Ahad, 28 Disember 2008

TERKENANG KISAH DULU #1 (Ancaman Parti Komunis Malaya)

Ketika ini aku tidak pernah merasa asing berada di dalam pelbagai kelompok manusia......aku selesa dengan darjat aku sendiri.......sehingga kadang-kadang bagai terlupa dengan keterasingan sejarah hidup yang dilalui dulu....sengaja aku mengungkit kisah silam di sini agar sentiasa menjadi pedoman kepada diri untuk terus merasa selesa dan bersyukur dengan kurnian terkini.....
Kisahnya bermula di sebuah kampung di Daerah Baling, Kedah.......tiada apa yang aneh atau pelik apabila Baling diperkatakan pada hari ini selain daripada keindahan landskap semulajadinya yang memukau pandangan.......namun tidak semua sedar atau masih ingat tentang Baling sebelum tahun 1988.....ketika Baling masih sebagai kawasan hitam iaitu kawasan yang berdepan dengan ancaman pengganas komunis....... namun tidak semua kawasan yang berada di dalam daerah Baling menerima ancaman tersebut......hanya beberapa kampung yang berhampiran dengan sempadan negara Thailand sahaja terlibat secara langsung dengan sejarah hitam tersebut..........Kampung Legong adalah satu di antaranya.....dan di situlah aku dilahirkan dan dibesarkan........mengharungi pengalaman yang agak asing bagi kanak-kanak dan remaja-remaja lain di negara ini............ (akan disambung di bawah tajuk yang sama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan