Khamis, 23 April 2009

IBU OH IBU

Adakah anda masih ingat peristiwa sampan karam di Sabah yang melibatkan suami isteri dan seorang anak mereka. Si suami yang bepaut pada sampan yang terbalik sambil memegang tangan anak dan isterinya daripada dihanyut arus. Si isteri yang mendapati suaminya semakin lemah untuk menarik beliau dan anaknya serentak telah meminta suaminya melepaskan beliau supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan penuh siksa suami melepaskan isteri dan anak dapat di selamatkan manakala si ibu meninggal dihanyut arus.
Hari ini kita dengar pula seorang ibu di Johor mati rentung dek kerana ingin menyelamatkan anaknya yang disangka berada di dalam rumah ketika rumah tersebut dijilat api.
Saya sangat sebak ketika membaca dan menulis perkara ini.....itulah ibu.....demi anak, nyawa ditaruhkan.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita kenangkan sempena menyabut Hari Ibu tidak lama lg.
Beraninya seorang perempuan yang bernama ibu....
Bapak macam mana?......berani ke?.....atau tengok jarum suntik pun dah ketar.......apatah lagi nak disuruh melahirkan anak.......mau pupus manusia kat bumi ni..(sajer jer, bapak pun berani jugak)
JOM TELEFON IBU DAN AYAH.

SEKS (18SX)

Penyelidik dari Universiti John Hopkins berkata, seorang yang menjadikan tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.-Berita Harian,23/4/2009

JASA- Haa...tengok tu...takyahla dok pi makan benda-benda pelik yang mahal-mahal tu....minum jer air galian tu banyak-banyak....sihat, power dan murah..

Jom amalkan hidup yang sihat.

jap, nak gi beli air mineral jap.... :p

KEPUTUSAN KE IPTA

Untuk makluman kepada semua pelajar lepasan SPM.

Anda boleh menyemak keputusan permohonan ke IPTA mulai 1 Mei melalui 03-88835858 atau layari http://upu.mohe.gov.my/

SEMOGA BERJAYA

Rabu, 22 April 2009

DIGANTUNG KERANA TENTANG ZIONIS

Tujuh pensyarah IPT di Kulim Kedah digantung tugas kerana membantah program pelajar yang meraikan Zionis.
Pensyarah terbabit bertindak demikian kerana kurang senang dengan kesanggupan sebahagian pelajar IPT berkenaan memakai pakaian rakyat Israel sambil membawa bendera negara Zionis dan menari ala Yahudi ketika mengadakan persembahan kebudayaan sempena perarakan itu.
Perarakan berkenaan diadakan dalam kampus IPT terbabit pada pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian subjek Bahasa Inggeris yang meliputi 20 peratus daripada keseluruhan markah subjek itu.-MY METRO
P/s: Ketika Negara dengan jelas melaungkan bantahan keras terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin, ada pula IPT di negara ini menganjurkan aktiviti yang meraikan Zionis malah menghukum mereka yang membantahnya.
Apakah maksud IPT ini?...Siapakah di belakang IPT ini?....

Selasa, 21 April 2009

KISAH SEDIH PEMINJAM PTPTN

Sumber: Utusan online
Ikuti rintihan seorang pelajar UPM berkut:

Tujuan saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.
Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi.
Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800. Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?

Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna. Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.
Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009. Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja.

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang
p/s: Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Naziatul Azlin kerana tabah mengharungi dugaan......saya tahu bukan Naziatul seorang sahaja yang menghadapi masalah sedemikian.....malah ramai dikalangan orang yang saya kenal turut berkongsi masalah yang sama...saya tersentuh dengan kenyataan ini kerana saya sangat hampir dengan peminjam-peminjam PTPTN. Saya sangat berharap keluhan Naziatul akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

ANAK NOT FOR SALE

Utusan Online

MUMBAI 20 April - Bapa pelakon cilik, Rubina Ali dalam filem Slumdog Millionaire menafikan cuba menjual anak perempuannya itu, selepas akhbar Britian mendakwa dia meletakan harga untuk menjual anaknya sebagai anak angkat.

Media India hari ini berkata, Rafiq Qureshi menyifatkan berita yang disebarkan di seluruh dunia, bahawa dia mengadakan perjumpaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dari Asia Barat yang mahu mengambil anak perempuannya berusia sembilan itu semalam sebagai suatu pembohongan.

P/s: Kalau benar, sedaplah telinga mendengarnya...walaubagaimanapun saya tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang berbunyi, "Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata, mata jadi buta"....tak percaya cuba la tengok...:p

Isnin, 20 April 2009

ANAK FOR SALE

Hasil penyamaran wartawan News Of The World mendapati bapa kepada pelakon cilik SLUMDOG MILLIONAIRE, Rubina cuba menjual anaknya yang berusia Sembilan tahun itu untuk dijadikan sebagai anak angkat. Rafiq, bapa kepada Rubina menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk membebaskan Rubina daripada kehidupan sesak di Mumbai. Mengikut laporan akhbar News Of The World lagi, Rafiq meletakkan harga sebanyak RM 1.4 juta sebagai harga untuk melepaskan anaknya.

Nak membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

Kenapa perlu RM 1.4 juta untuk membebaskan anak dari kesesakan di Mumbai?

RENUNGAN
Duit kalau digulung dan dicucuk ke mata..mata akan buta...
Namun ketahuilah, tanpa mencucuk ke mata pun duit mampu membutakan mata dan hati.

Ahad, 19 April 2009

SPPK

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar. –Untuk berita penuh sila lawat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Saya tertarik kepada ulasan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mengenai pembahagian peratusan pemarkahan mengikut tahap peperiksaan.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Saya berpendapat bahawa alasan untuk meletakkan peratusan yang tinggi kepada peperiksaan umum bagi peringkat SPM sebagai agak longgar.
Sekiranya perlaksanaan SPPK dikatakan bermatlamat untuk menghasilkan modal insan yang holistik, maka tiada sebab peringkat SPM diletakkan sebagai peringkat yang kurang memerlukan pendekatan yang sama.
Soal kemasukan pelajar ke peringkat pengajian tinggi tidak harus mendahului matlamat melahirkan modal insan yang holistik. Ini kerana soal kemasukan ke institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan soal dasar pengambilan pelajar yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa sedangkan proses melahirkan modal insan yang holistik seharusnya diberi penekanan pada semua peringkat pengajian.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa cadangan penggunaan SPPK di dalam sistem pendidikan merupakan langkah kehadapan setelah sekian lama ketinggalan. Walaubagaimanapun, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi untuk menjamin kelancaran pelaksanaan dan keberkesanannya mengikut matlamat yang disasarkan.

ARSENAL 1-CHELSEA 2

INFO JER

Sabtu, 18 April 2009

KWANGJAQ SUNGGUH

video

kwangjaq=kurang ajar dalam loghat utara (kalau ada yang tak tahu)

Ketika membuat keputusan untuk meletakkan video ini, saya sama sekali tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperjelaskan. Walaubagaimanapun saya tahu paparan video ini akan mengundang rasa marah dan geram yang amat sangat kepada perempuan yang beraksi kebinatangan di dalam vedio ini. Disamping itu, akan timbul juga rasa simpati yang amat sangat terhadap kanak-kanak suci yang menjadi mangsa.

Saya tidak dapat menjelaskan dengan tepat mengenai kejadian yang dirakamkan. Rakaman video ini diperolehi daripada isteri saya yang menerimanya dari seseorang yang dimajukan melalui email.

Kenyataan marah dan simpati yang ditinggalkan oleh pengunjung di dalam blog ini menunjukkan betapa kejadian yang dipaparkan terlalu asing dan mengejutkan.

Inilah yang dikatakan manusia yang telah dianugerahkan akal fikiran....kadang-kadang akal fikiran yang dimiliki telah menyebabkan menusia menjadi lebih kebinatangan daripada binatang......

Memang menggerunkan......MasyaAllah.

Khamis, 16 April 2009

KUASA V. SIVAKUMAR VS KUASA MAHKAMAH

Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah

16/04/2009 12:17pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.
Sumber: Utusan Malaysia

BLOG PEMBANGKANG SEPI

Saya tidak berhasrat untuk menyatakan sokongan saya kepada mana-mana pihak di dalam blog ini....saya memilih untuk melihat dan mendengar semua pandangan dan hujah dari semua pihak untuk memahami sesuatu.

Hasil pemerhatian saya mendapati blog-blog pembangkang sepi mengenai isu penerimaan semula ELI WONG........kenapa ya?

MAI JENGUK SAT

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

Buruk sangka
Hasad dengki
Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."
Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan.
Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya.
Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Rabu, 15 April 2009

MeCD

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:


(1)
Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(2)
Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
(3)
Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(4)
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;
(6)
Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;
(7)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
(8)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan
(9)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasisebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri15 April 2009

MELAYU MUDAH GUGUP

Kalau dulu kita diinsafkankan oleh kata-kata 'Melayu Muda Lupa'......hari ini saya mahu berkata pula 'Melayu Mudah Gugup'...hak sendiri pun boleh dilepaskan dek kerana ugutan kecil.....hello melayu!..jantan la sikit!


BANGKITLAH MELAYU

Dipetik daripada Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.
Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu-
Ibrahim Ali

COFFEE BEAN DAN STARBUCKS PENYEBAB PENING KEPALA


Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik M. Richelle dan rakan-rakannya menunjukkan bahawa kopi mempunyai aktiviti aktioksidan yang tinggi untuk kesihatan badan. Semua jenis kopi kaya dengan asid klorogenik yang bertidak sebagai antioksidan yang kuat. Malah, kopi juga didapati mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi berbanding sumber-sumber antioksidan yang lain seperti teh hijau, teh hitam, teh herba dan koko.

Kesimpulannya, meminum kopi adalah baik untuk kesihatan.

Walaubagaimanapun meminum kopi di Coffee Beans dan Starbucks dikatakan memberi kesan yang berlainan berbanding meminum kopi di warung atau kedai mamak. Meminum kopi di Coffee Beans dan Starbucks dikesan berpotensi mendatangkan kesan pening kepala kepada peminumnya. Lebih-lebih lagi sekiranya diminum ketika hujung bulan kerana harganya yang mahal......kepeningan akan lebih terasa apabila tiba-tiba kawan-kawan datang duduk semeja dan minta dibelanja.

Edisi rehat minda :)

Selasa, 14 April 2009

BANTUAN DIPOHON

LAKUKAN APA YANG TERMAMPU




Lagi Budak Perempuan Hilang
Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

AssalamualaikumMohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin SalimHEP
Politeknik Johor Bahru0177011038 / 0169326003 atau

Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

BAHAYA FITNAH

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.
Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel, SMS, Surat, menulis blog dan sebagainya.
Alangkah baiknya kalau saya dapat berkongsi tazkirah ini bersama saudara saya M, M dan Z agar kami sama-sama dapat menginsafinya.

Isnin, 13 April 2009

MECD LAGI

Merujuk kepada post sebelum ini, sukacita saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Mahyuddin Yasin telah berjanji akan memberi penjelasan kepada perkara berkaitan dalam masa terdekat.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

wait n see.

Ahad, 12 April 2009

MECD PULAK DAH


1.Baru beberapa hari kabinet baru pimpinan DSN ditubuhkan. Pelbagai reaksi rakyat dapat dilihat dan didengar terhadap pemilihan anggota kabinet dan pengstrukturan semula kementerian.

2.Dengan merujuk kepada keseluruhan kritikan yang diterima, PM berkata, "Kita tidak dapat puaskan semua".

3.Dari aspek pemilihan anggota kabinet, saya mudah bersetuju dengan kata-kata DSN tersebut namun dari aspek pengstrukturan semula kementerian, saya rasa penjelasan yang lebih terpeinci perlu dilakukan oleh kerajaan terutamanya mengenani pemansuhan MECD.

4.Wujud keluh kesah di kalangan masyarakat bumiputera terutama Melayu dengan ketiadaan sebuah kementerian yang khusus untuk menjaga kepentingan mereka. Perlu diingat, salah satu agensi utama MECD adalah MARA........Melayu mana tak kenal MARA......saya sendiri amat terhutang budi dengan MARA.

5.Persoalan mengenai kedudukan, peranan dan keberkesanan agensi-agensi terlibat setelah MECD dimansuhkan mengundang kebimbangan di kalangan masyarakat bumiputra khususnya Melayu. Dimanakah agensi-agensi yang berada di bawah MECD sebelum ini akan diletakkan?.....bolehkan agensi-agensi terbabit berperanan seperti biasa atau lebih baik kepada orang Melayu apabila berada di bawah kementerian lain nanti?.....

Orang Melayu menunggu penjelasan.

Sabtu, 11 April 2009

MATAHATI KE MATADUNIA

'MATAHATI KE MATADUNIA' merupakan tema yang digunapakai untuk program penjelajahan lima anak seni Malaysia yang bernaung di bawah kumpulan pengkarya yang di beri nama MATAHATI. Majlis yang saya, Syakirin dan Amir hadiri di Galeri Chandan semalam merupakan perasmian kepada program tersebut...pada bulan Mei nanti, karya-karya mereka yang terlibat akan di terbangkan ke Los Angeles sebagai destinasi pertama dalam siri penjelajahan mereka..
Syakirin n Amir


Barisan artis yang terlibat adalah seperti berikut:
Ahmad Shukri Mohamed
Ahmad Fuad Osman
Bayu Utomo Radjikin
Hamir Soib @ Mohamed
Masnoor Ramli Mahmud

Bersama saudara Fuad Osman


Pameran akan dibuka sehingga 25 April 2006- Isnin-Jumaat, 10am-6pm
Alamat:
Galeri Chandan
15, Jalan Gelenggang
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur

Salah satu karya saudara Fuad Osman yang dipamerkan



Lawati http://www.matahatikematadunia.com

Jumaat, 10 April 2009

MATAHATI KE MATADUNIA

10.30pm-Baru pulang dari menghadiri majlis 'The Preview of MATAHATI KE MATADUNIA' ....esok cerita...

MCA DAPAT LEBIH

Setelah membuat tuntutan terbuka di Buletin Utama TV3, MCA kini mempunyai wakil di dalam barisan pentadbiran lebih daripada yang dituntut.

Kini MCA mengekalkan empat wakil dalam Kabinet manakala jawatan timbalan menteri untuk parti tersebut ditambah daripada enam kepada tujuh orang.

Adakah ini menunujukkan DSN tunduk kepada tuntutan MCA atau ada perkara lain di sebalik keputusan tersebut?....hmmmmmm??????

BUNG BONG BONG BONG

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata penduduk Sabah berharap agar diberikan sedikit keistimewaan daripada segi peruntukan pembangunan kerana negeri itu agak ketinggalan berbanding negeri lain. Katanya, mesej itu berdasarkan kepada senario pilihan raya baru-baru ini yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Relek la Datuk Bung. Baru semalam kabinet ditubuhkan. Datu Shafie Apdal dari Sabah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...Tidakkah itu membawa sesuatu makna kepada pembangunan negeri Sabah?...Jangan jadi macam kawan kita MCA tu..asyik nak buat tuntutan ikut sedap perut dia.....bikin kawan-kawan saya yang lain sangat marah...

JANGAN ASYIK NAK BONG BONG BONG JER.

