Rabu, 18 Februari 2009

PROTON EXORA/IXORA

Semalam 18 Februari 2009, Akabar Utusan Malaysia meletakkan tajuk "Exora nama kenderaan pelbagai guna Proton" di kepala halaman utamanya. Berita penuh mengenainya diletakkan di halamam 13 dalam ruangan Dalam Negeri. Antara isi kandungan beritanya adalah mengenai kenyataan Pengarah Urusan Proton bersabit pemilihan nama bagi kenderaan terbaru tersebut. Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik bunga siantan iaitu Ixora fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan. Beliau juga dilapor mengatakan bahawa nama tersebut sesuai dengan semangat pengguna Proton Exora yang akan menaiki bersama-sama ahli keluarga seiring keserasian cogankata yang digunakan bagi kenderaan tersebut, "Keriangan Keluarga".

Hari ini 19 Februari 2009, berita mengenai nama kenderaan tersebut sekali lagi dimuatkan namun tidak lagi dipaparkan sebagai berita penting sebaliknya ditempatkan di satu sudut kecil di halaman 3 ruangan Dalam Negeri. Bertentangan dengan kenyataan Pengarah Urusan Proton semalam, Proton Holdings Bhd. menjelaskan bahawa nama Exora tidak diambil sempena nama sejenis bunga. Siapa yang mewakili Proton Holdings Bhd. dalam mengeluarkan kenyataan tersebut tidak dinyatakan. Penjelasan ini dibuat ekoran timbulnya isu peraduan pemilihan nama kenderaan baru tersebut yang mensyaratkan nama tumbuhan dan haiwan tidak digunakan.

Saya tidak mahu menyentuh isu syarat peraduan tersebut. Saya hanya ingin menyentuh persoalan mengenai penggunaan nama tersebut. Sekiranya kenyataan Pengarah Urusan Proton semalam diterima pakai, kenapakah huruf I yang menjadi huruf awal ejaan bunga tersebut ditukar kepada E. Manakala sekiranya kenyataan Proton Holdings Bhd. hari ini diterima pakai, soalannya kenapa 'Exora' ?..lebih-lebih lagi perkataan tersebut dikatakan tidak membawa sebarang maksud. Menjadi lebih lucu apabila Proton menyatakan bahawa pemilihan nama tersebut telah dibuat dengan teliti..........Teliti? Hakikatnya tiada penjelasan yang jelas tehadap rasional di sebalik pemilihan nama "Exora" tersebut.....ada apa-apa ke?



"Sumpah saya tak masuk peraduan tu...heeee"

Hidup 'integriti' orang-orang Proton, hidup proton!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan