Ahad, 29 Mac 2009

WAJARKAH GURU DIBENARKAN BERPOLITIK

UTUSAN MALAYSIA 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.

Apakah pandangan anda?


Get your own Poll!


Undian bermula dari pengunjung yang ke 5967

PAK LAH MENGALAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai akhirnya terpaksa akur dengan desakan akar umbi ahli-ahli umno agar beliau melepaskan jawatan Perdana menteri.

Ketika berucap dalam sessi pergulungan di Perhimpunan Agong Umno semalam, beliau mengumumkan akan menghadap yang Di-Pertuan Agong pada 2 April nanti untuk memaklumkan perihal penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman tersebut memberi kelegaan kepada majoriti ahli UMNO berikutan timbulnya desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri walaupun DSN menjadi Presiden UMNO.

ALLHAMDULILLAH....SYUKURRRRRR

Sabtu, 28 Mac 2009

MENTERI-MUKHRIZ ATAU KHAIRY (Ulasan Undian)

Catatan ini adalah merujuk kepada pos sebelum ini yang memuatkan halaman mengundi yang diberi tajuk MENTERI-MUKHRIZ ATAU KHAIRY.

Ulasan dibuat berdasarkan undian 200 yang pertama. Hampir 500 pengnjung telah melawati blog ini semenjak halaman undian dibuka namun hanya 200 pengunjung telah mengambil bahagian untuk mengundi.

Hasil undian menunjukkan 90% pengundi berpendapat Datuk Mukhriz lebih layak diberi jawatan menteri manakala selebihnya memihak kepada Khairy Jamaluddin. Peratusan tertinggi yang memihak kepada Khairy sepanjang pengundian sehingga ke pengundi yang ke 200 ialah 12%.

Mungkin bagi sesetengah pihak keputusan ini tidak dilihat boleh mewakili seluruh rakyat Malaysia namun sekurang-kurangnya hasil undian ini telah menterjemahkan harapan warga blog yang juga merupakan sebahagian daripada rakyat yang perihatin terhadap politik tanahair khususnya politik UMNO..dan sudah tentu perihatin terhadap nasib agama, bangsa dan negara.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI

Khamis, 26 Mac 2009

MENTERI-MUKHRIZ ATAU KHAIRY


Get your own Poll!


Anda digalakkan memberi ulasan dan cadangan kemeterian yang sesuai kepada calon pilihan anda.

KEPUTUSAN TERKINI PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Timbalan Presiden-Muhyiddin Yasin (1575 undi)

Naib Presiden-Ahmad zahid Hamidi (1592 undi)

Naib Presiden-Hishamuddin Hussein (1515 undi)

Naib Presiden-Mohd Syafie Apdal (1445 undi)

MASIH ADA PELUANG UNTUK TOLAK PERASUAH

1.Keputusan pemilihan UMNO mengundang pelbagai reaksi di kalangan ahli UMNO . Adat pertandingan ada yang kalah ada yang menang. Ada yang bersorak gembira, ada yang menerima dengan seadanya dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima.

2.Mungkin mudah untuk kita katakan yang tidak berpuas hati itu adalah mereka yang menyokong calon yang telah kalah. Hakikatnya persoalan mengenai ketidakpuasan hati bukan sekadar berkisar kepada soal kalah menang sahaja.

3.Persoalan sebenar yang menghantui ahli-ahli UMNO adalah mengenai isu politik wang yang gagal dipisahkan daripda proses pemilihan yang membawa kepada keputusan tersebut.

4.Isu politik wang yang dilihat menjadi ancaman kepada perjuangan UMNO sudah lama ditimbulkan. Hapir semua ahli-ahli dan pemimpin UMNO senada menolak amalan jijik ini termasuklah mereka yang didapati terlibat dengan amalan itu sendiri.

5.Keputusan Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah dilihat gagal memisahkan proses pemilihan dengan isu amalan sogokkan dari calon-calon yang bertanding kepada perwakilan.

6.Inilah harga yang perlu dibayar apabila kurangnya ketegasan di dalam menangani masalah amalan yang jijik ini.

7.Suka atau tidak, keputusan Lembaga Disiplin dan Tribunal telahpun dibuat malah Pemimpin pun telah dipilih.

8.Ahli-ahli UMNO terpaksa menerima segala keputusan dalam keadaan yang kurang senang. Keadaan Ini menyebabkan UMNO terus berada di dalam zon yang tidak selamat.

9.Penolakan yang mengejutkan seperti yang berlaku ketika PRU 12 mungkin berulang sekiranya rasa kurang senang ahli-ahli UMNO di akar umbi tidak diendahkan.

10.Seperti kata Tun Mahathir, Masih ada satu peluang lagi untuk UMNO memulihkan imejnya dan kembali diterima rakyat iaitu dengan tidak melibatkan mereka yang diketahui terlibat dengan gejala buruk di dalam kabinet baru nanti setelah Datuk Seri Najib menerajui parti dan Negara.

Rabu, 25 Mac 2009

PERWAKILAN UMNO MEMILIH KHAIRY JAMALUDDIN

Lebih kurang pukul 11.30 malam tadi Khairy Jamaluddin telah diistiharkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru melalui pemilihan yang dibuat hari ini.

Berlainan dengan undian yang dibuka di blog ini (telah dipadam) yang mana menunjukkan 92% pengundi memilih Datuk Mukhriz, 1% untuk Datuk Khir Toyo dan 7% untuk Khairy Jamuluddin.

Berlainan sekali ye?

Adakah keputusan ini telah dijangka?

Adakah keputusan ini mengejutkan?

Adakan keputusan ini menceritakan sesuatu yang penting disebalik pemilihan yang dibuat?



Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru.

Kita lihat pula keputusan untuk Timbalan Presiden esok.

Isnin, 23 Mac 2009

NAMA MALAYSIA KEPADA TANAH MELAYU

Semalam seorang ahli politik telah mensyorkan nama Malaysia ditukar kembali kepada nama Tanah melayu...nyatakan pendirian dan pendapat anda.






Get your own Poll!


Bermula dengan pengunjung yang ke 3974

Ahad, 22 Mac 2009

UCAPAN TUN MAHATHIR DI SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA

Sila ke pautan berikut:

http://qasehnuryz.blogspot.com/2009/03/ucapan-tun-dr-mahathir-sidang-kemuncak.html

Sabtu, 21 Mac 2009

SELAMAT BERSIDANG

Hanya tinggal beberapa hari lagi Perhimpunan Agong UMNO akan bermula yang akan melibatkan pemilihan pemimpin-pemimpin parti oleh perwakilan. Tun Dr. Mahathir hari ini telah menulis di dalam blognya mengenai isu ini...mungkin tulisan beliau hari ini merupakan tulisan yang terakhir berkaitan pemilihan UMNO sebelum ianya bermula..

Tun Mahathir berpandangan bahawa UMNO ketika ini berada di dalam keadaan yang tidak bermaya..beberapa peluang untuk memulihkan UMNO telah tidak digunakan sepenuhnya...namun beliau juga menyatakan bahawa masih ada peluang untuk UMNO kembali bermaya dan diterima majoriti rakyat.

Antara peluang yang dimaksudkan beliau adalah ketika pemilihan UMNO itu nanti...sekiranya perwakilan memilih pemimpin yang bersih, peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti UMNO menjadi cerah dan keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya pemilihan berpehak kepada mereka yang diketahui terlibat dengan amalan politik yang kotor dan tidak sihat.

Satu lagi peluang untuk memulihkan UMNO ialah ketika Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan kerajaan...UMNO dikatakan akan berpeluang kembali pulih sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak melibatkan golongan-golongan yang diketahui terlibat dengan amalan tidak sihat di dalam kerajaan pimpinannya.

Masa telah terlalu suntuk...UMNO memerlukan perubahan....disinilah keikhlasan dalam perjuangan ditagihkan daripada semua perwakilan...kepada semua perwakilan janganlah menunggu sehingga peluang yang terakhir untuk bertindak....perluang yang terakhir itu mungkin akan hilang sekiranya peluang awal tidak dimanfaatkan sebaiknya.

