Sabtu, 7 November 2009

DSN & SEKOLAH SATU ALIRAN

Sememangnya dari awal lagi saya telah menyatakan sokongan saya terhadap cadangan perlaksanaan sekolah satu aliran. Dalam masa yang sama saya juga tidak menafikan proses untuk merialisaikannya bukanlah mudah. Namun, kenyataan PM DSN yang bermaksud akan hanya melaksanakannya sekiranya semua pihak menyetujuinya dilihat agak longgar.
Pada suatu ketika PPSMI telah dibubarkan bukan berdasarkan persetujuan semua pihak. Adalah perkara biasa sesuatu keputusan kerajaan itu tidak dipersetujui oleh semua pihak sebaliknya agak luar biasa sekiranya sesuatu yanjg dilaksanakan oleh kerajaan itu dipersetujui oleh semua pihak.
PPSMI dibubarkan bukan melalui pungutan suara semua pihak sebaliknya ia telah dilakukan berdasarkan pertimbangan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang dianggap berkelayakan. Keputusan dibuat dan rakyat menerimanya.
Bersandar kepada alasan tidak mendapat persetujuan semua pihak untuk tidak melaksanakan sekolah satu aliran bagai menafikan kewajaran kerajaan melaksanakan beberapa perkara sebelum ini yang tidak melalui persetujuan semua pihak.
Kenyataan tersebut juga dilihat bagai membelakangkan amalan demokrasi yang memihak kepada kepentingan pihak majoriti.
Melihat kepada realiti pentadbiran sesebuah negara yang ditadbir melalui amalan demokrasi, persetujuan semua pihak untuk sesuatu keputusan yang dibuat olah pihak yang memerintah adalah agak mustahil.....
PM DSN sewajarnya lebih memberi peluang untuk isu ini dibincangkan secara komprehensif bagi melihat kesan pelaksanaannya secara holistik tanpa pantas menyempitkan pintu kemungkinannya dengan merujuk kepada pihak yang tidak bersetuju dan sensitiviti mereka sahaja.
klik DI SINI untuk undi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan