Ahad, 25 April 2010

KEPUTUSAN RASMI P94


KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA P94....

Keputusan terkini sehingga jam 7.20pm
SUMBER: RAJAHMAS

Keputusan tidak rasmi di bawah mengikut undi kedua-dua parti

BN
1) Gedangsa
2) Selisik
3) Sg. Tengi: 75% BN
4) PERTAK: BN 98, PKR 18
5) SKC BERNAM : BN 265, PKR 145
6) Ladang 15 : BN majoriti 118
7) SG BUAYA : BN 246 PKR 39
8) KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98
9) TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85
10) AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578
11) KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175
12) SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

PKR
1) Hulu Bernam
2) KUALA KUBU BARU : PKR 853 BN 794
3) BKT BERUNTUNG : PKR 588 BN 454

UNDI POS : BN 767, PKR 120

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA P94

Sehingga tadi, keputusan tidak rasmi BN telah menang 5 kawasan

1-Gedangsa
2-Selisik
3-Sg. Tengi: 75% BN
4-Pertak: BN 98, PKR 18
5-SKC BERNAM : BN 265, PKR 145

Sabtu, 24 April 2010

SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR

PKR akan memenangi Piliharaya Kecil Parlimen Hulu selangor....ulasan ini bersandarkan kepada kuwujudan senjata HIKMAT yang akan diledakkan oleh DSAI pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan majoriti rakyat Malaysia kepada beliau dan PKR. Senjata hikmat yang dimakdsudkan ada 'Sumpah laknat' menafikan beliau pernah meliwat sesiapa. Sudah bertahun-tahun DSAI telah dihambat runtuhan moral ekoran perbicaraan mengenai kes liwat. Tidak boleh tidak perbicaraan tersebut membentuk persepsi buruk terhadap beliau. Tiada yang akan menyokong atau memilih peliwat sebagai pemimpin kecuali kaum sejenisnya dan orang-orang berkepentingan.

Saiful telah membuat sumpah laknat bahawa DSAI telah meliwatnya. DSAI cuba bertahan untuk tidak melakukannya dengan mengendong kata ulamak bahawa dia tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya ulamak pilihan beliau hanya menyatakan tidak perlu bukan tidak boleh. Ini bermaksud DSAI pada bila-bila masa sahaja boleh melakukannya.

Hari ini di saat genting apabila kajian persepsi menunujukkan 75% memihak kepada BN untuk memenagi pilihanraya Ahad ini, DSAI dilihat berada di dalam keadaan yang sangat perlu untuk memetik picu senjata hikmatnya dengan melakukan sumpah laknat.

Sumpah laknat yang akan dilakukan oleh DSAI akan memberi impak besar kepada bukan sahaja pilihanraya Hulu Selangor. Supah laknat sekiranya dilakukan oleh DSAI nanti akan menceritakan betapa jijiknya permainan kotor BN sehingga sanggup membuat sehingga mengaibkan beliau dan keluarganya sebegitu teruk. Penyokong-penyokong BN akan merasa sangat kesal dengan tindakan parti yang mereka dokong selama ini. Dipercayai pengudi-pengundi dengan serta-merta akan mengalih kepercayaan kepada PKR setelah DSAI membuat sumpah laknat. Penyokong BN tidak akan teragak-agak untuk menolak parti yang mereka percayai selama ini setelah sumpah laknat dilakukan.....satu tindakan yang sangat berbaloi untuk dilakukan oleh DSAI. PKR tidak akan mengalami krisis ketidakpercayaan kepada pemimpinnya lagi.....isu pemimpin PKR beramai-ramai meninggalkan parti juga akan terhenti.....sokongan akan tertumpu kepada PKR manakala BN pula akan menghadapi krisis keruntuhan moral.

Tiada alasan lagi kenapa DSAI tidak akan melakukan sumpah laknat hari ini memandangkan ianya perkara yang paling mudah untuk dilakukan bagi meraih pulangan yang sangat besar.

DSAI akan meledakkan senjata hikmatnya hari ini atau beliau tidak akan lakukannya sampai bila-bila....fikirkan.

Saya orang yang pertama akan istihar menyokong DSAI sekiranya beliau melakukan sumpah laknat yang sempurna.

Fikir-fikirkan lah.....tuhan bersama orang yang benar.