SELAMAT BERSIDANG

Rabu, 18 Mac 2009

PPSMI LAGI

Post saya sebelum ini yang bertajuk PPSMI/TUN MAHATHIR adalah dirujuk.
Pelbagai komen dan pandangan telah diterima...ada yang bersetuju dengan pengekalan dasar PPSMI dan ada yang sebaliknya.....terima kasih di atas segala pandangan.
Apa yang ingin saya sentuhkan di sini adalah mengenai asas kepada hujah-hujah yang dibuat berkaitan isu ini.
Selain daripada komen-komen kepada post saya, saya juga melawati blog-blog lain yang membincangkan isu yang sama.
Penemuan saya menunjukkan terdapat ramai yang berhujah mengenai isu ini dengan tidak berasaskan kepada matlamat sebenar perlaksanaan Dasar PPSMI. Saya berpendapat bahawa terdapat dua golongan di kalangan mereka yang berhujah dengan tidak berasaskan matlamat sebenar PPSMI.
Golongan yang pertama adalah terdiri daripada meraka yang benar-benar tidak mengetahui matlamat sebenar dasar tersebut. Segalah hujah yang dibuat hanyalah berpandukan kepada maklumat yang didengar atau dibaca dari sumber yang tidak sahih.
Golongan kedua adalah terdiri daripada mereka yang memahami isu ini secara agak mendalam tetapi cuba memesongkan pemahaman pembaca blog beliau kearah yang tidak benar..Sebagai contoh, terdapat seorang blogger yang bergelar dato' dan terkenal di negara ini telah dengan lantangnya menentang PPSMI....tulisannya penuh dengan kata-kata kesat kepada pelaksana dan penyokong dasar ini seperti bodoh, bebal dan sebagainya.....hujahannya berasaskan kepada 'perlaksanaan dasar tersebut yang disifatkannya betujuan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah bodoh'.......apa yang mahu saya jelaskan di sini adalah matlamat utama perlaksanaan Dasar PPSMI bukanlah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar seperti yang di dakwa beliau.....adalah mustahil bagi seorang berkedudukan seperti beliau tidak memahami isu terlebih sebelum menulis.....persoalan saya...kenapakah beliau berbuat demikian?....apakah agenda di sebaliknya?....perlukah maki hamun diselitkan dalam membicarakan isu bangsa kita......dengan jujur saya katakan saya tidak dapat memahami semua ini.......namun saya benar-benar berharap agar semua yang membincangkan isu ini samada yang menyokong dan menentang melakukannya dengan keikhlasan dan berhemah demi masa depan bangsa kita.
Berikut adalah penerangan mengenai Dasar PPSMI yang diambil daripada portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan:
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.
Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI/TUN MAHATHIR

Tun Mahathir di dalam blognya hari ini akhirnya telah menulis mengenai isu PPSMI yang menjadi perhatian ketika ini. Memang wajar bagi Tun untuk memberi pandangan dan ulasan mengenai isu ini memandangkan perlakasanaan sistem ini bermula ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Sebanyak 26 perenggan yang dinomborkan telah ditulis oleh Tun yang merangkumi penjelasan beliau mengenai rasional di sebalik perlaksanaan PPSMI dan juga pandangan mengenai situasi berkaitan isu tersebut ketika ini...

Di sini saya ingin memetik beberapa ulasan dan pandangan beliau yang saya fikir penting untuk direnungkan iaitu daripada perenggan 3, 22 dan 25.

Di perenggan 3 Tun menyatakan bahawa "Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu". Kenyataan ini menunjukkan betapa perlunya kita memahami peranan pelajaran di dalam proses ketamadunan manusia atau sesuatu bangsa. Isu PPSMI merupakan isu pelajaran dan pembelajaran. Oleh itu seharusnya segala hujah menganainya perlu bersandarkan kepada maksud dan peranan 'pelajaran' tersebut. Peranan pelajaran untuk mengusai ilmu tidak seharusnya direncatkan oleh agenda lain.

Di perenggan 22 Tun menyatakan bahawa "Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah". Kenyataan ini menunjukkan bukti sejarah yang menjelaskan betapa perlunya kemajuaan sesuatu bangsa itu didahulukan agar bahasa bangsa itu diiktiraf dan dengan sendirinya termartabat. Saya juga berani mengatakan bahawa kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa hari ini bukanlah semata-mata kerana mereka belajar matapelajaran sains dan metamatik di dalam bahasa mereka...:)

Di perenggan 25 Tun menyatakan bahawa "Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang". Kenyataan ini membuatkan saya ingin bertanya samada masih relevankah pepatah melayu dulu yang berbunyi 'biar mati anak jangan mati adat'.....begitulah kalau kita katakan biar mati bangsa jangan mati bahasa.
Tidak molek juga kalau kita katakan biar mati bahasa jangan mati bangsa....hakikatnya kedua-duanya perlu diperjuangkan....hendaknya perjuangan kepada kedua-dua perkara ini tidak menafikan atau merencatkan perjuangan satu sama lain.

Khamis, 12 Mac 2009

KE KOTA PUTRAJAYA (12/3/2009)

Hampir sepuluh tahun saya terlibat dengan pembangunan Putrajaya secara langsung dan tidak langsung...bermula dengan penyertaan saya di sebuah syarikat juru runding landskap yang terlibat dengan projek perancangan Putrajaya sehinggalah saya menubuhkan syarikat sendiri yang juga terlibat dengan projek-projek di sana...Atas sebab tertentu saya telah mengambil keputusan untuk bertukar angin dengan menceburi bidang baru pada tahun 2005......semenjak itu Putrajaya yang telah menjadi seperti rumah kedua saya sedikit demi sedikit berganjak jauh.....memang jarang sekali saya ke sana di akhir-akhir ini.....hari ini di atas alasan berlainan saya sekali lagi menyusuri laluan yang sinonim dengan aktiviti kerjaya saya suatu masa dulu untuk ke premis gergasi Perbadanan Putrajaya....tujuan sebenar ke sana adalah untuk menyatakan hasrat saya untuk menjalankan kajian PhD yang akan melibatkan pengumpulan data dari perbadanan tersebut........

