Sabtu, 24 April 2010

SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR

PKR akan memenangi Piliharaya Kecil Parlimen Hulu selangor....ulasan ini bersandarkan kepada kuwujudan senjata HIKMAT yang akan diledakkan oleh DSAI pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan majoriti rakyat Malaysia kepada beliau dan PKR. Senjata hikmat yang dimakdsudkan ada 'Sumpah laknat' menafikan beliau pernah meliwat sesiapa. Sudah bertahun-tahun DSAI telah dihambat runtuhan moral ekoran perbicaraan mengenai kes liwat. Tidak boleh tidak perbicaraan tersebut membentuk persepsi buruk terhadap beliau. Tiada yang akan menyokong atau memilih peliwat sebagai pemimpin kecuali kaum sejenisnya dan orang-orang berkepentingan.

Saiful telah membuat sumpah laknat bahawa DSAI telah meliwatnya. DSAI cuba bertahan untuk tidak melakukannya dengan mengendong kata ulamak bahawa dia tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya ulamak pilihan beliau hanya menyatakan tidak perlu bukan tidak boleh. Ini bermaksud DSAI pada bila-bila masa sahaja boleh melakukannya.

Hari ini di saat genting apabila kajian persepsi menunujukkan 75% memihak kepada BN untuk memenagi pilihanraya Ahad ini, DSAI dilihat berada di dalam keadaan yang sangat perlu untuk memetik picu senjata hikmatnya dengan melakukan sumpah laknat.

Sumpah laknat yang akan dilakukan oleh DSAI akan memberi impak besar kepada bukan sahaja pilihanraya Hulu Selangor. Supah laknat sekiranya dilakukan oleh DSAI nanti akan menceritakan betapa jijiknya permainan kotor BN sehingga sanggup membuat sehingga mengaibkan beliau dan keluarganya sebegitu teruk. Penyokong-penyokong BN akan merasa sangat kesal dengan tindakan parti yang mereka dokong selama ini. Dipercayai pengudi-pengundi dengan serta-merta akan mengalih kepercayaan kepada PKR setelah DSAI membuat sumpah laknat. Penyokong BN tidak akan teragak-agak untuk menolak parti yang mereka percayai selama ini setelah sumpah laknat dilakukan.....satu tindakan yang sangat berbaloi untuk dilakukan oleh DSAI. PKR tidak akan mengalami krisis ketidakpercayaan kepada pemimpinnya lagi.....isu pemimpin PKR beramai-ramai meninggalkan parti juga akan terhenti.....sokongan akan tertumpu kepada PKR manakala BN pula akan menghadapi krisis keruntuhan moral.

Tiada alasan lagi kenapa DSAI tidak akan melakukan sumpah laknat hari ini memandangkan ianya perkara yang paling mudah untuk dilakukan bagi meraih pulangan yang sangat besar.

DSAI akan meledakkan senjata hikmatnya hari ini atau beliau tidak akan lakukannya sampai bila-bila....fikirkan.

Saya orang yang pertama akan istihar menyokong DSAI sekiranya beliau melakukan sumpah laknat yang sempurna.

Fikir-fikirkan lah.....tuhan bersama orang yang benar.

16 ulasan:

  1. Apa punya bodoh. Masa Saiful buat sumpah laknat macam-macam korang hentam dia. Cakap dia sakitlah lepas buat sumpah tu. Kemalanganlah. lah. Sumpah laknat dia tak sah lah. Menipu lah. Macam-macam lah korang cakap. Tapi bila dah terdesak macam ni korang lak sibuk-sibuk cakap sumpah laknak ni boleh bersihkan nama Anwar. Apa sumpah laknat Saiful hari tu tak menunjukkan Saiful di pihak yang benar ke. Apa yang membezakan Saiful ngan Anwar sehingga apa yang Saiful buat semua tak betul dan apa yang Anwar buat semua betul. Cakap jangan guna nafsu semata-mata. Guna akal. Kalau betul Anwar di pihak yang benar kenapa dari awal asyik mengelak dari perbicaraan. Bukankah semua tindakan Anwar selama ini menunjukkan bahawa Anwar takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sekarang siapa yang berani dan siapa yang takut. Saiful sebenarnya yang berani, tetapi Anwar takut nak berdepan dengan Saiful.

    BalasPadam
  2. takkan dsai berani punya bersumpah, takut suey seumur idup dan keluarga dia. aku cabar dia bersumpah.

    BalasPadam
  3. saudara tanpa nama--sebab tu saya suruh fikir-fikirkan

    BalasPadam
  4. mungkin betul DSAI tak berani bersumpah, mungkin juga tidak....kita tunggu sampai lewat malam ini...lepas tu sam-samalah kita bwat penilaian

    BalasPadam
  5. JIKA TUAN PUNYA BADAN TIDAK MAHU KE ATAU TIDAK PERLU BERSUMPAH, MARI KITA BERAMAI-RAMAI MENYUMPAH TERHADAP SESIAPA YANG ENGGAN BERSUMPAH DALAM ISU TUDUHAN LEEEEEEWHAT TU. BAGAIMANAPUN, SAYA BERPENDAPAT AHLI DAN PEMIMPIN PKR YANG TELAH MENGISYTIHARKAN KELUAR PKR TELAH "MENYUMPAH" KEPIMPINAN PKR. KALAU BENAR ADA ORANG MEMBUAT SUMPAH DALAM TEMPOH 48 JAM (JUMAAT DAN SABTU)NI, ITU BUKAN ATAS NAMA....TETAPI ATAS NAMA DAN KEPENTINGAN POOOOOLEEETIIIIK. APA TAK PERCAYA.

    BalasPadam
  6. salaam...tumpang lalu...
    jika anwar buat sumpah laknat, pasti saiful n BN akan terkedu + takut mengigil sbb anwar adalah org yg dizalimi..malah doa2 org yg zalim segera dimakbulkan Allah..saiful bersumpah akan dilaknat jika dia berdusta..jika anwar bersumpah BN menzaliminya dan berdusta tentg kes liwat bagaimana??tindakan bijak anwar tidak mahu berbalas sumpah kerana Allah sudah berpesan usah bersumpah dengan Nama Allah...dan anda juga sebagai Muslim gunakan akal yg Allah bagi untk nilai mana yg Haq n Batil, mana yg Pro Israeli dan Pro Islami...anda ada akal, gunakan dgn rasional..teliti dgn mata hati yg bersih baru kamu nampak yg mana sahih..

    BalasPadam
  7. Tuan punya badan tu berani ker nak bersumpah ?
    pergi mahkamah pun asyik bertangguh jer..
    macam dah kecut batu..
    Orang kecut batu tak payah la bersumpah !!

    BalasPadam
  8. sumpah laknat tu kalau tak silap saya kalau dibuat, selepas bersumpah hendaklah perkara itu diserahkan kepada Allah. Perkara itu tidak boleh diungkit lagi oleh mana-mana pihak. Tetapi di dalam kes ini, adakah ia tidak akan diungkit lagi sedangkan ia sudah menjadi kes mahkamah? Bagi saya orang yang tidak memahami sumpah laknat itu jangan lah mempermainkan hukum Allah. Bagi yang kurang arif bertanyalah pada yang arif. Bagi yang arif, berkata benarlah supaya anda terselamat dari laknat Allah.

    BalasPadam
  9. ko ingat islam ni macam agama kristian kerr...??
    Jumpa paderi pastu bersumpah dan mengaku segala dosa dan paderi megampunkan terus tertebus dosa seseorang tu..

    Dalam islam Bersumpah laknat ini hanya terpakai pada kes2 tertentu sahaja..( kes kecurangan suami isteri ).

    Bukan senang2 macam tu jer nak bersumpah dgn nama Allah..

    Kalau sumpah terus jer terima apa punya kerja bongoklah korang ni.. akai tak dak agama jauh sekali..

    Kpd penulis katakanlah jika ditakdirkan suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yg mengaku dan bersumpah dgn nama Allah mengatakan yg bini kau tu adalah bini dia dan dia samggup bersumpah di dalam masjid dgn menjunjung Al-quran..

    so kalau ikut konsep UMNO bersumpah macam tu diterima.. maka dgn mudah sahaja bini kau tu lepas kat org lain..

    Kalau macam tu aku pun nak juga bersumpah yg bini kau tu adalah bini aku macam mana...??

    Tapi aku ni memilih sikit kalau bini kau tu cun melecun bolehlah aku bersumpah tapi kalau muka macam longkang minta maaf jer lah..

    BalasPadam
  10. lambat laun kekenaran pasti akan terbukti jua. masa mula-mula tun m membuat keputusan memecat anwar, memang mendapa tentangan ramai pihak termasuk di kalangan anggaota kabinet sendiri. tetapi tun m amat percaya dgn keputusannya.dari hari ke hari rakyat mula sedar akan kebenaran keputusan tun m walaupun itu mungkin antara keputusan yang paling ditentang oleh pengikut tun m

    BalasPadam
  11. kalau dia sumpah...sumpah sempena pilihanraya kecil atau umum...apa kepentinganya utk bersumpah?? semata-mata utk pilihanraya atau keadilan...sumpah tak perlu ditentukan masa...keikhlasan lebih penting...

    adakah hanya dengan bersumpah maka BN akan terkedu? hehehe dangkal sungguh pemikiran!!! sumpah bukan penentu betul atau salah...hanya sebagai jaminan supaya tiada pihak akan menfitnah lagi...

    pandai pulak kata islam tak suka segala sumpah dengan nama allah!!! dulu tiap apa desakan semua suruh bersumpah...kena batang hidung sendiri???macamana rasa?? dunia-dunia...akhir zaman

    BalasPadam
  12. Dzunnur'Ain Sharifuddin: Kamu betul2 yakin bahawa apa yang kamu dengar & lihat itu adalah kebenaran. Sepatutnya jika keduanya telah bersumpah, maka berserahlah pada Allah tentang kebenarannya. Jika kamu takut akan balasan dosa Allah, sepatutnya kamu tidak terlebih dulu menjatuhkan kesalahan atas mana2 pihak, kerana itu adalah hak Allah.

    BalasPadam
  13. Dzunnur...

    aku nak tanya sikit...anwar pro maner erk...pro ISLAM ke pro yahudi...

    lagi satu kalau anwar nak bersumpah...nak tanya kat dia...dia bersumpah dengan nama ALLAH untuk ISLAM atau ALLAH untuk kristian...

    BalasPadam
  14. Ceknua bkn, "..kalau tak silap saya" mmg anda silap.Saiful mendakwa ngan bukti2 n bagi menegaskan dirinya di pihak yg benar dia bersumpah.DSAI pulak berdolak-daleh itu dan ini sumpahnya serta bertangguh2an kesnya.
    Kalu dua2 bersumpah pun , kes still on di mahkamah yg xde kena mengena ngan sumpah.Dan paling tidak aku pun 50-50 kalu dia bersumpah laknat tu. Contohlah kalau kecik2 dulu kena tuduh curi sanggup bersumpah, junjung Quran, minum air yassin nak buktikan kita tak buat.Tak gitu...

    BalasPadam
  15. hafszach-- kenapa nak emosi dik....sekarang saya cabar...klu bini saya mcm longkang....awak cari bini sapa-sapa yang cun...pastu bersumpah laknat bhawa bini orang tu bini awak......awak takkan bwat macam tu kan?...sebab awak tahu dia bukan bini awak..awak takut dilaknat tuhan....sebenarnya orang yang mengelak untuk bersumpah laknat mempunyai alasan yang sama dengan awak..apa2 pun bagi saya tuhan dah bagi isteri yang cun kepada saya..Alhamdulillah

    BalasPadam
  16. Manusia zaman sekarang buta hati x nampak mana yg benar & mana yg salah..membuat percaturan dgn nafsu bukan dgn akal...

    Mudah melatah bila pendapat tidak sealiran..mudah melenting bila kata tidak senada.Yang benar dikata salah, yang salah dikata benar..

    Sejak dahulu lagi, manusia menyakini bahawa sesuatu yang dijadikan sandaran sumpah akan menguasai orang yang bersumpah, di mana ia dapat memberikan manfaat atau mudarat berdasarkan sebab-sebab rasional dan tidak rasional. Apabila orang yang bersumpah menepati apa yang dia sumpahkan, maka (diyakini) yang dijadikan sandaran sumpah tersebut telah rela dan mengabulkan sumpahnya. Apabila (yang dijadikan sandaran sumpah) tidak rela, maka ia akan menimpakan bahaya kepadanya.


    Selain larangan bersumpah dengan selain Allah, seseorang itu juga diperingatkan agar jangan berdusta dalam sumpah, sekalipun terhadap perkara yang amat kecil. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    مَنْ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ. فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ.

    “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”

    Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak"

    Mengingatkan besarnya ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, maka Islam menganjurkan sikap “cegah sebelum parah”, yakni jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang itu dan ini tanpa sebarang keperluan untuk bersumpah. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang itu merasa tidak mengapa untuk berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Justeru Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    وَلاَ تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مَهِينٍ .

    Dan janganlah kamu menurut orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina.[al-Qalam 68:10]

    Sesungguhnya Allah sentiasa dgn orang yg benar..

    "Manusia akhir zaman memang sukakan kebatilan dan menolak kebenaran, jika kamu membawa kebenaran, maka sikitlah manusia akan bersama kamu, jika apa yg kamu bawa itu disukai ramai manusia, maka kemungkinan besar apa yg kamu perjuangkan itu adalah kebatilan[bukti dari kisah permulaan dakwah Rasulullah menyebarkan kebenaran]" Wallahu'alam

    BalasPadam