Rabu, 24 Mac 2010

TAN SRI MUHYIDDIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SINAR HARIAN, 24 MAC 2010

KESAN BEG SEKOLAH BERAT PADA MURID
Oleh - Mohd Zhafran Mat Jusoh
Siapa tidak bimbang melihatkan anak-anak kecil membawa beg-beg sekolah yang kadang-kadang lebih besar dan berat dari saiz tubuh mereka sendiri? Sedarkah kita kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi anak-anak kecil ini? Mungkin ada di antara kita sedar mengenai perkara ini dan sudah menukar beg galas kepada beg beroda yang mudah ditarik. Namun demikian, tidak semua anak-anak kecil ini mendapat keselesaan yang diidamkan.
Dalam satu edisi jurnal saintifik Spine, editornya James N Weinstein cuba mendedahkan kesan-kesan buruk beg berat kepada murid sekolah dan bagaimana ia menyumbang kepada transformasi tidak diingini terhadap tulang belakang mereka. Penyelidikan ini dijalankan dengan bantuan Resonance Magnetic Imaging (MRI) yang membenarkan pengimejan tulang belakang (lumbar) dalam keadaan berdiri. Tiga kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan sukarelawan berumur sembilan hingga 13 tahun dengan berat antara 35 hingga 52 kilogram juga telah membantu menjalankan kajian ini. Mereka diminta berbaring lurus di atas katil, berdiri tanpa membawa sebarang beg, dan kemudiannya berdiri dengan menggalas beg seberat empat kilogram, lapan kilogram, dan 12 kilogram. Berat beg-beg tersebut sebenarnya bersesuaian dengan anggaran 10 peratus, 20 peratus dan 30 peratus purata berat badan kanak-kanak normal. Beg-beg itu digalas setiap satu selama 10 hingga 15 minit menggunakan kedua-dua bahu secara seimbang. Keputusannya: Beg-beg itu telah menyebabkan cakera-cakera intervertebrata bertindihan antara satu sama lain secara paksaan, terutamanya pada bahagian tengah dan bawah tulang belakang. Ia juga telah menyebabkan ketidakseimbangan simetri kepada tulang belakang, dengan purata lima kali kesan berat diedarkan kepada bahagian kanan, sementara tiga kali kesan berat diedarkan ke bahagian kiri tulang belakang. Agak mengejutkan, tidak terdapat kesan-kesan ketara terhadap bentuk tulang belakang. Ini disebabkan oleh kaedah adaptasi automatik oleh badan-badan kanak-kanak tersebut terhadap berat-berat beg yang mereka galas dengan membongkokkan badan. Namun demikian, kaedah-kaedah adaptasi ini telah menyebabkan kesakitan kepada bahagian belakang badan mereka, yang mana kadar kesakitan adalah berdasarkan jumlah berat yang digalas. (Menggalas 12 kilogram lebih menyakitkan tulang belakang berbanding lapan kilogram) Untuk kesan jangka masa panjang, kemungkinan besar kanak-kanak ini akan menghadapi masalah kesakitan kronik pada tulang belakang mereka. Lebih buruk, mereka mungkin menghadapi masalah tulang belakang bongkok sebelum hari tua mereka! Menurut saintis-saintis yang menjalankan ujian-ujian ini, ia membuktikan bahawa menggalas beg-beg berat memberi kesan buruk kepada tulang belakang kanak-kanak, walaupun hanya berat empat kilogram (10 peratus dari purata berat badan kanak-kanak) sahaja yang digalas.
Oleh yang demikian, bagaimanakah cara untuk mengurangkan beban anak-anak kecil ini?
Pertamanya, pilih beg sekolah yang beroda dan ditarik, dari beg sekolah yang digalas. Namun demikian, postur badan hendaklah diajar kepada kanak-kanak, iaitu menarik dengan badan yang lurus, bukan membengkokkan badan ke kiri atau ke kanan.
Keduanya, memperkenalkan laci di sekolah untuk memuatkan buku-buku teks yang berat.
Ketiga, memisahkan buku-buku latihan yang perlu dibawa ke rumah dengan buku-buku teks mengandungi pembelajaran.
Seterusnya, menggantikan buku-buku teks dengan CD atau DVD interaktif yang boleh dimainkan oleh pemain-pemain DVD atau komputer.
Kelima, memperkenalkan kaedah komputer untuk pelajar di sekolah. Semua latihan dan pembelajaran boleh disimpan dalam kunci-kunci USB yang boleh dibawa ke rumah.
Keenam, setiap subjek diajar secara dua jam per subjek, dari satu jam per subjek. Justeru bilangan subjek yang dipelajari setiap hari akan kurang, tanpa mempengaruhi bilangan jam final untuk setiap subjek.
Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk menyelesaikan masalah beg berat kepada kanak-kanak ini. Peranan yang dimainkan ibu bapa adalah sama penting dengan peranan Kementerian Pendidikan. Bersamalah menjamin masa depan anak-anak kita.
Komen saya:
1. Isu ini sudah lama dibangkitkan......mak bapak dah puas cari jalan..akhirnya anak kena marah.
2. Untuk cadangan ke empat dan ke lima--jumlah komputer jelas tidak mencukupi untuk semua pelajar menggunakannya serentak setiap hari....perlu diingat juga, tidak semua keluarga memiliki komputer di rumah
3. Saya mencadangkan agar sekolah menyediakan HELAIAN BERASINGAN untuk bahagian yang akan diajar sahaja..guru boleh membuat salinan mukasurat yang akan diajar atau dibuat latihan sahaja dan diedarkan kepada murid di dalam kelas....
Kos terlibat=kertas+salinan
Kebaikan=anak-anak tak rosak

5 ulasan:

  1. Perkara macam ni tak payah susah susah perah otak. Pergi saja ke negara negara maju seperti England dan lain lain.

    Orang Kementerian Pendidikan lebih maklum negara mana sistem pelajarannya maju. Kita ikut. Malu bertanya sesat jalan.

    Selesai perkara.

    Mengapa kita perlu peras otak atas perkara yang tak sepatutnya. Mana boleh tiru kita tiru.

    Tak perlu lah mencipta apa yang orang lain dah cipta. Sambung dari apa orang lain dah cipta itu lebih bagus.

    Bukan masalahnya England to penjajah. Apa yang baik kita ikut.

    BalasPadam
  2. hahn--setuju, tak kisah apa caranya pun. Masalahnya org kementerian macam tak sudi dengar jer masalah ini. Biar saya jerit sekali lagi..TAN SRI MAHYUDDIN!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. salam ziarah..
    saya sebagai guru thn 1 ingin berkongsi pengalaman. saya dan rakan2 guru yg lain mengambil pendekatan menyimpan buku2 latihan murid di kelas.buku latihan akan dibawa pulang jika ada kerja rumah yg perlu diselesaikan. murid cuma perlu membawa buku teks mengikut jadual ke sekolah. alhamdulillah.. saya tgk tak ada masalah beg berat dikalangan murid saya.

    BalasPadam
  4. Yasminhamid--salam kembali, terima kasih cikgu yasmin. Ibu-bapa sememangnya mengharapkan inisiatif sebegitu.Bagi guru-guru yang sensitif kepada masalah ini akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikannya. Malangnya masih banyak sekolah-sekolah yang melihat perkara ini sebagai remeh...maka isu ini langsung tidak dibawa ke dalam perbincangan apatah lagi untuk melakukan sesuatu.

    BalasPadam
  5. di sekolah saya, penggunaan buku teks mmg dikurangkn sb skg kebanyakkan subjek suda ada modulnya sendiri.. soo pelajar tidak perlu membawa buku teks melainkan diminta oleh guru..

    p/s : yg rajin bawa buku teks pelajar sekolah rendah. bila suda masuk sekolah menengah, kebanyakkannya tidak membawa buku teks. bila ditanya, ehh lupa lah cikgu.. padahal buku teks tu dipinjamkan secara percuma bukan perlukan bayaran pn

    BalasPadam