Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI/TUN MAHATHIR

Tun Mahathir di dalam blognya hari ini akhirnya telah menulis mengenai isu PPSMI yang menjadi perhatian ketika ini. Memang wajar bagi Tun untuk memberi pandangan dan ulasan mengenai isu ini memandangkan perlakasanaan sistem ini bermula ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Sebanyak 26 perenggan yang dinomborkan telah ditulis oleh Tun yang merangkumi penjelasan beliau mengenai rasional di sebalik perlaksanaan PPSMI dan juga pandangan mengenai situasi berkaitan isu tersebut ketika ini...

Di sini saya ingin memetik beberapa ulasan dan pandangan beliau yang saya fikir penting untuk direnungkan iaitu daripada perenggan 3, 22 dan 25.

Di perenggan 3 Tun menyatakan bahawa "Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu". Kenyataan ini menunjukkan betapa perlunya kita memahami peranan pelajaran di dalam proses ketamadunan manusia atau sesuatu bangsa. Isu PPSMI merupakan isu pelajaran dan pembelajaran. Oleh itu seharusnya segala hujah menganainya perlu bersandarkan kepada maksud dan peranan 'pelajaran' tersebut. Peranan pelajaran untuk mengusai ilmu tidak seharusnya direncatkan oleh agenda lain.

Di perenggan 22 Tun menyatakan bahawa "Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah". Kenyataan ini menunjukkan bukti sejarah yang menjelaskan betapa perlunya kemajuaan sesuatu bangsa itu didahulukan agar bahasa bangsa itu diiktiraf dan dengan sendirinya termartabat. Saya juga berani mengatakan bahawa kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa hari ini bukanlah semata-mata kerana mereka belajar matapelajaran sains dan metamatik di dalam bahasa mereka...:)

Di perenggan 25 Tun menyatakan bahawa "Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang". Kenyataan ini membuatkan saya ingin bertanya samada masih relevankah pepatah melayu dulu yang berbunyi 'biar mati anak jangan mati adat'.....begitulah kalau kita katakan biar mati bangsa jangan mati bahasa.
Tidak molek juga kalau kita katakan biar mati bahasa jangan mati bangsa....hakikatnya kedua-duanya perlu diperjuangkan....hendaknya perjuangan kepada kedua-dua perkara ini tidak menafikan atau merencatkan perjuangan satu sama lain.

34 ulasan:

  1. satu tulisan yang sangat menarik...

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudara...

    BalasPadam
  3. salam singgah..

    reading ur writings.. sure is a thing to ponder..

    BalasPadam
  4. bagus! bagus! komen yang menarik tentang isu PPSMI ini! harap dapat diteruskan.....

    BalasPadam
  5. Saya setuju kedua-duanya perlu diperjuangkan tetapi, jika perlu dipilih, bangsa perlu diutamakan. Sekarang ni bangsa perlu maju untuk berjuang, penguasaan bahasa Inggeris adalah perjuangan bangsa Melayu.

    Siapa nak jaga bahasanya jika satu hari bangsanya sendiri ketinggalan dan hilang.

    p/s : just my point of view

    BalasPadam
  6. Totally agreed with Aminos. Perjuangkan bangsa melebihi bahasa lebih tepat berbanding perjuangkan bahasa dari bangsa.

    Apalah nak dibandingkan bahasa Melayu (kini Malaysia) sedangkan sudah banyak bahasa2 yang telah diMalaysiakan. Apa gunanya? Ironic sebagai ironik? Alergic sebagai Alergi? Makanya, saya sependapat dengan Tun Mahathir.

    Penggunaan Bahasa Inggeris terhadap Sains dan Matematik adalah kerana ianya subjek yang statik. Cuba fikir sekiranya Sejarah diubah kepada Bahasa Inggeris. Tak bersepah pulak murid2 tu nak belajar History? Rather than learning Maths in English with plus/minus/times/divide/percent/linear/square and numbers. Don't tell me they do not understand English "numbers"?

    This is absolutely my own opinion. Thank You.

    BalasPadam
  7. skadar bsuara......manusia selalu dbuai dgn suara yg merdu

    BalasPadam
  8. PPSMI..sentiasa menjadi isu...

