Ahad, 31 Julai 2016

SELAMAT HARI PAHLAWAN

Assalamualaikum.....

Empat tahun berlalu. Hari ini kembali melawat blog aku..hampir lupa kata kunci tadi.
Nak diikutkan memang banyak yang nak disembangkan...biarlah dulu. Cukuplah kali ini sekadar kita sama-sama menperingati pengorbanan pahlawan-pahlawan negara tercinta kita....SELAMAT HARI PAHLAWAN!!!!

Sabtu, 11 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Assalamualaikum

Hampir genap setahun membiarkan blog ini sepi sendirian…..kali terakhir entri dimuatkan adalah ketika Ramadhan yang lalu…kini Ramadhan kembali dan sudah hampir  menyentuh Syawal….Di kesempatan ini Saya dan Isteri (Azny) serta anak-anak (Zafran & Danish) ingin mungucapkan selamat menyabut Eidul Fitri dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami

Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Bersama En. Syakirin Di restoran D' Kayu Ampang menyelak helaian-helaian akedemik yang masih tebal untuk diakhiri......namun masa semakin nipis....tak mahu dilihat gentar, helah ketenangan sentiasa dipamirkan untuk menutup seluruh rupa kegusaran.....hati kecil tak putus meratip doa agar dipermudahkan jalan.....mohon berkat di bulan Ramadhon yang mulia ini, makbulkanlah...seperti aku mengharapkan doa kalian, aku doakan kepada semua yang berada dilapangan perjuangan yang sama agar diberi kekuatan, dibukakan jalan, dihindarkan kepayahan, dipermudahkan urusan dan diakhirkan dengan kejayaan......Aminnn

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Jumaat, 12 Ogos 2011

GUNUNG NUANG

Gunung tertinggi di Selangor. Pintu masuk pendakian di Hulu Langat. Ketinggian 1493m dari aras laut. Perjalanan 9km dari pintu masuk ke Puncak. Lebih kurang 4jam 20 minit keseluruhan masa mendaki. Memerlukan masa lebih singkat untuk turun kecuali ketika hujan.

27 Julai 2011, bersama dua orang kawan, memulakan pendakian yang melalui jalan pacuan 4 roda sejauh 4km. Selepas 4km melalui laluan selesa tetapi memenatkan, kami mula meredah kawasan hutan sepanjang pinggiran sungai...lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba tapak perkemahan Kem Lolo...singgah untuk mengisi air bekalan.....Perjalan diteruskan ke Kem Pacat sejauh lebih kurang 2km....kurang dari 1jam saya telah sampai di tapak perkemahan Kem Pacat...Laluan daripada Kem Lolo ke Kem Pacat kebanyakannya curam dan licin....tiada sumber air di Kem pacat...adalah penting untuk pendaki mengisi air bekalan di Kem Lolo sebelum meneruskan pendakian ke Kem Pacat....sampai di kem pacat sendirian...dua orag rakan masih tidak kelihatan setelah beberapa minit menunggu.....perjalanan diteruskan ke Puncak Kasih....lauluan curam dan licin....lebih kurang sejam perjalanan untuk tiba di Puncak Kasih...berhenti seketika untuk minum dan hela nafas panjang.....Dimaklumkan ada punca air berhampiran Puncak Kasih tetapi tidak pasti lokasinya...perjalanan seterusnya adalah ke puncak sejauh lebih kurang 1km....laluan awal dari Puncak Kasih adalah menuruni bukit lebih kurang 30 minit sebelum menempuh laluan mendaki yang sangat curam......selamat tiba di puncak pada pukul 12.50pm....Ketibaan disambut tupai gunung yang montel dan jinak...ada juga unggas yang berwarna warni tetapi tidak sejinak tupai gunung....sempat berkongsi roti Gardenia berkismis dengan tupai gunung sementara menunggu waktu solat zohor.....dua rakan masih tidak kelihatan sehingga masuk waktu zohor....saya bertayammun dan menunaikan solat zohor di bawah pondok besi piramid berwarna hijau yang menjadi mercu tanda puncak Gunung Nuang.....teringat pesan seorang lelaki sebelum mendaki agar tidak berada dipuncak melebihi pukul 2pm kerana bimbang jalan akan gelap jika turun lewat, saya terus membuat keputusan untuk turun walaupun dua rakan saya masih belum sampai...kebetulan hujan mula turun....jalan menjadi gelap seperti hampir magrib..terpaksa menggunakan headlamp untuk menyuluh laluan....hujan menjadi semakin lebat, jalan menjadi sangat licin...saya terpaksa melangkah dengan berhati-hati....bertembung dengan dua rakan dari arah bertentangan setelah hampir 30 minit perjalanan.......memandangkan hari hujan dan keadaan semakin gelap walaupun masih awal, kami membuat keputusan untuk turun....kami selamat tiba di pintu masuk lebih kurang pukul 6.50pm.


Menunggu rakan sebelum sampai ke Kem Lolo


Kem Pacat

Tiada Punca air di sini
Terdapat banyak mawas besar


Layan diri...kawan tak sampai2



Tak ada apa di Puncak kasih...kata orang ada punca air dalam 15 minit perjalanan.....elok sambung jer perjalanan ke puncak



1493m dari aras laut



Gazebo piramid besi-mercu tanda puncak Gunung Nuang-tak jumpa benda ni bermaksud anda dah salah pilih puncak


Tupai gunung yang gemok dan jinak


*tak sempat nak ambil gambar banyak kerana terpaksa mengejar masa.

Tips untuk pendaki balik hari:

1. Pakai kasut yang sesuai dengan laluan licin..Adidas kampung adalah terbaik

2. Bawa bersama:-
-parang untuk keselamatan
-Headlamp (pastikan kalis air)
-Baju hujan pakai buang
-dua botol air sekurang-kurangnya
-first-aid kit
-yang lain2 tu ikut suka hangpa lah

3. Mula pendakian seawal mungkin-sebaiknya selepas subuh

4.apa lagi ek?.kalau ada apa-apa lagi saya tambah kemudian

5. Pendakian berkumpulan kebiasaannya memakan masa 12jam pergi dan balik

-Selamat Mendaki-


Sabtu, 16 April 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA SARAWAK 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA SARAWAK 2011 Kerusi & Jumlah undi diperolehi: BN - 55 (372,379 undi) PKR - 3 (117,100 undi) DAP - 12 (134,847 undi) PAS - 0 (9,719 undi) SNAP - 0 (15,663 undi) PCM - 0 (2,895 undi) Bebas - 1 (20,064 undi)

Ahad, 30 Januari 2011

KEPUTUSAN PRK TENANG

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:
Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi
Peratus mengundi 67
peratusUndi rosak 142 undi
Majoriti 3,707 undi
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)Undi diperolehi: 6,367
Majoriti: 2,492

Selasa, 2 November 2010

TIKA YANG MENDAKWA DIRI KE SYURGA RANCAK MENABUR BENIH NERAKA

......tika yang mendawa diri ke syurga rancak menabur benih neraka....di manakah kita?.....GALASlah bebannya......SELAMAT MENGUNDI

Jumaat, 22 Oktober 2010

UCAPAN PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 61

Secara peribadai saya beranggapan ucapan perasmian Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO ke 61 merupakan ucapan terbaik daripada DSN yang pernah saya dengar.
Menepati kehendak semasa+membangkit kesedaran+menambah keyakinan+ringkas+padu+tegas
APA PENDAPAT ANDA?

Rabu, 8 September 2010

SEALAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT EIDUL FITRI

salam...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhon dan selamat menyambut hari raya Eidul Fitri....saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua blogger dan pelawat-pelawat blog ini sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang berada di ruangan ini.

Bersempena bulan yang mulia ini dan atas nama kepentingan agama dan bangsa..bolehlah kiranya di sudut kecil ini saya turut berbisik agar kita sama-sama memikirkan tentang perpaduan antara kita yang kian kelihatan semakin rapuh......renung, fikir dan laksanakan ke arah perpaduan...insyaAllah rahmat akan menghujani kita.

Assalamualaikum

Ahad, 25 April 2010

KEPUTUSAN RASMI P94


KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA P94....

Keputusan terkini sehingga jam 7.20pm
SUMBER: RAJAHMAS

Keputusan tidak rasmi di bawah mengikut undi kedua-dua parti

BN
1) Gedangsa
2) Selisik
3) Sg. Tengi: 75% BN
4) PERTAK: BN 98, PKR 18
5) SKC BERNAM : BN 265, PKR 145
6) Ladang 15 : BN majoriti 118
7) SG BUAYA : BN 246 PKR 39
8) KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98
9) TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85
10) AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578
11) KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175
12) SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

PKR
1) Hulu Bernam
2) KUALA KUBU BARU : PKR 853 BN 794
3) BKT BERUNTUNG : PKR 588 BN 454

UNDI POS : BN 767, PKR 120

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA P94

Sehingga tadi, keputusan tidak rasmi BN telah menang 5 kawasan

1-Gedangsa
2-Selisik
3-Sg. Tengi: 75% BN
4-Pertak: BN 98, PKR 18
5-SKC BERNAM : BN 265, PKR 145

Sabtu, 24 April 2010

SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR

PKR akan memenangi Piliharaya Kecil Parlimen Hulu selangor....ulasan ini bersandarkan kepada kuwujudan senjata HIKMAT yang akan diledakkan oleh DSAI pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan majoriti rakyat Malaysia kepada beliau dan PKR. Senjata hikmat yang dimakdsudkan ada 'Sumpah laknat' menafikan beliau pernah meliwat sesiapa. Sudah bertahun-tahun DSAI telah dihambat runtuhan moral ekoran perbicaraan mengenai kes liwat. Tidak boleh tidak perbicaraan tersebut membentuk persepsi buruk terhadap beliau. Tiada yang akan menyokong atau memilih peliwat sebagai pemimpin kecuali kaum sejenisnya dan orang-orang berkepentingan.

Saiful telah membuat sumpah laknat bahawa DSAI telah meliwatnya. DSAI cuba bertahan untuk tidak melakukannya dengan mengendong kata ulamak bahawa dia tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya ulamak pilihan beliau hanya menyatakan tidak perlu bukan tidak boleh. Ini bermaksud DSAI pada bila-bila masa sahaja boleh melakukannya.

Hari ini di saat genting apabila kajian persepsi menunujukkan 75% memihak kepada BN untuk memenagi pilihanraya Ahad ini, DSAI dilihat berada di dalam keadaan yang sangat perlu untuk memetik picu senjata hikmatnya dengan melakukan sumpah laknat.

Sumpah laknat yang akan dilakukan oleh DSAI akan memberi impak besar kepada bukan sahaja pilihanraya Hulu Selangor. Supah laknat sekiranya dilakukan oleh DSAI nanti akan menceritakan betapa jijiknya permainan kotor BN sehingga sanggup membuat sehingga mengaibkan beliau dan keluarganya sebegitu teruk. Penyokong-penyokong BN akan merasa sangat kesal dengan tindakan parti yang mereka dokong selama ini. Dipercayai pengudi-pengundi dengan serta-merta akan mengalih kepercayaan kepada PKR setelah DSAI membuat sumpah laknat. Penyokong BN tidak akan teragak-agak untuk menolak parti yang mereka percayai selama ini setelah sumpah laknat dilakukan.....satu tindakan yang sangat berbaloi untuk dilakukan oleh DSAI. PKR tidak akan mengalami krisis ketidakpercayaan kepada pemimpinnya lagi.....isu pemimpin PKR beramai-ramai meninggalkan parti juga akan terhenti.....sokongan akan tertumpu kepada PKR manakala BN pula akan menghadapi krisis keruntuhan moral.

Tiada alasan lagi kenapa DSAI tidak akan melakukan sumpah laknat hari ini memandangkan ianya perkara yang paling mudah untuk dilakukan bagi meraih pulangan yang sangat besar.

