepada anda.

    BalasPadam
  17. sama kes mcm sy. start sem bulan september 2008. naik turun "mahkamah" PTPTN, februari 2009 baru dpt.

    alasan, alamat tak lengkap, dah hantar surat perjanjian tp sy tak terima, pegawai yg uruskan bercuti tak blk2, no telefon tak lengkap, kolej tak hantar result, dan pelbagai lg alasan. dan sy pernah bergaduh di pejabat PTPTN damansara.

    sy mmg teramat sgt2 faham masalh dialami oleh beliau. situasi sama shj.

    lepas ni, masalah nak byr plak. tp dah mmg tanggungjawab kita utk byr sbb pinjam. ygtak sedapnya, cpat je surat dah smpi. hehehe.. tak salah alamat plak. huhuhuh..

    sekian..

    BalasPadam
  18. assalamualaikum....i tbaca blog ni skadar suke2....then bila nmpak nama naziatul azlin ibrahim dari upm..saya rasa tpanggil ngn isu ini...she used to be my classmate back in school...then, i called her juz now rgarding this issue...yes, that is her....dia pon x sangka feedback dr org rmai agak hangat...hari ni saje, dia mnerima bnyak pnggilan dr pelbagai pihak...tnyata rezeki tuhan ada dimana2.. before this, dia kerja part time kat pizza hut smata2 nk tnggung hidup...xpnah sangaka dia mcm ni...btw, ni kes terpencil PTPTN, sbb PTPTN xpnah gagal prvide me money every sem. harap sume org xprejudis kat PTPTN. maaf krna komen....( bgus jgak blog ni, at least i got the chance to get in touch with her again)

    BalasPadam
  19. Rasa saya ada individu dalam PTPTN rolling duit pelajar ni. Duit dah keluar tapi di rolling untuk buat bisnes atau apa2 pelaburan yang persendirian.

    Pendapat saja jelah, tapi ada dengar jugak cite2 camni.

    BalasPadam
  20. MEMANG BANYAK SITUASI SEPERTI INI DI LUAR SANA BELENGGU PELAJAR KENA IKAT PERUT MAKANPUN......NAK MAKAN PUN PALING BANYAK SEKALIJE SEHARINYA....DAH HABIS BELAJAR KENA PULAK BAYAR HUTANG PTPTN YANG ADA PULAK CAJ PERKHIDMATAN KATANYA TAK TAHULA KALAU BUKAN RIBA'. SEBENARNYA PENDIDIKAN INI TANGGUNGJAWAB SEMUA DAN SUDAH TIBA MASANYA PENDIDIKAN DIBERI PERCUMA UNTUK WARGA NEGARA BAGI YANG PANDAI ATAUPUN KURANG PANDAI UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN JIKA BENAR IKHLAS UNTUK MEMBENTUK NEGARA BANGSA BERILMU....PENDIDIKAN BUKAN BOLEH DIJUAL BELI MALAH MAKNANYA LENIH DARI ITU......

    BalasPadam
  21. Salam saudara. SAya tertanya2, budak ni tak g HEP Universiti dia ke ngadu. Skrang ni, byk uni yg menawarkan pinjaman ataupun biasiswa selain ptptn. Ada sesetengah U, memberi zakat kepada para pelajar yg tidak kemampuan. Second, just ptptn terlampau lembab. JPA, biasiswa kementerian dan loan2 negeri byk yg dah dinaiikkan ke 4000 atau ke 5000. Tapi ptptn masih di takuk lama. Dengan harga barang yg semakin menekan, adalah sesuatu yg bodoh untuk tidak mengkaji pemberian kewangan kepada student.

    BalasPadam
  22. kawan masa sk0la dulu neh..

    br je dpt blk no die..

    BalasPadam
  23. Astagfirullah... sampai mcm ni sekali seksanya berurusan dng PTPTN? terlalu bnyk birokrasi. mujurlah penulis surat tu adalah seorng yg tabah dan proaktif. sekadar bersabar x cukup. ini baru 1 kes. mungkin ada bnyk lagi kes2 seumpama ini yg kita x tahu. kebanyakan pelajar bukan dr keluarga yg senang. jika masalah ni x ditangangi secara serius, ramai pelajar yg cemerlang akan tercicir kelas dan tidak dapat menumpukan pd plajaran kerana dibebani masalah kewangan.

    BalasPadam
  24. Apa yg projek e-cari , cari ???
    cari laa orang-orang sebegini..
    tp sy percaya kwn di jab berkenaan dah ambil perhatian ( harap-harap la )

    BalasPadam
  25. i have a friend yang dpt surat bayaran balik dr PTPTN sebelum dia habis belajar. mmg keji OK, perkara bergelar PTPTN ni?

    lembab yg tak ada limitnya!

    BalasPadam
  26. citer yg beremosi....
    Di mana sekalian manusia@ insan?...yg ader hanyalah ORANG!...
    be positif!...semoga PTPTN akan ada insan!

    BalasPadam
  27. tp mmg p0wn...sy p0wn mengalami situasi y same...
    cume x seteruk die lah...sb my parents msh boley tggung sy dalam sem 2...

    yela die ptg sekali gus yuran pengajian dan rm1500 y die bg awal2 dl...mne nak hidup mcm 2...

    buku mahal...tambah amek coz engineering...nak beli peralatan LK lg...nak buat project lg...

    mmg la bley buat pinjaman dgn pihak u...tp pinjam lg...dah 2...ntah bile dapat...sem depan??dah terlambat la kan...

    septtnya...pihak ptptn..ptg secare ansur2 la duit rm1500 2...jgn sekali gus gitu...

    xp0wn biar kami bayar bile dah tamat pengajian nanti...

    sorry sb teremo kat sini...

    sb mmg sakit p0wn...

    BalasPadam
  28. saya 1st batch yg disuruh amik PTPTN ni dan paling kecewa bantuan biasiswa disekat (1998/99)

    BalasPadam
  29. nasib baik sy peminjam mara

    BalasPadam
  30. Saya seru ambil pinjaman MARA boleh buat pengurangan atau biasiswa juka cemerlang belajar, paling penting tiada caj lebihan............Kalau mampu cubala elakkan sistem yang ada riba' ni sebaiknya...........

    BalasPadam
  31. xpaham nape PTPTN nak potong wet student time sdg dlm pengajian...
    bukan sepatutnye kene bayar pas dh keje ke?
    huhu...xtaw sbb bukan peminjam PTPTN..

    BalasPadam
  32. salam...
    saya pun mebunyai cerita yang sama dgn naziatul. bila bace je cerita beliau, macam kene kat batang hidung sendiri. rupanya ramai lagi org yang macam kami. berharapa 100% kepada PTPTN. disebabkan org yang mampu tersebut tidak bayar balik pinjaman, org miskin seperti kami menanggung akibatnya. kami tak punya apa berbanding org lain. ibu bapa tiada dan bergantung penuh kepada PTPTN. kadang-kadang tu rasa macam nak berhenti je belajar. nak bekerja supaya tidak lagi manampung hutang. tapia apakan daya.dalam keluarga saya seorang je yang dapat menyambung pelajaran sampai ke peringkat ijazah. kesian kan ibu yang bekerja walaupun telah tua.saya tekadkan juga hati untuk mengikat perut tiap-hari...

    BalasPadam
  33. sy cdngkn kalo cti sem tu buat la prt time..blh back up duit poket time kt u..sy pon cm azlin gk..bkn org senang..dlu sy trpksa xtend u 2 sem smata2 nk cr duit poket sbb sy dirompak..sume duit ptptn ad dlm kad atm..permpak tu paksa sy keluarkn sume duit kalo nk slamt..tp stiap kjadian ad hikmahnya...2 sem xtend sy gnakn utk revise blik apa yg sy study..masuk blik sem sy dpt jmat skit duit untk bli buku sbb ada kwn yg bg nota2 sem lpas..alhamdullilah sy dpt skor utk sem yg sy trkandas tu...papepon sy kagum ngn azlin sbb dia xptus asa nk selesaikn masalah dia..

    BalasPadam
  34. Info Yang bagus. Sedikit saya hendak kongsikan. Sekiranya ada diantara anda sedang mencari-cari biasiswa atau pinjaman. Usah risau dan kecewa, anda boleh dapatkan 40 Biasiswa 'Low Profile' di link ini >> Senarai Lubuk Biasiswa.

    BalasPadam