    Menarik kerana berkongsi di sini..=)

    ah, saya sebagai bakal guru juga mempunyai rasa tertentu mengenai isu ini

    BalasPadam
  9. saya setuju sepenuhnya. memang kita perlu memperjuangkan bangsa, tapi kita kena perlu sentiasa rasional, bukan hanya berjuang membabi buta..

    thanks for visiting :)

    BalasPadam
  10. Buat apa je dgn fkiran yg positif...everthing will be very fine.

    Malaysian kene open-minded skit ttg ilmu. Yg hairan bab2 budaya tak elok tu yg kita suka tiru, tpi bab2 yg elok semua nak bntah.

    BalasPadam
  11. pepatah tu kekadang tak boleh diikut dah, ikut keadaan dunia yg semakin membangun & moden. Anak anak sekarang pun tak boleh dipukul sebarang bebanding masa dulu

    BalasPadam
  12. salam persahabatan,
    tq krn singgah d blog saya. sesungguhnya tiada apa yg kita rugi dgn mempelajari bahasa asing, hanya cara perlaksanaannya serta persepsi masyarakat yg perlu di atasi.

    saya setuju dgn kirana, kita sibuk bergaduh ttg bahasa ttp budaya asing yg sonsang yg kini mempengaruhi minda dan budaya anak-anak muda kita bagaikan diizinkan amalannya. mengapa kita tidak berdemonstrasi membantah budaya-budaya asing yg sonsang ini? mengapa kita tidak berdemonstrasi menentang lagu-lagu serta filem/video barat yg mengandungi unsur-unsur lucah, membelakangi ketuhanan serta merosakkan akhlak masyarakat kita ? mengapa kita tidak berdemonstrasi menentang penyalahgunaan dadah yg sudah berpuluh tahun menghantui masyarakat kita?

    Jadi saya menyeru semua sahabat supaya lebih rasional dalam menilai dan melakukan apa jua perkara. kita sepatutnya menangani masalah yg akan memusnahkan bangsa kita khasnya golongan muda keran mereka bakal memimpin negara kita suatu masa nanti. janganlah kita jadi seperti hong kong yg tergadai kerana kealpaan pemimpin mereka suatu ketika dahulu.
    ingat, sejarah telah mengajar kita mengenai banyak perkara, maka, rujuklah sejarah agar kita tidak melakukan kesilapan yg sama...

    BalasPadam
  13. terima kasih kerana sudi melawat blog saya..a nice piece of writing..you have done a very good job:)xbermakna belajar bahasa inggeris tu kita akan terus melupakan bahasa kebangsaan kita:)sebenarnya kita sedang memperjuangkan bangsa kita..

    BalasPadam
  14. Setuju dengan apa yang Tun katakan. Bangsa kita cepat melatah bila English digunakan, terus nak mengamuk. Bangsa lain tak kisah pun? In fact, bangsa lain lebih berjaya dalam mempelajari dan menggunakan English jika dibandingkan dengan bangsa kita.

    Lihat saja di syarikat atau agensi kerajaan. Berapa kerat saja yang boleh menulis dan bercakap dalam English?

    Peliknya, yang fanatik kebanyakannya dari golongan bawahan dan bukan atasan. Jika diri sendiri takutkan perubahan, duduk diam-diam dan berbahagialah di dalam tempurung sendiri.

    Sedih bila tengok bangsa lain datang tanya pasal tax pun tak mampu nak reply sebab ditanya dalam English.

    BalasPadam
  15. Sdr,
    Terima kasih, atas kujungan diblog
    harap jumpa lagi.

    BalasPadam
  16. Salam saudara dan bloggers semua,
    isu PPSMI memang tengah panas! macam2 pendapat dikeluarkan, ada bagus ada kososng saja.
    i understand your line of argument, and i respect your stand.
    Jasa,
    memang isu ini isu pembelajaran. kerana itu, jika dinilai dari sudut itu, maka menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar math dan science adalah tersasar bro. jangan kita terbuai oleh emosi sahaja.
    1.apakah tujuannya? meningkatkan penguasaan bahasa inggeris? jika itu tujuannya, approachnya salah bro. (panjang jika nak bincang) tapi senang cerita macam ni lah, you don't teach language through the introduction of new and abstract concept... i know because i am a language teacher, and you will know too if you know where to look.
    2. PPSMI boleh mengangkat bangsa. betul ke? ada rakan kita disini kata "Don't tell me they do not understand English "numbers"?"...
    kepada brother tu, cikgu nak pesan, jangan berlagak bro! awak baru lagi nak hidup, cikgu dah masuk kampung dan bandar melihat sendiri pelaksanaan PPSMI ni.kamu tak tahu apa yang berlaku, dan tak tahu betapa menderitanya anak-anak bangsa yang sedang dikorbankan oleh polisi ini....kamu tak tahu bagaimana cikgu2 menipu semata-mata supaya pegawai2 kementerian dapat diberikan markah dan laporan yang indah2 belaka tentang PPSMI ni! macam mana nak perjuang bangsa kalau perjuangan bahasa tidak termasuk dalam agendanya? bangsa tu apa? kamu faham ke apa itu bangsa?
    3. kepasa saudara yang melihat perjuangan bahasa macam perjuangan tong sampah ini, saya pohon janganlah melihat apa yang tersurat sahaja.. jangan semata-mata kerana TUN yang hebat itu kata begitu, kita terus setuju sahaja. jangan seronok kerana orang cina dan india tak bisisng! mereka tak bising kerana daripada 5 period T&L Maths and Science each, mereka hanya ajar matapelajaran itu guna BI untuk 2 period saja bang, yang selebihnya guna bahasa ibunda!
    4. and please stop embracing the fallacy that chinese and indians have better grasp of english.. ada beza, mereka guna saja bahasa inggeris, tapi dengar betul2 apa yang mereka cakap! bandingkan dengan pengguna BI berbangsa melayu. Jangan ingat kita tak dapat kerja kerana kita tak pandai cakap bahasa inggreis. salah tu. berhentilah memandang rendah pada bangsa sendiri.
    5. kepada saudara JASA, berbanyak maaf saya pinta kerana lawatan pertama saya ini kedengaran kasar, tapi saya sedang cuba menegakkan kebenaran. saya percaya saudara berhak dengan pandangan saudara, tetapi ada pembaca/penulis komen saudara yang menulis tanpa benar-benar mendalami isu sebenarnya disebalik PPSMI ini. sekian harap maaf sekali lagi.

    BalasPadam
  17. pendapat seorang guru mengenai PPSMI ni..
    sokong PPSMI untuk murid2 yang kategori cemerlang

    tak sokong PPSMI bagi murid2 kategori gagal-lulus-harapan

    bagi kategori harapan, baik mereka nih diajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Sebab nak ajar bahse melayu pon masih merangkak lagi..ni kan nak ajar dalam english..apatah lagi yang baru belajar membaca.

    sebab tu diadakan pemulihan bagi budak2 harapan ni, supaya diharap mereka juga berpeluang untuk sama maju sperti budak2 lain..mereka juga tak boleh diabaikan dalam pendidikan.

    budak cemerlang bolehlah kata speaking tu senang. tapi tengok la dari sudut pandang budak2 claz yg belakang nih..kami guru berusaha nak mengajar. pelbagai kaedah, teknik pengajaran da kami gunakan..jangan ignore perasaan mereka. mereka juga mahu berjaya.

    lagipun tengok la peratus kelulusan sekarang..
    sume gred tu menipu lebey..
    kununnya sistem ini berjaya..
    tapi sebenarnya mereka da lowerkan gred pencapaian.,
    tu yang rata2 ramai yang lulus..

    ececeh..emo plak..hahaha
    my 2cent..tak setujua takpe..ni pendapat sy saje..

    BalasPadam
  18. salam ziarah. terima kasih lawat blog kategori org muda spt blog sy.

    tapi tuan, sy ttp tidak bersetuju dgn PPSMI.

    1) rate2 yg menyokong PPSMI adalah mereka yg cpat sgt menilai sesuatu berdasarkan sentimen kasihan. kenapa sy ckp mcm tu, sbb mereka tidak kaji sedalam-dalamnya akibat dari PPSMI ni tp lebih percaya kepada apa yg TUN ckpkan dan TUN adalah mantan PM. tgklah komen-komen yg tertulis di blog beliau.