Khamis, 9 April 2009

8 MUKA YANG HILANG

Menteri Dalam Negeri-Datuk Seri Syed Hamid Albar,

Menteri Kerja Raya-Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad,

Menteri Pelancongan-Datuk Azalina Othman Said

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah-Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Menteri Wilayah Persekutuan-Datuk Seri Zulhasnan Rafique,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Datuk Amrisham A.Aziz,

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna-Datuk Shahrir Abdul Samad

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan-Datuk Ong Ka Chuan.

RAZALI BUKAN KHAIRY

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.....bukan Khairy.

6 MENTERI BARU

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon,

Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom,

Datuk Dr Awang Adek Hussin,

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil,

Datin Paduka Chew Mei Fun

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

4 MENTERI DARI SABAH

Mereka ialah Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi-Tan Sri Bernad Dompok

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah-Datuk Seri Shafie Apdal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi-Datuk Dr. Maximus Ongkili

Menteri Luar-Datuk Anifah Aman.

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN

PERDANA MENTERI
YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri

Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Agama Islam

Timbalan –Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan


EHSAN DARI http://parimbunis.blogspot.com/

PENGUMUMAN BARISAN ANGGOTA KABINET BARU

DSN-Menteri Kewangan

TSMY-Menter Pelajaran

Datuk Zahid-Menteri Pertahanan

DS Hishammuddin-Menteri Dalam Negeri

D Shaziman-Kementerian Kerja Raya

D Sharizat-M Pembangunan Wanita,K&M.

DS Khaleed Nordin-kekal Menteri Pengajian Tinggi

DS Rais Yatim-Menteri Keseniaan........

DS Ong Tee Keat-Menteri Pengangkutan

DS Shafie Apdal- M Kenajuan Desa dan Wilayah

D Ahmad Shaberi Chik-M Belia dan Sukan

* Untuk setakat ini....nama menteri dan kementeriaan yang ditulis mungkin tidak tepat ttp lebih kurang begitulah..nak cepat, tak sempat nak semak betul2. Saya akan poskan maklumat lengkap dalam masa terdekat.

MUKHRIZ DILANTIK TIMBALAN MENTERI MITI

Datuk Mukhriz dilantik Timbalan Menteri MITI bersama Datuk Mustafa Mohammad sebagai menterinya....ok la tu....Khairy tak dak

Rabu, 8 April 2009

APA HAL MCA?


1.Agak terkejut saya apabila mendengar kenyataan presiden MCA yang berupa tuntutan kepada DSN di Buletin Utama TV3 tadi. Dato Ong Tee Keat, meminta agar DSN mengekalkan jumlah menteri dari parti MCA seperti sebelumnya di dalam kabinet baru yang akan diumumkan esok.

2.MCA membuat tuntutan ketika BN memerlukan satu usaha jitu dari parti itu untuk meraih kepercayaan kaum cina kepada BN kembali.

3.Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dikatakan berpunca daripada pengundi dari kaum Cina yang yang beralih sokongan kepada PKR.

4.Untuk masa ini saya tidak berhajat untuk berhujah panjang mengenai isu ini tetapi tindakan Presiden MCA membuat desakan terbuka seperti itu di ketika ini benar-benar menimbulkan tanda tanya. Seharusnya MCA perlu berpendirian seperti parti-parti komponen BN lain yang menyerahkan pemilihan anggota kabinet kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan menumpu perhatian kepada usaha meraih sokongan kaum Cina kepada BN kembali.

APA HAL MCA?

BARISAN ANGGOTA KABINET BARU

Berita terkini yang diperolehi menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan umumkan barisan Kabinet baru kerajaan Malaysia pada pukul 3 petang esok.

Selasa, 7 April 2009

BARISAN ANGGOTA KABINET BARU

Saya ingin membuat tekaan di sini. Di atas alasan percaturan politik, DSN tidak akan melantik Khairy mahupun Mukhriz sebagai menteri.

Ada yang sependapat dengan saya?

BARISAN ANGGOTA KABINET BARU

DSN dijangka akan mengumumkan barisan anggota kabinet baru yang lebih kecil hari ini. Difahamkan barisan kabinet terkanan adalah seperti berikut:

Tan Sri Muhyiddin Yassin-TPM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi-Menteri Dalam Negeri menggantikan DS Syed Hamid Albar

DS Hishammuddin-Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggantikan TSMY

DS Shafie Apdal-Menteri pertahanan

Selebihnya kita tunggu sehingga pengumuman Perdana Menteri hari ini

BATANG AI=BN, BKT GNTG=PAS, BKT SLBAU=PKR

Seperti keputusan PRU 12, semua parti asal di tiga kawasan pilihanraya kecil mengekalkan kedudukan. Ambil nafas sekejap. Mari kita fikir apa yang harus dilakukan seterusnya sambil hirup sup ayam lengkuas seperti post sebelum ini....yeah, jom!

Isnin, 6 April 2009

SUP AYAM LENGKUAS

Sudah lebih 20 thn dan merata tempat saya mencari kalau-kalau ada sup kegemaran saya yang sering dimasak emak terutama apabila saya balik ke kampung bersama keluarga. Hingga ke hari ini nasib saya masih kurang baik kerana belum pernah menemuinya di daerah lain. Pernah juga sekali-sekala saya dan isteri cuba memasaknya, kesukaran untuk mendapatkan ayam kampung muda membuatkan rasanya tidak begitu serupa. “Mak! Rasa macam nak makan Sup Ayam Lengkuas lah”, itulah permitaan saya bila mahu bermanja dengan emak ketika sekali-sekala balik kampung. Kebiasaanya emak memang sudah bersedia dengan ayam kampung muda kalau mendengar berita saya, isteri dan cucunya akan balik ke kampung. Bagi saya supnya sangat ringkas tetapi membuat saya amat sukar untuk tidak menambah nasi kalau dihidangkan bersama.

Mungkin ada di antara anda pernah merasainya tetapi bagi yang belum, cubalah resepi di bawah:


Bahan-bahan

1. Seekor ayam kampung muda
2. Tiga ketul lengkuas
3. Dua batang serai
4. Santan sebiji kelapa
5. Sepuluh helai daun kesum
6. Cabai Melaka
7. Garam
8. Asam keping
9. Bawang merah


Cara-cara memasak sup

1. Santan dibahagi dua (satu untuk dimasukkan ke dalam sup dan selebihnya untuk dibuat kuah pencecah).
2. Ayam hendaklah dilayur dan dipotong 16 bahagian.
3. Masukkan ayam, lengkuas yang telah dibuang kulit dan diketuk, serai yang telah diketuk ke dalam periuk bersama air sehingga tenggelam semua bahan.
4. Tunggu sehingga ayam masak dan masukkan garam secukup rasa.
5. Ini penting!!!.....ketika sup sedang mendidih, masukkan sebahagian santan dan terus matikan api......rasa akan berbeza sekiranya api terus dinyalakan kerana lemak santan akan pecah.
6. Selesai untuk sup


Cara-cara membuat kuah pencecah

1. Sebahagian santan lagi menjadi bahan utama.
2. Masukkan bawang merah yang dihiris kecil, daun kesum yang dirincik, dua keping asam keeping, cabai Melaka dan garam secukup rasa.
3. Senang kan?


Cadangan sajian

Sup boleh dimakan dengan nasi seperti biasa atau dimakan berasingan.

Daging ayam boleh dicecah dengan kuah pencecah untuk menikmati keunikan rasa adunannya.

Apa yang selalu saya buat adalah......saya masukkan kuah sup yang banyak ke dalam nasi dan campurkannya dengan kuah pencecah....daging ayam dijadikan lauk.....muahh

Penting!!!!!....ayam mesti dilayur untuk menyahkan sedikit lemaknya....jangan buang kulit kerana kulit ayam yang dilayur medatangkan aroma yang mengenakkan.
Pastikan api terus dipadam sejurus selepas santan dimasukkan ke dalam sup.

SELAMAT MENCUBA
KALAU SUKA BERITAHU SAYA

Sabtu, 4 April 2009

TUNTUTAN RAKYAT KPD DSN

1.Di Perhimpunan Agong UMNO 2009 Datuk Seri Najib telah memohon kepada perwakilan agar memberi kepadanya saf yang ampuh dan kuat.

2.Bermula dari semalam, DSN telah secara rasmi mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri ke 6.

3.Hari ini seluruh rakyat menuntut agar satu perubahan besar dilakukan oleh kepimpinan DSN.

4.Hari ini juga rakyat menuntut agar DSN bukan sahaja membariskan saf yang yang benar-benar ampuh dan kuat malah juga bersih dan tulen di dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

5.Rakyat juga menuntut agar DSN dapat menolak mereka yang tidak bersih dan dilihat tidak bersih daripada membarisi saf yang akan dibentuk.

6. Kepada DSN, rakyat menuntut agar beliau menterjemahkan kebijaksanaan beliau di dalam pemilihan anggota kabinet nanti agar saf yang dibariskan merupakan saf aspirasi rakyat.

(pendek kata, pilih KAKI RASUAH kaluuuu....lingkup alamatnya)

SELAMAT MEMILIH ANGGOTA KABINET DAN SELAMAT BERKHIDMAT

SIRIH PULANG KE GANGGANG

sumber gambar: http://myadha.blogspot.com/

4 April 2009, Ibarat sirih pulang ke ganggang. Jam 10 pg hari ini, Tun Mahathir telah kembali kepangkuan UMNO setelah mengumumkan keluar dari parti tersebut pada 19 May tahun lalu. Turut bersama Tun Mahathir menyertai kembali UMNO ialah isteri beliau Tun Siti Hasmah dan anak mereka Datuk Mokhzani. Dato' Seri Najib ketika menerima borang keahlian UMNO daripada Tun di Sri Satria menyifatkan kemasukan semula Tun Mahathir dapat mengukuhkan kembali parti UMNO.

Khamis, 2 April 2009

DATUK SERI NAJIB MENGANGKAT SUMPAH

3 April 2009, 10.15 pg-Saya sedang menonton Datuk Seri Najib melafaz sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 di siaran langsung TV3. Entah mengapa saya merasa sebak.

KepadaMu tuhan aku bermohon, jadikan ketentuan hari ini sebagai titik kepada kebaikan, amin.

CADANGAN GURU BERPOLITIK DIBAHASKAN

Cadangan agar guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran terlibat dalam aktiviti politik dibuka kepada pihak berkepentingan untuk dibahaskan sebelum keputusan mengenainya dibuat-Utusan Malaysia 3 April 2009

Bancian mengenai kewajaran membenarkan guru-guru dalam politik telah dibuka seperti di bawah. Dari hari pertama undian dibuka, peratusan yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut mendahuli carta.

Apa yang menarik mengenai bancian ini adalah keputusannya (sehingga hari ini) yang hampir sama dengan keputusan bancian yang dibuka oleh Utusan Malaysia. Saya tidak menyedari mengenai bancian yang sama telah dibuka oleh Utusan Malaysia sehingga melihat keputusan bancian tersebut yang disiarkan hari ini. Soalan yang diajukan juga adalah sama.

Perbandingan keputusan di antara bancian yang dibuka di dalam blog ini dengan keputusan yang dibuka oleh Utusan Malaysia adalah seperti berikut:

Blog JASA/Utusan Malaysia

WAJAR 38%/34.9%

TIDAK WAJAR 62%/59.4%

TIDAK KISAH 0%/5.7%

Pilihan TIDAK KISAH tidak dibuka untuk bancian di dalam blog JASA.

Diharapkan perbahasan mengenai saranan ini dapat membuahkan keputusan yang tepat untuk kebaikan agama,bangsa dan negara.

Terima kasih kepada semua pengundi dan pandangan-pandangan yang dilontarkan.