DSAI akan meledakkan senjata hikmatnya hari ini atau beliau tidak akan lakukannya sampai bila-bila....fikirkan.

Saya orang yang pertama akan istihar menyokong DSAI sekiranya beliau melakukan sumpah laknat yang sempurna.

Fikir-fikirkan lah.....tuhan bersama orang yang benar.

Rabu, 24 Mac 2010

TAN SRI MUHYIDDIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SINAR HARIAN, 24 MAC 2010

KESAN BEG SEKOLAH BERAT PADA MURID
Oleh - Mohd Zhafran Mat Jusoh
Siapa tidak bimbang melihatkan anak-anak kecil membawa beg-beg sekolah yang kadang-kadang lebih besar dan berat dari saiz tubuh mereka sendiri? Sedarkah kita kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi anak-anak kecil ini? Mungkin ada di antara kita sedar mengenai perkara ini dan sudah menukar beg galas kepada beg beroda yang mudah ditarik. Namun demikian, tidak semua anak-anak kecil ini mendapat keselesaan yang diidamkan.
Dalam satu edisi jurnal saintifik Spine, editornya James N Weinstein cuba mendedahkan kesan-kesan buruk beg berat kepada murid sekolah dan bagaimana ia menyumbang kepada transformasi tidak diingini terhadap tulang belakang mereka. Penyelidikan ini dijalankan dengan bantuan Resonance Magnetic Imaging (MRI) yang membenarkan pengimejan tulang belakang (lumbar) dalam keadaan berdiri. Tiga kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan sukarelawan berumur sembilan hingga 13 tahun dengan berat antara 35 hingga 52 kilogram juga telah membantu menjalankan kajian ini. Mereka diminta berbaring lurus di atas katil, berdiri tanpa membawa sebarang beg, dan kemudiannya berdiri dengan menggalas beg seberat empat kilogram, lapan kilogram, dan 12 kilogram. Berat beg-beg tersebut sebenarnya bersesuaian dengan anggaran 10 peratus, 20 peratus dan 30 peratus purata berat badan kanak-kanak normal. Beg-beg itu digalas setiap satu selama 10 hingga 15 minit menggunakan kedua-dua bahu secara seimbang. Keputusannya: Beg-beg itu telah menyebabkan cakera-cakera intervertebrata bertindihan antara satu sama lain secara paksaan, terutamanya pada bahagian tengah dan bawah tulang belakang. Ia juga telah menyebabkan ketidakseimbangan simetri kepada tulang belakang, dengan purata lima kali kesan berat diedarkan kepada bahagian kanan, sementara tiga kali kesan berat diedarkan ke bahagian kiri tulang belakang. Agak mengejutkan, tidak terdapat kesan-kesan ketara terhadap bentuk tulang belakang. Ini disebabkan oleh kaedah adaptasi automatik oleh badan-badan kanak-kanak tersebut terhadap berat-berat beg yang mereka galas dengan membongkokkan badan. Namun demikian, kaedah-kaedah adaptasi ini telah menyebabkan kesakitan kepada bahagian belakang badan mereka, yang mana kadar kesakitan adalah berdasarkan jumlah berat yang digalas. (Menggalas 12 kilogram lebih menyakitkan tulang belakang berbanding lapan kilogram) Untuk kesan jangka masa panjang, kemungkinan besar kanak-kanak ini akan menghadapi masalah kesakitan kronik pada tulang belakang mereka. Lebih buruk, mereka mungkin menghadapi masalah tulang belakang bongkok sebelum hari tua mereka! Menurut saintis-saintis yang menjalankan ujian-ujian ini, ia membuktikan bahawa menggalas beg-beg berat memberi kesan buruk kepada tulang belakang kanak-kanak, walaupun hanya berat empat kilogram (10 peratus dari purata berat badan kanak-kanak) sahaja yang digalas.
Oleh yang demikian, bagaimanakah cara untuk mengurangkan beban anak-anak kecil ini?
Pertamanya, pilih beg sekolah yang beroda dan ditarik, dari beg sekolah yang digalas. Namun demikian, postur badan hendaklah diajar kepada kanak-kanak, iaitu menarik dengan badan yang lurus, bukan membengkokkan badan ke kiri atau ke kanan.
Keduanya, memperkenalkan laci di sekolah untuk memuatkan buku-buku teks yang berat.
Ketiga, memisahkan buku-buku latihan yang perlu dibawa ke rumah dengan buku-buku teks mengandungi pembelajaran.
Seterusnya, menggantikan buku-buku teks dengan CD atau DVD interaktif yang boleh dimainkan oleh pemain-pemain DVD atau komputer.
Kelima, memperkenalkan kaedah komputer untuk pelajar di sekolah. Semua latihan dan pembelajaran boleh disimpan dalam kunci-kunci USB yang boleh dibawa ke rumah.
Keenam, setiap subjek diajar secara dua jam per subjek, dari satu jam per subjek. Justeru bilangan subjek yang dipelajari setiap hari akan kurang, tanpa mempengaruhi bilangan jam final untuk setiap subjek.
Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk menyelesaikan masalah beg berat kepada kanak-kanak ini. Peranan yang dimainkan ibu bapa adalah sama penting dengan peranan Kementerian Pendidikan. Bersamalah menjamin masa depan anak-anak kita.
Komen saya:
1. Isu ini sudah lama dibangkitkan......mak bapak dah puas cari jalan..akhirnya anak kena marah.
2. Untuk cadangan ke empat dan ke lima--jumlah komputer jelas tidak mencukupi untuk semua pelajar menggunakannya serentak setiap hari....perlu diingat juga, tidak semua keluarga memiliki komputer di rumah
3. Saya mencadangkan agar sekolah menyediakan HELAIAN BERASINGAN untuk bahagian yang akan diajar sahaja..guru boleh membuat salinan mukasurat yang akan diajar atau dibuat latihan sahaja dan diedarkan kepada murid di dalam kelas....
Kos terlibat=kertas+salinan
Kebaikan=anak-anak tak rosak

Selasa, 23 Mac 2010

KERAJAAN 16 SEPTEMBER MELAPORKAN

Ada di antara kita yang terus setia kepada kepercayaan asal

Ada di antara kita telah hilang kepercayaan

Ada di antara kita yang bersyukur kepada tuhan bila kebenaran dilihatkan

Ada di antara kita lantas mengeluarkan kenyataan yang songsang dengan pemakaiannya

Ada di antara kita yang lari bagai tikus cencorot

Ada di antara kita yang menghalalkan pembohongan dan mengharamkan pendedahan kebenaran

Ada di antara kita tak ambil POT

Ada di antara kita yang berkata ' lama dah aku tahu'.

Ada di antara kita yang tertelan anak tekak sendiri

Ada di antara kita yang diam seribu bahasa....malu mengaku kesilapan

Ada di antara kita yang terbukti tidak setia

Ada di antara kita kelihatan seperti jaguh

Ada di antara kita pantas merebut peluang.....menangguk di air keruh

Ada di antara kita yang berlagak seperti ulamak...tapi kenyataannya....ulamak ker?

Ada di antara kita menjadi seperti ulamak mabuk todi....sekejap ke kanan sekejap ke kiri

Ada di antara kita yang rasa terinaya

Ada di antara kita rasa dirahmati

Ada di antara kita rasa macam nak mati.

Ada di antara kita (puad timbalan menteri) secara tak sengaja mengaku bahawa beliau bukanlah seorang yang setia dan bijak menilai...kesian kat orang yang setia tak dapat apa-apa

Ada di antara kita....seronok dapat bahan tulisan blog....heee

KERAJAAN 16 SEPTEMBER MELAPORKAN

Selasa, 9 Februari 2010

KOMEN RINGKAS

Zambri kekal sebagai MB Perak---terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka

Perbicaraan kes liwat Saiful ditangguh lagi---blumbingbangbumtungtangdunggungging

'Enjin jet yang hilang bukan aset strategik-bukan lagi isu besar',kata DSN---tindakan mengkhianati amanah dengan menjual aset keselamatan negara merupakan isu besar

PAS nak berbaik dengan UMNO---apadia?..tak berapa dengar

Tiga orang adik saya akan berkahwin dalam tempoh 6 bulan dari sekarang---tolong komen!