    2) ramai yg ckp, negare lain ada gunakan bahasa inggeris tp boleh berjaya. tp xramai yg bagi contoh yg btul2 boleh meyakinkan bahawa PPSMI mmg berjaya.

    3) PPSMI boleh membawa kita ke hadapan hanyalah anggapan sesetengah dari kita ni. tp mcm mana pula dgn bahasa jepun dan rusia? adakah mereka maju dgn bahasa inggeris? setahu sy, mereka bangun dgn bahasa mereka sendiri walaupon ada ilmu yg dicedok ke dlm bahasa mereka dr barat.

    4) rata2 negara maju dlam dunia ni menggunakan bahasa mereka sendiri. bkn bahasa inggeris.

    5) buruk sgt ke bunyi bahasa inggeris yg dimelayukan? adakah kita terlalu malu utk menggunakan bahasa melayu?

    6) bahasa inggeris pun bkn dtg dari bahasa yang asli. dicedok dri greek serta arab dan istilah2 sains banyak digunakan dari bahasa2 ni. kita dpt lihat bagaimana kretifnya org2 barat menginggeriskan bahasa greek dan arab. tp kenapa kita kata x boleh?

    7) setiap hari ada sahaja istilah baru sains yg dicipta. adakah dari bahasa inggeris sendiri?

    8) kalau betul bahasa melayu tidak dpt tembus global, mcm mane kita boleh mempunyai pakar bom, kesihatan, saintis, guru, diplomat dan yg lain-lain? adakah semua belajar di sekolah aliran inggeris? (kalau adalah...)

    9) murid2 kalau dah menguasai sains dan matematik, mudah untuk faham di peringkat universiti atau kolej. tak kira di dlm atau luar negara. yg penting faham dan kuasai sains tu sendiri. ni tak, nak faham pun susah, pastu suruh blajar dlm inggeris plak. lg la meroyan budak2 tu..

    10) kalau betul nak tingkt kemahiran bahasa inggeris, keapa tak gunakan subjek bahasa inggeris tu sendiri? ni tak, dari rendah smpi menengah, tak habis2 dgn grammer. mcm mane murid nak seronok blajar bahasa inggeris?

    11) atuk sy fasih berbahasa inggeris. semua adik2 beradik ayah sy bersekolah inggeris. tp mereka tentang PPMSI sbb, kalo nak faham istilah sains dan matematik, fahami dahulu bahasa inggeris. mereka juga belajar.

    12) kenaa tgk jauh2. indonesia pun pakai bahasa dorang. bleh je maju buat alatan peperangan, kereta, kapal terbang. Iran, siap boleh buat nuklear lg. baru2 ni, buat vaksin dan malaysia beli plak vaksin tu. Iran pakai Bahasa Inggeris ke? tidak sama skali. tp bahasa parsi.

    maaf jika kasar bahasa dan panjang plak bebelan ni..

    lasam ziarah kembali..

    BalasPadam
  19. good expresion...and tank u folow saya..saya akan folow awk...:P

    BalasPadam
  20. salam,

    time kaseh saudara..saya da penat la nk explen sebab nape mst sokong PPSMI ni..balik2 nk ptikaikan benda yg sama..sy ingat elok masuk tv3 jer la

    kepada ckg, mintak maaf la tp saya seratus peratus x setuju kalau kata PPSMI kne mansuh semata-mata sebab bdk menderita nk blaja..ckg bole masuk kampung dan tanya diorang yang menderita sgt nie berapa ramai sbenanya nk blaja?bukan nk blaja PPSMI yer tp berapa ramai yang btol2 nk blaja x kiralah ilmu agama ke sejarah ke..ape-ape jer la asalkan selain PJK..

    Apa jawapan yang kita semua akan dapat? utk penjelasan lbey lanjut sila layari http://one-forever.blogspot.com/..pnat la post komen x larat..sory

    salam..

    BalasPadam
  21. assalamualaikum....terima kasih singgah ke blog saya.....

