Saya berada di kampung kelahiran sekarang. Anak-anak sedang leka bermain dengan sepupu sepapat sebaya. Saya mencuri masa ke pekan kecil Kampung Lalang. Selepas membaca akhbar Utusan Malaysia di sebuah restoran kecil saya ke satu lagi kelompok premis perniagaan baru yang berhampiran....terlihat saya pada tulisan di pintu kaca sebuah premis kecil yang berbunyi " Selamat Datang-Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Lalang". Pusat Jalur Komuniti ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertujuan untuk merapatkan jurang pengetahuan teknologi maklumat di kalangan komuniti setempat. Saya disambut mesra oleh seorang gadis kecil yang berkerja di situ sebaik saja saya menyelak pintu kaca memasuki ruang yang bersih dan berhawa dingin. Kelihatan beberapa remaja sedang asyik melayari internet. "terus guna?..nanti bayar?", tanya saya kepada remaja paling hadapan. "Ya abang..terus masuk...nanti baru bayar", jawabnya ringkas. Dari riak mukanya saya tahu dia tidak mengenali saya.....bukan sesuatu yang pelik sekirannya anak-anak muda di sini tidak mengenali saya. Dah hampir 20 tahun saya berhijrah keluar.....kalau saya balik pun, kebanyakan masa akan hanya cukup untuk saya habiskan bersama emak dan adik-adik di rumah....
Setelah mendaftar masuk, skrin komputer terus memaparkan laman web Pusat Jalu Lebar Komuniti Kg Lalang. Anatara perkara awal yang dimuatkan adalah sejarah mengenai Baling. Teringat saya kepada soalan soarang kawan mengenai asal usul nama Baling. Lantas saya menyalin beberapa bahagian berkaitan sejarah mengenai Baling seperti di bawah. (sedikit Ubah suai dilakukan pada perenggan pertama)
Dari laman web PJK KG Lalang
SEJARAH BALING
Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Baling terkenal dengan flora dan fauna serta tempat-tempat rekreasi yang menarik. Di antara tempat-tempat rekreasi yang terdapat di sekitar daerah Baling adalah seperti Pusat Rekreasi Air panas Ulu Legong, Lata Bayu dan Bukit Hijau. Dari sudut sejarah baling terkenal dengan peristiwa Rundingan Baling yang melibatkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman dengan Parti Kominis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Cheng Peng di Sekolah Kebangsaan Tengku Putra, Baling, Kedah Darul Aman pada 28 dan 29 Disember 1955.
ASAL USUL NAMA
Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa yang tercatat di dalam Hikayat Raja Bersiong. Raja Bersiong telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan baginda membaling jauh gigi-gigi tersebut.
Tempat di mana peristiwa ini berlaku telah dinamakan Baling. Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah. Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling.
Berbagai cerita tentang kemunculan nama Baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiong, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.
rasanya cerita kedua itu lebih logik kaitannya dengan kewujudan nama Baling....anyway, bila hang nak balik office?
BalasPadamsaya sendiri berpendapat bahawa cerita kedua lebih boleh diterima akal....hari minggu bertolak dari sini
BalasPadamtapi tok saya cerita kat saya masa kecik2 dulu adalah cerita pertama. so saya percaya tok sya..hehe
BalasPadamfaizburn.....saya pun bayak diceritakan dengan kisah yg pertama...persoalannya, macam mana orang boleh tau disitulah tempat raja bersiong baling siongnya....raja bersiong kan hilang....cerita tu akan logik kalu raja bersiong datang balik dan menceritakan dimana sebenarnya dia baling siong tu....tp tak dak dalam cita tu kan....haaaaaa
BalasPadamsir..sir..saya nak add link blog sir naa...boleh ka? ^_^
BalasPadamsilakan SITI
BalasPadamJasa... aku nak add link blog mu boleh la dih?
BalasPadam