Jumaat, 8 Januari 2010

KE NEGERI DI BAWAH BAYU

Ke Kota Kinabalu hari ini....menerima jemputan daripada satu institusi untuk bercakap mengenai rekabentuk landskap. Pertama kali ke Sabah sebenarnya.

Jumaat, 18 Disember 2009

KE AVATAR

Malam ni saya nak temankan anak-anak menonton filem Avatar. Sejak diiklankan di TV tak putus-putus mereka mengingatkan saya agar membawa mereka menonton filem tersebut.
Tengoklah nanti..kalau bagus ceritanya, saya akan canangkan bagus..begitulah sebaliknya.

Khamis, 17 Disember 2009

KEPUTUSAN MALAYSIA VS VIETNAM

MALAYSIA 1-0 VIETNAM

SYABAS MALAYSIA....MALAYSIA BOLEH!

LIPUTAN TERKINI BOLA SEPAK AKHIR SUKAN SEA

merupakan pertemuan yang ke empat di antara Msia dng Vtnam....tiga perlawanan sebelumnya memihak kepada Vtnam

2.00--Msia mendapat sepakan percuma yang pertama

7.00--permainan seimbang ditunjukkan oleh k e dua-dua pasukan

9.00--Vtnam mendapat sepakan sudut yang pertama

11.00--Msia mendapat sepakan sudut yg pertama..berjaya diselamatkan penjaga gol Vtnam

18.00--Sabre dilayangkan kad kuning...mengasari kapten Vtnam

25.30--Vtnam melakukan asakan merbahaya ke pintu gol Msia...berjaya diselamatkan penjaga gol

30.00--masih 0-0

33.33--Msia mengasak gawang Vtnam

--permaianan masih seimbang...kedua-dua pasukan berbalas asakan

45.00--2mnt masa tambahan

45+2--wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan dengan keputusan 0-0

Untuk separuh masa pertama Vtnam menunjukan barisan serangan yang lebih menyengat manakala Msia mempamerkan barisan pertahanan yang kental...kita harap barisan penyerang Malaysia akan memperoleh rentak di separuh masa ke dua nanti dengan mengekalkan pretasi barisan pertahan

SEPARUH MASA KE DUA

47.30--Gurusami melepaskan rembatan jauh ke pintu gol Vtnam namun sedikit tersasar....pieww

49.35--Solat jap

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Msia lebih banyak membuat serangan ketika ini

61.47--adoiiiiii....Msia hampir memperoleh gol pertama...mai,mai

GO! Msia go!

Penjaga gol Vtnam cuba berdrama seolah2 cedera setelah gagal menangkap kemas bola yang meluru ke gawang golnya....

saja nak ganggu momentum serangan Msia la tu

69.30-- Zaquan dimasukkan

71.34--sepakan sudut untuk Msia

lagi satu asakan merbahaya dari Msia

Penjaga gol Vtnam..buat-buat cedera lagi

79.00--Azmi muslim dimasukkan mengganti Badrul Bahtiar

83..gollllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll........akhirnya penjaga gol Vtnam yang suka berlakon melakukan kesilapan yang membawa padah

Bertahan Msia, bertahan!

Malaysia mendahului 1-0.....masa berbaki 3 minit lagi

Amar dibawa masuk

2minit lagi

tamat 90mnt....6minit tambahan

92.00--piewww.....nasib tak masuk.....cubaan sangat merbahaya drp Vtnam di minit-minit akhir

tamat 6minit masa tambahan

yeeeeaaaaaaaaaaaaa........MALAYSIA MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS SETELAH 20 TAHUN MENUNGGU......TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH...HOOOOOOREYYYYYYYY