    BalasPadam
  22. i love reading about this.
    sy sependapat dgn tun.

    untuk melihat keberkesanan PPSMI kita perlu melihat jauh dlm beberapa tahun akan datang..budak2 batch yg memula blaja BI dlm sc n math pun baru je grad spm.. mcm mane nk nilai PPSMI ni berkesan o x.
    But i believe its not a waste to learn other language in certain subjects. Mmg sy sependapat dgn tun.

    even my 11 years old sisters said she don't want it to be changed.It was fun learning it in English.

    Its a slow process but i believe its worth it.

    .thx 4 following my blogs.

    BalasPadam
  23. maka timbul pula isu tulisan jawi tatkala isu ini belum reda. Ini semua kerana....

    kita tgu jer.

    BalasPadam
  24. isu baru,,,
    tulisan jawi,,,
    tunggu n lihat jer,,,

    BalasPadam
  25. salam ziarah :)

    saya agak sensitif dgn isu ppsmi, tapi lebih baik saya diam sahaja dan elakkan latah :)

    BalasPadam
  26. ohhh.. hangat nye.. saya cikgu juga.. baru aje.. masih setahun jagung dlm bidang ini.. tapi saya tak sokong PPSMI dimansuhkan.. saya sangat suka mengajar dua subjek ini in english.. kenapa? saya sgt suka bahasa inggeris.. dari kecil lagi.. :)

    walaubagaimana pun, pada pendapat saya masalah utama pelaksanaan PPSMI bukannya murid2.. tetapi guru2 itu sendiri.. jgn terkejut jika ada sekolah yang melantik guru opsyen muzik utk mengajar subjek ini dgn alasan nak samaratakan penerimaan elaun kepada semua guru.. guru2 ini bukan optionist maths/science.. malahan sgt lemah berkomunikasi dlm bahasa inggeris..

    elaun yg diberikan seharusnya digunakan utk memperbaiki tahap bahasa inggeris namun itu tidak berlaku.. kalau ada bagus..

    sepanjang saya mengajar.. dan kini masuk sekolah yang kedua.. saya belum jumpa lagi guru yang benar2 komited dlm pelaksanaan PPSMI.. sekolah rendah lah.. sekolah menengah saya kurang pasti.. ramai hanya tahu mengeluh.. saya mengeluh juga.. sebab memang susah nak mengajar murid2 ini.. tapi saya anggap ini sebagai cabaran.. insya allah.. kita perlahan2 kayuh ye..

    just a lil thought from a guru cabuk..

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Pelik juga kan..Isu PPSMI ini kenapa sekarang baru diperkatakan?
    Adakah ini petanda era kebangkitan di sebelah Timur. Era Bangsa Melayu akan menjadi Empayer setelah semua bangsa-banga lain telah mengecapinya? Tak mustahil.

    BalasPadam
  29. Thanks atas artikel nie...menarik...pada pandangan sy..isu ini dibangkitkn kerana kurang nyer penguasaan bahasa melayu dikalangan pelajar sekarang..terutama pelajar melayu sdri..tak tau nak salah kn siapa..

    BalasPadam
  30. cuba baca entri ini http://aksaraketiga.wordpress.com/2009/03/16/ppsmi-aku-bosan/

    ini pula pendapat saya tentang ppsmi

    http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html

    BalasPadam
  31. kpd semua,

    terima kasih di atas semua komen dan pandangan

    BalasPadam
  32. Jasa ada lagi ni BAHASA JIWA BANGSA. Bahasa adalah jiwa sesuatu bangsa terselit nilai2 sesuatu bangsa dan juga agamanya secara tak langsung. Menceduk ilmu yang diterjemah barat ke dalam bahasanya tanpa kita menterjemahkan ke bahasa kita sendiri dengan penerapan Islam dan budaya sendiri adalah sesuatu yang amat rugi. Ilmu-ilmu dari barat itu mengalami proses terjemahan daipada mereka sendiri dan terbukti kebanyakan ilmu datang dari ilmuan Islam dijadikan rujukan hingga ke hari ni dengan bahasa merekan sendiri dan dikembangkan barat dengan bahasa Inggeris. Ilmu adalah penguasaan manakala bahasa itu satu kemahiran perlu dilaksanakan dengan berkesan bukan mencampuradukkan

    BalasPadam