Isnin, 22 Disember 2008

PENGHUNI AWAL RUMAH 905


Semalam (21 Disember 2008) Saya, Syakirin dan Fakhul mewakili angkatan LAKARIANG telah hadir Ke Majlis Pelancaran Pameran Penghuni Awal Rumah 905 yang bertempat di RA Fine Art, Jalan Aman. Menjengah Raja Ahmad Fine Art di no 6 Jalan Aman sentiasa menghidangkan semangat baru untuk terus menyelusuri keindahan seni yang telah bertapak kukuh di dada budaya pemerhati yang peka. Himpunan karya-karya daripada mereka yang telah lama berkasih dengan suka duka kehidupan anak seni sarat dengan cerita-cerita yang tak terintai jika tidak diselak teliti. Merenung dari satu kanvas ke kanvas membawa saya melampaui batas apresiasi catan dan lakaran yang terpampang malah tertarik kebelakang untuk menghayati perjuangan pengkarya-pengkaryanya ketika berpayung di Rumah 905. Terhasilnya Pameran Penghuni Awal Rumah 905 mengkantungkan ribuan cerita-cerita tentang keutuhan perjuangan dan keakraban penghuni-penghuninya yang mungkin berselerak di perjalanan waktu yang hampir mencecah 30 tahun usianya. Menghayati cerita-cerita itu membakar semangat kami angkatan LAKARIANG untuk terus utuh berdiri di hulu aliran seni ini walaupun sampan untuk ke muara pengiktirafannya masih tidak terimbang.........Terima kasih kepada pihak Raja Ahmad Fine Art di atas kesudian menjemput kami untuk sama-sama mengapreasasi segala yang dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan