Khamis, 12 Mac 2009

KE KOTA PUTRAJAYA (12/3/2009)

Hampir sepuluh tahun saya terlibat dengan pembangunan Putrajaya secara langsung dan tidak langsung...bermula dengan penyertaan saya di sebuah syarikat juru runding landskap yang terlibat dengan projek perancangan Putrajaya sehinggalah saya menubuhkan syarikat sendiri yang juga terlibat dengan projek-projek di sana...Atas sebab tertentu saya telah mengambil keputusan untuk bertukar angin dengan menceburi bidang baru pada tahun 2005......semenjak itu Putrajaya yang telah menjadi seperti rumah kedua saya sedikit demi sedikit berganjak jauh.....memang jarang sekali saya ke sana di akhir-akhir ini.....hari ini di atas alasan berlainan saya sekali lagi menyusuri laluan yang sinonim dengan aktiviti kerjaya saya suatu masa dulu untuk ke premis gergasi Perbadanan Putrajaya....tujuan sebenar ke sana adalah untuk menyatakan hasrat saya untuk menjalankan kajian PhD yang akan melibatkan pengumpulan data dari perbadanan tersebut........

"lama tak nampak?".......sapaan daripada pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya di tingkat 6 sebaik saja saya memasuki ruang pejabat di sana. Sapaan sebegitu memang dijangkakan. Masih ramai di antara mereka menyangkakan kehadiran saya adalah untuk tujuan seperti sebelumnya. Kebiasaannya saya ke sana untuk membincangkan isu-isu berkaitan rekabentuk dan perlaksanaan kerja-kerja landskap bagi projek-projek tertentu di sana. Hari ini agenda saya jauh berlainan....selepas menyatakan secara ringkas mengenai tujuan saya ke sana....saya terus dinasihatkan untuk berjumpa pegawai yang berkaitan.....Puan Asmah...kawan lama....

Tidak mampu untuk menghadkan perbincangan mengenai kajian saya sahaja.....maklumlah..lama tak jumpa.....banyak yang hendak kami bualkan tetapi masa tidak mengizinkan....Puan Asmah perlu menghadiri mesyuarat pada jam 4 ptg.

Di dalam perjalanan pulang saya singgah bertemu Dr. Suhardi di UPM (rakan sekelas ketika di ITM berbelas tahun dulu). Dari Pejabat Ketua Jabatan Landskap kami ke kedai mamak berdekatan....5.30 ptg saya bertolak balik......

Adakah saya akan kembali berulang-alik ke Putrajaya????.....adoiiiiii.......

xpelah, xbaik mengeluh :))

9 ulasan:

  1. huhuhla..bestla pjlanan hidup bro... hmm..like your drawing..really admire it...bleh ajar saya bro??? heheheh

    BalasPadam
  2. Betul, betul, tak baik mengeluh. He

    BalasPadam
  3. singgah sekejab, tq sokongan anda, teruskan mengetuk

    BalasPadam
  4. sy bangga pdt duk putrajaya!

    BalasPadam
  5. presint berapa saudara Kairul anuar?

    BalasPadam
  6. Gurun tu laluan saya balik ke Baling daripada KSAH 20th dulu

    BalasPadam
  7. kalau dtg putrajaya...calling2 ler

    hihihihi yanie kat kompleks JPM

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    BalasPadam