"lama tak nampak?".......sapaan daripada pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya di tingkat 6 sebaik saja saya memasuki ruang pejabat di sana. Sapaan sebegitu memang dijangkakan. Masih ramai di antara mereka menyangkakan kehadiran saya adalah untuk tujuan seperti sebelumnya. Kebiasaannya saya ke sana untuk membincangkan isu-isu berkaitan rekabentuk dan perlaksanaan kerja-kerja landskap bagi projek-projek tertentu di sana. Hari ini agenda saya jauh berlainan....selepas menyatakan secara ringkas mengenai tujuan saya ke sana....saya terus dinasihatkan untuk berjumpa pegawai yang berkaitan.....Puan Asmah...kawan lama....

Tidak mampu untuk menghadkan perbincangan mengenai kajian saya sahaja.....maklumlah..lama tak jumpa.....banyak yang hendak kami bualkan tetapi masa tidak mengizinkan....Puan Asmah perlu menghadiri mesyuarat pada jam 4 ptg.

Di dalam perjalanan pulang saya singgah bertemu Dr. Suhardi di UPM (rakan sekelas ketika di ITM berbelas tahun dulu). Dari Pejabat Ketua Jabatan Landskap kami ke kedai mamak berdekatan....5.30 ptg saya bertolak balik......

Adakah saya akan kembali berulang-alik ke Putrajaya????.....adoiiiiii.......

xpelah, xbaik mengeluh :))

Sabtu, 7 Mac 2009

MESYUARAT TAHUNAN PERSATUAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

7th Mac 2009, 10.30am, bersama En. Syakirin menghadiri Mesyuarat Tahunan Persatuan Pengurusan Alam Sekitar di Pusat Pengajian Siswazah UKM. Dipengerusikan oleh Prof. Dr. Jamaluddin Jahi selaku Yang Dipertua Persatuan dan kekal dengan jawatan asal setelah pemilihan dibuat........En. Syakirin mendaftar sebagai ahli hari ini.

Ahad, 1 Mac 2009

SAUDARA HAZRIN

Salam saudara Hazrin....mungkin nampaknya pelik apabila saya mempunyai sikap yang sinis kepada permainan paintball....untuk pengetahuan saudara saya juga pernah bermain perang-perang ketika kecil dulu....pada tahun 80an saya terlibat secara langsung di dalam kancah perang di antara PKM dengan askar kita....ramai yang tercedera dan terbunuh....masih segar di fikiran saya peristiwa tersebut (baca sebahagian daripada cerita peristiwa tersebut di http://jasasikin.blogspot.com/2009/01/terkenang-kisah-dulu-2-ancaman-parti.html ).semenjak itu saya terfikir kenapa harus saya main perang-perang sedangkan perang telah menyebabkan kecederaan dan kematian orang-orang yang saya kenali.....menjadi lucu kepada saya apabila perang menjadi alat hiburan...bukan sekadar paintball malah banyak permainan komputer yang berunsurkan perang menjadi kegilaan ramai pada hari ini.....percayakah saudara kalau saya katakan tidak seorang pun di dunia ini memilih untuk terlibat dengan peperangan walaupun dia seorang askar.
Saya tidak mahu menyatakan bahawa permainan seumpama ini akan membawa kesan yang tidak baik tetapi sekadar merasa lucu dengan kecenderongan kita memilih perang sebagai tema hiburan.

PAINTBALL

Terbaca saya di dalam satu akhbar tabloid mengenai permainan Paintball yang menjadi semakin popular di kalangan masyarakat kita. Catatan di dalam akbar tersebut lebih merupakan satu promosi kepada permainan tersebut yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini...catatan memetik kata-kata seorang perserta yang menyatakan beliau berasa gembira kerana lokasi permainan membuatnya seperti berada di dalam suasana perang yang sebenar......
Soalan saya adalah,
1...gembira kerana berasa seperti berada di dalam suasana perang yang sebenar?
2. apa agaknya respon orang2 di Gaza andaikata permainan ini dipromosikan kepada mereka?
Kadang-kadang cara kita memilih permainan juga amat melucukan.