Ahad, 11 Januari 2009

TUN DR. MAHATHIR/PALESTIN/BOIKOT ISRAEL




Dua soalan utama diajukan kepada Tun Dr. Mahathir semasa dialog di Blog@1 RTM pada 9/1/2009. Soalan pertama berkisar mengenai keberkesanan usaha memboikot barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat dan Israel manakala soalan kedua menyentuh mengenai nasib pekerja di syarikat yang terlibat dalam usaha pemboikotan.

Secara ringkasnya, menjawab soalan pertama, Tun berpendapat bahawa usaha memboikot barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat dan Israel kalau tidak banyak sedikit tetap akan memberi tekanan kepada Amerika Syarikat dan Israel sekiranya ia dilakukan secara terancang dan ianya akan membantu usaha-usaha lain untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Islam Palestin.

Tun juga menjawab soalan kedua dengan menyatakan bahawa pengorbanan diperlukan dalam usaha membela nasib rakyat Palestin.

1. Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan jawapan dan pandangan Tun Dr. Mahatir.

2. Persoalan samada berkesan atau tidak, tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita turut menyertai kempen memboikot barangan AS dan Israel.

3. Apa yang perlu kita fahami adalah setiap umat Islam bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi membela nasib saudara kita di Palestin.

4. Semestinya tindakan yang akan dilakukan merupakan sesuatu yang difikirkan sesuai dan dijangka akan memberi kesan atau dapat mencapai matlamat yang dimaksudkan.

5. Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa kemampuan manusia hanyalah terbatas kepada merancang dan melaksanakan apa yang difikirkan tepat dan betul sahaja, sebaliknya segala ketentuan atau hasil daripada tindakan kita merupakan hak mutlak Yang Maha Kuasa. Kita merancang Tuhan menentukan.

6. Memboikot barangan yang mempunyai kepentingan AS dan Israel merupakan salah satu usaha yang dikenalpasti sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin ketika ini dan ianya di bawah kemampuan semua orang untuk melakukannya.

7. Kita tinggalkan dahulu persoalan samada ianya berkesan atau tidak.... lakukan segera... berdoalah...dan berserahlah kepada Yang Satu.

8. Ayuh! Atas nama Allah Yang Maha Kuasa kita sama-sama lakukan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan saudara kita yang sedang menderita di Palestin.

9. Boikot! Boikot! Boikot!

* Barangan utama untuk diboikot: Coca cola, Colgate dan StarBucks.

2 ulasan:

  1. Walaupun tak menonton siaran wawancara dengan Tun M tapi saya juga bersetuju dengan beliau. Teringat kata2 Tun ketika memberi ucapan di CAC, UIAM beberapa bulan yg lalu bahawa bukan sahaja perlu diboikot US dolar, malah penggunaannya juga haruslah dikurangkan atau dihentikan dalam apa jua dagangan. "When it is not being used, it becomes useless"..kata2 Tun itu lah yang masih saya ingat. Saya bersama rakan juga bertindak untuk tidak membeli barangan2 berjenama US ini terutamanya McDonalds, CocaCola, Colgate dan sebagainya.
    Kesal dengan apa yg berlaku di Gaza, ramai yang tidak tahu apa lagi yang harus rakyat Malaysia lakukan selain solat hajat dan memulaukan barangan US/Israel ini.

    Masih ingat ketika perhimpunan yang 'menyatukan' umat Islam di Malaysia di mana pemimpin Pas dan UMNO duduk pada satu pentas membincangkan tentang isu Palestin ini, yang mana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan YABhg Tun menyampaikan ucapan yang benar2 membangkitkan semangat umat Islam di Malaysia yang menunjukkan simnbol penyatuan terhadap tentangan kepada agenda Zionis itu. Ucapan Tun M sememangnya 'presentable', berkualiti dan sedap didengar dan ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil yang banyak menceritakan tentang sejarah juga ada menceritakan sesuatu.

    Apakah lagi yang bisa dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menangani penindasan ini...sama2 kita berdoa.

    BalasPadam
  2. Mungkin KAEDeans boleh mulakan sesuatu di sini dahulu...dengan memastikan 1200 warga kita memulaukan barangan US. Dan sekiranya berkesan, 1200 ini akan terus beranak dan beranak..seperti MLM

    BalasPadam