Ahad, 1 Mac 2009

PAINTBALL

Terbaca saya di dalam satu akhbar tabloid mengenai permainan Paintball yang menjadi semakin popular di kalangan masyarakat kita. Catatan di dalam akbar tersebut lebih merupakan satu promosi kepada permainan tersebut yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini...catatan memetik kata-kata seorang perserta yang menyatakan beliau berasa gembira kerana lokasi permainan membuatnya seperti berada di dalam suasana perang yang sebenar......
Soalan saya adalah,
1...gembira kerana berasa seperti berada di dalam suasana perang yang sebenar?
2. apa agaknya respon orang2 di Gaza andaikata permainan ini dipromosikan kepada mereka?
Kadang-kadang cara kita memilih permainan juga amat melucukan.

7 ulasan:

  1. mungkin orang yang jawab camtu tu bekas askar kott.

    BalasPadam
  2. saya cuma rasa lucu bila orang dambakan suasana perang...

    BalasPadam
  3. saya juga bermain perang-perang ketika kecil dulu...pada tahun 80an saya terlibat secara langsung dalam kancah peperangan di antara PKM dengan askar kita....masih teringat lagi bunyi letupan peluru dan ledakan bom...(baca tajuk TERKENANG KISAH DULU #2)...semenjak itu saya terfikir kenapa harus saya main perang-perang sedang perang telah meragut nyawa orang yang saya kenali dan askar-askar kita

    BalasPadam
  4. sy main jugak game perang2...tp bila nak lepaskan geram kat org dan tension saja..takdak niat lain

    BalasPadam
  5. rasanya..ramai pilih maen game tu sbb seronok dpt pegang senjata and tahu takkan mati org yg kene tembak tuh. haha termasuk la orang yg ngah taip ni.. yg pernah teringin nk jadi polis tp tak cukup ketinggian. haha.. fun. merasa mcm mana nak defend diri sendiri dan juangkan sesuatu. just it.

    BalasPadam
  6. Salam br. Jasa,

    catatan ringkas dan menarik. Bagus untuk muhasabah semula. Kadang-kadang sekarang susah untuk kita faham maksud enjoy/fun dan sewaktu dengannya dengan suatu nilai sosial kehidupan.

    *fikir mode*

    BalasPadam
  7. Salam saudara JASA,

    Terima kasih kerana mengikuti blog saya. Ermm, paintball ni hanya sport, bukan kami minat sgt perang. There would never be a good war and a bad peace- kata Benjamin Franklin

    Tapi, seperti kata Leon Trosky: You may not be interested in war, but war is interested in you.

    Komen2 la blog saya. Saya perlukan feedback inteletual seperti saudara.

    Salam perkenalan

    Wan Mohd Shahrir

    BalasPadam