Jumaat, 12 Disember 2008

RENUNGAN

Aktiviti pembangunan ekonomi untuk menampung keperluan peningkatan penduduk telah menyumbang kepada berlakunya penyahutanan. Di sebalik memperolehi faedah ekonomi melalui aktiviti-aktiviti pengeksploitasian sumber hutan, kawasan yang terlibat berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran. Masalah persekitaran bukan sahaja terkesan kepada kawasan setempat tetapi dikenalpati boleh melewati sempadan negara hingga ke peringkat global. Kehilangan kanopi hutan tropika umpamanya dikenalpasti menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Kaedah pengurusan yang efisien harus sentiasa dikaji agar segala aktiviti pembangunan yang melibatkan penggunaan sumber hutan berlaku secara berhemah untuk menjamin kelestarian semua sumber semulajadi dan meminimakan pencemaran alam sekitar.

2 ulasan:

  1. Segala tindakan & maklumat mestilah melalui proses pemikiran & pemahaman yg tulus. Segala informasi hanya akan memberi kesan yg baik & relevan jika ianya secara tulus difahami isikandungnya. Salute Jasa!

    BalasPadam